Bab 15

49 3 0
                                    

Hud membaling kunci keretanya pada Eqa. Lalu dia menyumbat dirinya di sebelah tempat duduk penumpang manakala Iskandar mencari tempat di tempat duduk di belakang. Eqa menarik nafas panjang cuba beristigfar.

"Kenapa buat muka macam tu?  Tak puas hati aku suruh kau bawa?  Aku dah tong tong duit minyak dengan tol kaulah bawak. " ujar Hud sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Mengungkit-mengungkit. Biar kubur penuh dengan kaunter tol. "Omel Eqa sambil membuat muka.

Entah Hud tidak jadi marah malah dia ketawa mendengar omel Eqa itu.  Kubur aku penuh dengan kaunter tol?  Aduh Eqa!  Kau ingat kubur aku besar mana? 

"Jalan-jalan. "Ujar Iskandar di tempat duduk belakang. Lagaknya seperti bos dengan mengenakan kaca mata hitam milik Hud yang memang sedia ada di dalam kereta.

"Kau siap Is! "ugut Eqa memandang Iskandar di tempat dudhk belakang.

Hud menoleh ke arah Eqa yang terkial-kial hendak memasang tali pinggang keselamatan.

"Kau ada lesen tak?  Kang hancur kereta aku langgar divider. " soal Hud.

"Astagfirullahalazim. Mulut tu capoi betul. Kita dalam kereta ni sepatutnya doa yang baik-baik. TJ baca doa naik kenderaan. " arah Eqa pada Hud.

Hud mengerling ke arah Iskandar di belakang. Bagaikan mengerti isyarat yang diberikan Hud, Iskandar menjawab.

"Dua lawan satu siapa menang? Kau, lah baca Eqa. Lagipun kau yang bawa kereta lebih afdal orang tua-tua kata." Kata Iskandar pula. Sebenarnya dia tahu hendak membaca doa kenderaan yang dikatakan Eqa tadi.

Aduh! Dapat kawan pun masuk air.  Bisik Hud di dalam hati. Ada ke patut bagi alasan macam itu. Is!  Is!  Hud sudah menggeleng kepala melihat gelagat Iskandar.

"Afdal tengkorak kau. Baca cepat. " marah Eqa yang sudah menadah tangan.

Akhirnya Iskandar yang membaca doa menaiki kenderaan walaupun tergagap-gagap. Dia paling takut kalau Eqa naik angin. Karang,  tak jadi balik mereka semua.

"Aamin. "Hud paling kuat meng'aamin'kan bacaan doa dari Iskandar.

Eqa menjeling Hud. Huh, suruh baca lari. Kang aku panggil jembalang marah. Kutuk Eqa.

"Ya aku jembalang. Jalanlah! " balas Hud seperti mendengar suara hati Eqa yang jelas mengutuknya.

Sepanjang perjalanan hanya Hud dan Iskandar yang banyak bercerita.  Banyak kenangan lama mereka sepanjang bersekolah dahulu. Eqa hanya faham sebahagian dari cerita mereka. Yang lainnya, hanya Hud dan Iskandar yang mengerti.

Separuh perjalanan, tiba-tiba radio memutarkan lagu kegemarannya.  Eqa tersenyum lebar sambil mengikuti rentak lagunya. Kepalanya juga turut sama mengikuti rentak.

"Semua sudah~semua sudah~ nampak pun sudah~ kenal pun sudah~ sayang pun sudah~gaduh pun sudah~semua sudah~" Eqa menyanyi tanpa memperdulikan Iskandar dan Hud yang tercenggang di sebelah.

Hud memperlahankan bunyi radionya tetapi dihalang oleh Eqa. "Jangan! "

Hud mengerutkan dahinya. "Wah!  Bukan main lagi kau, ya.  Ni kereta siapa? "

Eqa memekakkan telinganya sambil mengulangi korus lagu Semua Sudah dari Elizabeth Tan itu. Dia tidak memperdulikan Hud yang membebel di sebelahnya. Dia yang bawa kereta perlukan hiburan. Sudahlah sepanjang perjalanan Hud dan Iskandar tidak memperdulikannya.

"TJ bukak, kan air. Hauslah! "Arah Eqa

"Is, kawan kau ni dah kodong ke tangan dia? " kata Hud sambil memandang Iskandar di belakang.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now