Bab 14

57 3 0
                                    

Bunyi loceng yang bertalu-talu itu memaksa Eqa bangkit dari tidurnya. Dia merunggut sambil mengemburkan rambutnya tanda tidak puas hati. Matanya sempat mengerling jam di dinding. Bertambah sakit hati dia apabila melihat jam menunjukkan pukul 7 pagi.

"Hish,  siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni. Hari minggu macam ni tak reti ke orang nak tidur."runggut Eqa. 

Loceng masih berbunyi di luar.  Nak tak nak Eqa terpaksa juga bangun. Rambutnya diikat tinggi lalu mencapai tudung sarungnya di birai katil.

Cepat-cepat dia menuruni tangga. Hampir saja dia terpelecok di anak tangga yang terakhir mujur dia sempat memegang palang penghadang.

"Fuh! Kalau aku jatuh ni, aku saman siapa yang tekan loceng dekat luar."

Eqa terus berjalan ke arah muka pintu. Dengan wajah bengis dia memandang orang yang sedang menekan loceng itu. Huh, patutlah adab tarak.

"Nak apa TJ datang rumah saya pagi-pagi ni? "Soal Eqa sinis. Tangannya disilang tanda tidak puas hati. Wajah Hud langsung tidak dipandang.

"Jom teman aku pergi jogging. " ajak Hud yang bersemangat pagi itu.

Jogging kepala otak kau jembalang!  Ish, hari minggu macam ini pun kacau hidup aku. Kata Eqa kasar di dalam hati.

"Tak nak! "Jawab Eqa pendek.

"Aku potong gaji kau! "Ugut Hud apabila Eqa tidak mahu menemaninya.

"Potonglah. Saya tak kisah. "Eqa terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Hud terkejut kerana Eqa langsung tidak heran akan ugutannya. Kalau dulu Eqa pantang mendengar gaji hendak dipotong. Laju saja gadis itu mengikut cakapnya tetapi tidak lagi sekarang.

"Kalau kau teman aku, aku kira OT. " jerit Hud.

Langkah Eqa mati. Dia langsung menoleh ke belakang."TJ tahu tak hari ni hari apa? "

"Sabtu." Jawab Hud tanpa berfikir apa.  Betul, kan apa dia kata?

"Dahtu?  Tak reti-reti lagi?  Tolonglah jangan kacau saya. Saya mengantuk, lah!!!"Eqa merengek di hadapan rumah.

"Aduh.... "Hud mengaru kepalanya melihat Eqa yang sudah merenggek di hadapan rumah kerana tidak mahu mengikutnya. Dia melihat kiri dan kanan kut kut kalau ada jiran yang melihat.

Haih, Eqa!  Eqa!  Buruk betul perangai kau!  Kalau aku record kau merengek macam ini depan rumah habis viral. Ajak pergi jogging pun tak nak. Bisik Hud di dalam hati.

"Jomlah Eqa. Sekejap aja.! "Hud memujuk lagi.

"Tak nak! "Makin kuat Eqa merenggek.

Hud memusing ke belakang. Hurm,  dah panas badan aku Eqa tunggu kau ni. Kata Hud lagi.

"Eqa, kalau kau ikut aku pergi jogging tengah hari ni kita balik kampung. Kau dah lama, kan tak balik kampung. " Hud memujuk dengan cara lain pula.

Terdiam Eqa mendengar perkataan 'kampung'.

Eqa bingkas berdiri lalu berlari anak mendekati pagar. Dia memandang Hud tidak percaya.

"TJ jangan nak main-main. "

"Kau nampak aku main-main ke? Cepatlah!  Matahari dah naik tunggu kau nak bersiap. "Gesa Hud tidak sabar.

"Tunggu sekejap. Saya salin baju. "

Hud menutup hidungnya."Kau tak mandi jangan naik kereta aku. Jalan kaki pergi taman sendiri. "

Eqa menjeling Hud. "Saya dah mandilah. Tadi, kan sembahyang Subuh. TJ sembahyang tak? " sinis Eqa memandang Hud.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now