Bab 22

56 2 0
                                    

Eqa mengaru keningnya yang tidak gatal apabila melihat Julia sudah terpacak di depan rumahnya pagi itu.  Iskandar di dalam kereta Julia membuat muka tidak bersalah apabila Eqa merenungnya.

Hendak tak nak terpaksa juga Eqa bersiap pagi hujung minggu itu mengikut Julia dan Iskandar. Dia sudah mengagak yang Julia akan ke rumahnya kerana malam itu Julia ada menghubunginya bertanya sama ada dia ada waktu atau tidak esok. Haih, ini yang dia malas.

Iskandar menyiku lengan Eqa apabila melihat wajah Eqa yang seperti tidak berminat apabila Julia meminta pendapat akan sesuatu.

"Apa... "Marah Eqa memandang Iskandar.

"Kau ni Cik Julia, kan tanya baik-baik.  Lagipun ni birthday bos kau. Kau sebagai setiausaha dia memang ini kerja kau. "Balas Iskandar.

"Hello, aku dibayar gaji untuk buat kerja dekat syarikat. Bukan untuk hal peribadi dia. " balas Eqa tidak puas hati.

"Kau ni dengan kawan pun nak berkira. Hud tu tak pernah berkira dengan kau. Dulu kau sakit tiap malam dia datang hospital jenguk bawakan kau makanan. "Ungkit Iskandar.

Eqa membesarkan matanya pada Iskandar lalu dia menutup mulut itu lekas. Khuatir yang Julia akan dengar. Apa pula katanya nanti.

"You guys rasa ini sesuai tak kalau I letak dekat pool? "

"Pool? "Eqa bertanya binggung.

"Ya, Cik Julia dah book malam ni dekat hotel untuk sambut birthday Hud.Tapi kau jangan beritahu Hud pula. "

Eleh, tak kuasa aku. Bukan dia jemput aku pun.

"By the way dear malam ini jemputlah datang dengan Huda. Kita celebrate sama-sama birthday Hud."

Ting!

Cik Julia ni boleh baca fikiran orang ke? Dari tadi macam tahu saja apa yang aku fikirkan. Ke nampak sangat dekat muka aku ni yang aku tak suka orang ganggu aku waktu cuti hujung minggu macam ini?

"In shaa Allah. Saya tak janji Cik Julia takut saya ada hal. " kata Eqa berlapik hendak menolak pelawaan Julia itu.

"Alah...."Julia menarik tangan Eqa lembut. "Jomlah Eqa. Kesian Hud selama ni kita orang celebrate berdua saja. Biarlah tahun ni ramai-ramai celebrate birthday dia. "

Eqa memandang Iskandar.

"Entah kau ni. Nak pergi mana saja dengan baby aku tu? "

Eqa diam sambil memandang wajah Julia dan Iskandar silih berganti akhirnya dia akur mengangguk. Wajah Julia ini sukar untuk dia mengatakan tidak.

"Fine...." Kata Eqa sepatah.

Julia tersenyum lebar begitu juga dengan Iskandar.

Telefon yang menyala itu dipandang oleh Eqa. Nama yang tertera di skrin buatkan matanya besar kemudian segera meragut telefon itu dari dilihat oleh Julia dan Iskandar.

"Excuse me, saya nak jawab call sekejap."pamit Eqa lalu keluar dari butik berjenama itu.

"YAY,  semua orang bersorak gembira apabila Hud meniup lilin yang menyala itu. Tanpa sedar Julia memeluk Hud erat di hadapan semua orang dan ketika itulah mata Hud dan Eqa berlaga. Hud segera melepaskan pelukan yang dulu sentiasa menggetarkan naluri lelakinya.

"Baby tahniah. You're getting older. " sempat lagi Julia memerli Hud.

"You too in two months. "Balas Hud sambil melemparkan senyuman sengetnya.

Julia tertawa kecil diperli Hud begitu. Baru dia ingin memerli kekasihnya alih-alih dia pula yang diperli.

Kek yang dipotong Hud tadi kemudian diagih-agihkan kepada tetamu yang datang. Kebanyakkan adalah kawan-kawan Julia dan pekerja syarikat.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now