Bab 3

71 3 0
                                    

"Mimpi apa kau belanja aku air Starbucks ni?" tanya Huda seraya menyedut minuman yang dipesan tadi dengan penuh nikmat. Kena benar dengan cuaca yang panas terik sambil menikmati Chocolate Cream Chip bersaiz venti itu.

Eqa melihat kawannya.

"Aku redha belanja kau minum air mahal ni. "Jawab Eqa pasrah.

Tidak jadi Huda ingin menyedut minumannya lagi. "Ish, kau ni terbantut aku nak minum air ni. Nah, lah aku pulang balik. "Huda menghulurkan cawan Starbucks itu kepada Eqa.

Eqa mencemik seraya menolak.  "Dah ada lipstick kau dekat straw tu ada hati nak pulang balik. Amiklah aku ikhlas belanja kau hari ini. Tapi ada syarat. "

Huda tersenyum senang.Ceh, buat aku kecewa saja nak minum.

"Apa syaratnya?  Jangan cakap nak suruh aku dengar..... "

Eqa mengangguk sebelum kawannya menghabiskan ayat.

Tersembur air di dalam mulut Huda.

"Alah kau ni!  Tak ada hal lain ke nak cerita dekat aku. Tak habis-habis dengan si tangang tu Dah dia tak nak dekat kau habis nak buat macam mana. "

Eqa menarik mukanya.

"Dia still tak accept aku dekat instagram dia. Alah, bukan sengaja aku unfollow dia hari itu. Salah dia juga pergi tolak cinta aku buat apa. "

Huda menggelengkan kepalanya.  Sah, masuk air kawannya ini. Kalau dialah jadi Eqa sudah tidak tahu hendak letak dekat mana muka ini.  Sudahlah direct message lelaki itu untuk meluahkan isi hati. Apabila cinta ditolak bukan main marah siap unfollow lelaki tu di instagram. Sekarang apabila follow lelaki itu semula sampai ke sudah lelaki itu tidak approve. Nasib kaulah Eqa.

"Kenapa kau still terhegeh-hegeh dekat dia? Bukan kau pernah jumpa dia pun. Setakat tengok post dia pun boleh jatuh cinta. "

"Kau tak faham. Kau tahu tak muka dia tu ada seorang saja dekat Malaysia ni. Tak ada orang lain lagi yang boleh tandingi dia punya kacak tu. "

Huda membuat muka. Menyampah pula dia dengar ayat Eqa itu. "Memanglah dekat Malaysia ada seorang saja tapi dekat Afrika sana berlambak. "

"Tak baik kau cakap 'pakwe' kawan kau macam itu. Kau tak tahu betapa sayangnya aku dekat dia tu sampai terbawa-bawa sampai ke mimpi tau." Kata Eqa sambil membayangkan lelaki yang digelarkan si tangang.

"Gila! " pendek kata-kata Huda itu tetapi menusuk ke dalam jiwa Eqa.

Eqa mencemik. Ada aku kesah!

"Babe, pinjam telefon kau. "Eqa mengusap lembut tangan kawannya itu. Matanya pula sengaja dikerdipkan kononnya meminta simpati.

Huda merengus kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. "Lima minit saja tau! "

Eqa mengangguk seraya meragut telefon bimbit kawannya itu. Lima minit itu sekejap sangat jadi dia harus manfaatkan masa itu.

@ZHud ✔

Nama yang tertera itu laju ditekan kemudian terpampang beberapa keping gambar lelaki itu. Eqa mencemik. Tiada post baru pun. Bahagian komen pula dia perhati satu persatu. Ceit,  'handsomenya awak'.  Eqa mengajuk cara perempuan itu katakan pada si tangang.  Eh, si tangang aku punya tau!!!

"One and half....."kata Huda sambil menghitung.

Eqa mengetap giginya. Rimas mendengar hitungan kawannya itu.  Dia rasa berdebar mendengar kiraan itu. Rasanya bagaikan hendak membawanya ke sel akhir.

"Finish!  Dah bak sini phone aku. " Huda merampas telefon bimbit miliknya. Apa punya kawan stalks si tangang  menggunakan Instagram miliknya.

Huda bingkas bangun meninggalkan Eqa di belakang.

Eqa mengejar Huda yang sudah meninggalkannya beberapa tapak.  "Huda tunggulah." Eqa cuba menyaingi langkah Huda yang laju itu.

"Huda.... "Tiba-tiba Eqa menjerit dari belakang membuatkan Huda berpaling ke belakang.

Berlari dia mendapatkan Eqa yang sudah tertiarap di jalan. Air yang dipegang kawannya itu habis tertumpah di baju.

"Eqa!  Kau okay tak ni? "Huda membantu Eqa untuk bangun.

Seluar denim jeans yang dipakai oleh Eqa habis terkoyak di bahagian lutut menampakkan luka yang sudah berdarah. Siku Eqa juga turut luka.

"Hey, kau buta ke lintas jalan tak tengok kiri kanan? "Tiba-tiba seorang lelaki menengking dari belakang.  Eqa dan Huda melihat lelaki itu terpinga-pinga.

Hud? Bisik Eqa di dalam hati.

Lelaki itu memandang Eqa kemudian pantas melanglah masuk kembali ke dalam kereta meninggalkan Eqa yang cedera itu. Huda terpinga-pinga melihat apa yang barusan berlaku.

"Woi jantan!  Main blah macam itu aja. Tak guna jadi jantanlah, weh! " kata Huda geram. Kereta Audi TT berwarna putih itu dia hamun entah penumpangnya dengar ataupun tidak dia tidak peduli.

Eqa bangun dengan payahnya.

Adoi,

Tapi, betul ke tadi Hud?  Kalau benar dia Hud takkan dia tidak kenal dengan aku?  Atau kau tersilap orang Eqa.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now