Bab 20

63 4 0
                                    

Baju kebarung pemberian Hud yang sudah siap digosok digantung di paku. Eqa kemudian mengikat tinggi rambutnya sebelum melihat wajahnya di cermin. Peluh kecil yang menitik dilap menggunakan tisu.

Gementar ke aku ni? 

Bisik Eqa di dalam hati. Tetapi jantungnya berdegup kencang. Entahlah Eqa malas mahu fikir. Dia mahu bersiap sekarang.

"Eqa, dah siap ke? "Huda membuka daun pintu sambil berkata.

Eqa menggeleng kepala.

"Belum. Kau rasa kena pakai make up tak?  Aku mana pandai pakai barang-barang ni. " ujar Eqa sambil menunjukkan peralatan soleknya.

Huda melihat perkakas solek yang ada di atas meja Eqa. Dia ketawa kecil sebelum mengambil salah satu darinya. Primer yang digunakan untuk melembabkan kulit dicolet pada wajah Eqa. "Duduk diam-diam. Biar aku solek wajah kau. "Kata Huda bersemangat.

"Kau biar betul. Karang, jadi badut aku."kata Eqa tidak yakin pada Huda.

"Alah kalau jadi macam ni pun Tuan Hud suka kalau jadi badut lagi Tuan Hud suka. "Kata Huda selamba sambil tangannya lincah bermain dengan alat solek di wajah Eqa.

"Ish, apa kau ni! Habis Cik Julia tu nak campak mana?

"Masuk lombonglah apa lagi." Selamba Huda berkata.

Eqa memukul lengan Huda. Ada-ada saja kawannya itu. Cik Julia begitu baik dengannya. Walaupun taraf mereka jauh berbeza tetapi dia suka sikap peribadi Julia yang sentiasa merendah diri.

"Time ni jugaklah kau nak demam.  Dah Is pula yang ikut aku." Kata Eqa tidak puas hati. Yalah, dia fikir adalah teman dia di sana nanti. Eh, alih-alih Huda memberitahunya siang tadi dia tidak jadi ikut.

"Biarlah yayang aku ikut kau.At least ada jugaklah orang teman kau pergi sana. Lagipun kau tahu, kan yang Is itu dah lama impian dia nak jadi model. "

Eqa menjatuhkan bahunya.

"Aku nampak Is tu kacak, semua pakej ada. Tapi bila casting macam kayu." Kata Eqa selamba.

Huda memukul lengan Eqa."Haip!  Jangan kutuk yayang aku. Kalau dia jadi model terkenal nanti kau jangan terhegeh-hegeh minta sign. "

Eqa menjulingkan matanya ke atas.

"Tak heranlah. Budak comot macam tu mana ada orang nak ambil dia jadi model."

Huda ketawa. "Ya ke?  Aku kadang- kadang kasihan dekat kekasih aku tu. Macam kau cakaplah rupa ada tapi depan kamera kayu. "

Eqa melihat wajahnya di cermin sambil membetulkan sedikit solekan Huda di wajahnya.

"Kau ajarlah dia. Aku rasa kalau dia tak kayu dia boleh pergi jauh.  Hah,  mana tahu malam ni ada yang nak ambil dia jadi model. " kata Eqa.

"Kau tengok ajalah dia pakai baju apa nanti. Jangan terkejut pula. "

Eqa mencemik. "Yayang kau tu pakai baju apa pun tetap comot. "

"We'll see later. Jangan kau terjatuh hati sudah. "

"Eh, hello!  Aku ada Bos Kacak okay."

Huda membuat muka. "Bos kacak pun entah-entah dah jadi comot.  Yalah, dah tak ada PA yang jaga dia. "

"Yalah PA dia si jembalang tu dah amik. "Kata Eqa spontan.

Huda mengenakan gincu pada bibir mungil Eqa."Hah, jembalang?  Siapa?"

"Carilah dekat office. "

Huda termangu-mangu seketika. Siapa ya?



