Bab 18

49 5 0
                                    

Julia teruja apabila Hud mengajaknya keluar malam ini. Dua minggu tidak bertemu dengan kekasihnya itu kerana ada pengambaran di luar kawasan Kuala Lumpur.

Hud menjemputnya di hadapan rumah. Seperti kebiasaan dia menyembur minyak wangi jenama Dior pada batang lehernya. Setelah dia merapikan dirinya di hadapan cermin, dia melangkah keluar rumah mendapatkan Hud yang sedang menunggunya.

"Hi, baby. "Eqa memeluk Hud.

"Hi! Miss you so badly sayang."balas Hud.

"Ya ke?  I dapat tahu you balik kampung dengan Eqa. You spent time berdua ke dengan dia?" Julia memulakan soalannya.

"Why?  You jealous dengan Eqa?" Balas Hud tidak mahu kelihatan dia gentar. Walaupun soalan itu hampir membuatkannya tercekik.Mana Julia tahu aku balik kampung. Mesti Is!

"Eqa?  Taklah. I dah anggap dia macam adik. Kalau orang lain I jealous. She's so cute.Tak sampai hati I nak ada perasaan cemburu dekat dia."

"Whatever lah sayang. Ni... "Hud cuba mencapai sesuatu di tempat duduk belakang. Streng cuba dipegang dengan tangan kanannya. "Well, Eqa yang you cakap cute tu ada pilihkan kebaya nyonya for you. But I yang bayar. " Hud cepat-cepat menyebut namanya. Tidak mahu Julia tersalah anggap.

"Perlu ke mentioned you yang bayar. " kata Julia jelek. Hud selalu begitu.

"Of courselah sayang. Nanti you ingat Eqa yang belikan baju ni dekat you. Padahal I yang beli."

Julia tidak memperdulikan kata-kata Hud. Dia sudah tidak sabar untuk melihat baju kebaya nyonya yang dimaksudkan Hud tadi. Beg kertas itu dibuka gopoh.

"Maroon colour? "Julia memandang Hud.

"I dah agak you tak suka. But Eqa cakap you akan suka baju ni. "Hud sengaja memburuk-burukkan Eqa.

"Baby!!!  I love it. I just love this colour. Pandainya Eqa pilih. Thank you so much. "Julia memeluk baju kebaya nyonya itu seakan tidak mahu dilepaskan.

Hud mengerutkan dahinya. Biar betul?

"Sayang you suka?  Are you sure?  I thought you suka soft colour. "Hud tidak mahu mengalah. Dia tetap mahu menyalahkan Eqa.

"Baby,  dalam wardrobe I dah banyak baju colour soft. Sesekali pakai baju colour ni so nice. Lagipun I memang ada event yang kena pakai baju kebaya. Nasib Eqa belikan. "

Hud berdehem kecil sebelum berkata.

"Pembetulan I yang beli bukan dia. Dia just tolong I pilihkan saja. "

"Whatever.I just love  this kebaya. Tak sabar I nak pakai. " kata Julia tidak sabar.

Hud mencemik.

Itulah perempuan. Sepuluh pasang baju minggu depan sudah kata tiada baju. Esok lusa pasti Julia akan merenggek kepadanya.Tiada baju hendak dipakai.  Walhal penuh di dalam almari.

"So,how?"Julia mulai fokus kepada kekasihnya setelah seketika dia berasa teruja dengan baju kebaya itu.

"How what?" Tanya Hud mendatar.  Fokus pada jalan raya yang lengang tiada kereta malam itu.

"Macam mana balik kampung? Best? I guess sepuluh tahun ada you tak balik kampung?".

"More than that.Tak banyak yang berubah.I jenguk kubur arwah ayah I. Jumpa kawan-kawan lama."

"Kekasih lama...."tambah Julia sendiri.

"Siapa? You?"Hud membalas balik sindiran Julia.

"Baby..."rengek Julia."I'm talking about you."

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now