Bab 12

54 4 0
                                    

Eqa kaku di dalam restoran yang dibawa oleh Hud. Kakinya seakan dipaku di situ tidak mampu bergerak.  Matanya pula terkebil-kebil melihat dekorasi restoran yang serba mewah itu.

Gulp!

Biar betul nak makan dekat sini. Silap-silap caj untuk sky juice pun sepuluh hinggit!

Iskandar dan Huda turut sama ada di situ. Masing-masing di tangan memegang belon yang berwarna warni seakan sedang meraikan sesuatu. Eh? Hari jadi siapa hari ini? Hud?

"Surprise!!! "Kata mereka semua saat dia dan Hud melangkah masuk ke dalam restoran itu.

Oh!  Yalah betul hari jadi Hud. Eqa mengerling jam di tangannya. Eh sembilan hari bulan lapan?  Hari jadinya juga. Tapi,

"Happy birthdaymy dear BFF Eqa.  Sayang kau babe! "Huda memeluknya.

Eqa binggung. Mereka menyambut ulang tahun kelahirannya?  Bukan hari jadi Hud ke hari ini? 

"Kau terpinga-pinga apa lagi tu. Tiup lilin ni. "Kata Iskandar yang memegang kek.

Eqa meniup lilin seperti yang disuruh oleh Iskandar. Dia kemudian memandang Hud di sebelahnya.  Hud sekadar melemparkan senyuman nipis kepadanya. Aik?  Apa ni?  Tadi dekat ofis macam singa kelaparan ni elok pula. Dah kenyang agaknya?  Kutuk Eqa di dalam hati.

"Happy birthday. "Hud menghulurkan satu beg kertas kepadanya. Melihat dari jenama beg itu dia sudah mengagak isi di dalamnya. Pasti jam tangan.

"Buka!  Buka!  Buka! " kata semua di situ.

Eqa memandang mereka semua kemudian tersenyum lebar. Dia sebenarnya juga tidak sabar untuk melihat apa isi hadiah yang diberikan oleh Hud. Walaupun dia sudah mengetahui itu adalah jam tangan tetapi dia tetap juga tak sabar.

"Jam apa Eqa? " tanya Huda tidak sabar di sebelahnya.

Hud dan Iskandar bertukar pandangan lalu tersenyum penuh makna tersirat.

Eqa membuka kotak berwarna putih itu. Dia memandang Hud sambil tersenyum.

Saat kotak di buka ada sesuatu yang melompat kepadanya dan Huda di sebelahnya. Terlepas kotak putih itu dari tangannya kerana terkejut. Elok sahaja 'benda' itu mendarat di dadanya yang ditutupi oleh tudung.

"Makk!!! "Jerit Eqa dan Huda serentak. Selepas itu terdengar tawa dari semua orang.

Eqa merenung tajam ke arah Hud.  Katak yang berada di dadanya diambil lalu dibaling kepada Hud dan Iskandar yang sedang seronok mengenakannya.

"Dasar dua ekor jembalang. Tak guna betul!!! "Kata Eqa geram.

Tudungnya dibetulkan. Alamak!  Geli betul dia memegang katak tadi. Rasanya seperti jeli tetapi permukaannya kasar. Saat dia membaling katak itu kepada Hud tadi dia langsung tidak berfikir apa-apa lagi. Dia sudah tidak peduli Hud iti majikannya atau apa.

Kalau sudah jembalang, sampai bila-bila tetap jadi jembalang. Perangai tak ubah dari dulu sampai sekarang. Sumpah!  Dia berasa malu ketika ini.

"Hai guyss.. "Sapa seorang perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam restoran. "Euw! Apa ni!!! " kata Julia yang cuba membuang katak itu dari masuk ke dalam bajunya.

Hud dan Iskandar segera menolong tetapi sayang katak itu lebih pantas masuk ke dalam baju Julia. Hud cemas saat matanya bertembung dengan Julia.

"B, do something! " marah Julia.

Hud memandang Eqa.

Iskandar memandang Huda.

"Apa! "Kata Eqa dan Huda serentak.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now