Bab 24

57 3 0
                                    

Baru sahaja Eqa ingin melabuhkan punggungnya, Hud sudah menjerit memanggilnya di interkom. Fuh!  Eqa meniup tudungnya yang tidak tegak itu. Berharap keadaan tudungnya kembali kepada asal. Tapi, hampa.

"Eqa cepatlah! " jerit Hud lagi.

Huda memusing kerusinya mengadap Eqa apabila mendengar suara Hud yang meninggi itu.

"Kenapa dengan laki kau tu?  Terjerit-jerit. "Balas Huda.

Eqa menjongket bahunya. "Entah!  Eh, what... Dia bukan laki aku eh. " Eqa memukul lengan Huda dengan buku catatannya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Hud.

Tiap hari dia akan berdebar hendak memasuki bilik ini. Walhal Hud bukan lagi seperti dulu. Orang yang menggerunkan.

"Yes, TJ. "Eqa menjengukkan kepalanya di balik daun pintu.

"Coming in. "Hud mengarahkan Eqa masuk dengan jarinya.

Eqa mendekati meja yang diduduki Hud. Sambil berdiri tegak dia menunggu arahan Hud yang seterusnya. Wajah Hud yang sesekejap berkerut itu buatkannya tertanya-tanya. Ada apa sebenarnya?

"Eqa booking tiket kita pergi Penang."

"Hah?  Kita?  Ada apa kita kena pergi Penang? " tanya Eqa terkejut.

"Ada kemalangan dekat tapak projek sana. Kita kena pergi tengok. " kata Hud tergesa-gesa mencari fail tapak projek yang diurusnya di Penang.

"Sekarang ke? "Eqa masih lagi tercegat di situ tidak mengerti.

Hud menghentikan perbuatannya lalu memandang tepat kepada Eqa.

Melihat wajah bengis Hud itu, Eqa segera membuat apa yang disuruh lelaki itu.

"Hah, ya okay saya uruskan tiket sekarang. "Eqa segera bergegas keluar . Laju jantungnya berdegup kencang saat Hud seakan-akan ingin memarahinya tadi. Dia pun satu. Hud memberikannya arahan mudah tetapi dia tidak bisa menangkap.

Eqa yang tergesa-gesa itu ditahan oleh Faizul. Cepat Eqa melarikan diri dari dikepung Faizul yang ingin bermain 'galah panjang' dengannya di kawasan pantri itu. Sudahlah dia ingin cepat, Faizul pula hendak mengacah-acahnya begitu. Ingat lawak?

"My sweetheart kenapa nak cepat ni?"Faizul berdiri di depan meja Eqa pula.

Huda sekali lagi memusingkan kerusinya. Dia memandang Faizul yang tersengih-sengih memandang kawannya itu. Ada senyuman gatal yang terukir di wajah Faizul itu. Apa hal mamat ni?  Kata Huda di dalam hati.

"Faizul kau dah hantar list yang aku email dekat kau tadi? " jerit Huda sengaja ingin mematahkan semangat Faizul ingin mengacau kawannya itu.

"Dah, kot! " kata Faizul tetapi matanya masih memandang Eqa dengan senyuman meleret.

Huda mengerutkan dahi. Ah, sudah!  Mamat ni nak kena luku dengan aku agaknya.

"Eqa... Petang ni kau free tak? " Huda beralih pula bertanya pada Eqa. Sengaja dia meninggikan suaranya agar Hud di dalam dengar.

Eqa memandang Huda yang sedang sibuk menaip sesuatu di papan kekunci itu. Cepat dia menolak tubuh Faizul. Ergh!  Orang nak cepat ni boleh pula dia main-main. Kata Eqa geram

"Faizul cepatlah email dekat pembekal."Arah Huda lagi. Semakin laju tangannya menari-nari di atas papan kekunci.

"Eqa... Jomlah keluar. "Gesa Faizul apabila Eqa mendiamkan diri.

Eqa menjeling Faizul dengan ekor matanya lalu berdiri untuk mencetak pas masuk untuk ke Penang pukul 1 tengah hari nanti. "Aku sibuklah.  Tengah hari nanti kena ikut Tuan Hud pergi Penang. " balas Eqa.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now