"ASSALAMUALAIKUM... "kata Iskandar dengan penuh dengung saat melangkah masuk ke dalam rumah sewa Huda dan Eqa. Huda tercenggang. Eqa pula melopong.  Masing-masing tidak berkedip mata memandang Iskandar.

"Yayang...you ke ni?" Tanya Huda tidak percaya.

"Weh, kau buat plastik surgery dekat mana sampai handsome macam ni. " kata Eqa yang sudah mendekati Iskandar. "Mak aiii... Lori minyak wangi tumpah ke?" Komen Eqa lagi.

Iskandar tersenyum lebar apabila dipuji begitu. Sudah lama dia ingin mengubah diri begini cuma dia tidak tahu dimana hendak berpakaian begini. Kalau hari raya memakai pakaian begini orang mengatakan dia buang tabiat pula.

"Siap bersamping bersongkok macam nak kahwin pula. " kata Eqa sengaja menyakitkan hati Huda.

"Aku nak ikutlah! "Huda yang hendak bersiap itu dihalang oleh Eqa dan Iskandar. "Baby, tak adalah. Eqa main-main saja. Takkanlah yayang nak kahwin tak jemput baby." Balas Iskandar mengenakan kekasihnya itu.

"Ish, yayang ni gatal!  Gatal! " habis badan Iskandar menjadi mangsa cubitan berbisa Huda.

Eqa gelak sakan apabila melihat telatah Huda dan Iskandar itu tanpa perasan ada yang memerhati dari belakang.

"Ehem! " Hud berdehem kecil.

"Eh TJ."automatik Eqa berdiri tegak apabila Hud berdiri di sebelahnya.

"Dah siap ke?"

Eqa mengangguk.



AIR kopi panas dicicip oleh Eqa. Matanya melilau memandang sekeliling. Majlis sudah tamat tetapi batang hidung dua lelaki yang pergi dengannya tadi tidak kelihatan.

Tangan kanannya mengusap perutnya. Dari tadi perutnya memulas. Mungkin dia sengugut kerana semalam dia datang bulan. Macam mana ni?  Eqa sudah berpeluh sejuk di tempat duduknya.

Manalah Is dengan Hud ni. Bisik Eqa lagi. Dia mengoyangkan badannya.  Sesekejap ke depan sesekejap ke belakang. Fikirnya cara itu dapat mengurangkan rasa sakitnya.

Eqa memandang lagi sekeliling mencari Hud mahupun Iskandar.

"Kau cari apa? " tanya Hud yang sudah mengambil tempat di sebelah Eqa. Tangannya laju saja mencapai cawan Eqa lalu air yang masih berbaki itu diminum sehingga habis.

"TJ, saya nak baliklah. "Kata Eqa perlahan.

"Hah?  Aku tak dengarlah kau cakap." Balas Hud seraya mendekatkan dirinya dengan Eqa.

"TJ!  Saya nak balik. Sekarang!!! " tegas Eqa berkata bermaksud dia benar-benar ingin balik ketika itu.

Hud melihat wajah Eqa yang sudah berpeluh-peluh itu. Sesekejap Eqa seperti merintih menahan sakit. Apa kena pula Eqa ni?  Bisik Hud di dalam hati.

"Tunggu Is sekejap. Dia pergi belakang jumpa Julia. "

Aduh!  Masa ni jugak kau nak jumpa Cik Julia. Dari tadi kau tak nak jumpa.  Hamun Eqa di dalam hati.

Eqa pamit ke tandas. Perutnya sakit benar sehingga dia tidak betah untuk terus duduk di situ.

"TJ saya pergi tandas dulu."lengan Hud dipegang untuk menyokongnya bangun.

Hud rasakan pegangan Eqa mengigil-gigil di lengannya. Sekali lagi dia perhatikan wajah Eqa yang sudah mulai pucat itu.

"Eqa, kau okay tak ni? " soal Hud lagi risau.

"Okay... "Jawab Eqa ingin marah. Dia rimas asyik diasak soalan yang sama saja.

Hud melihat Eqa yang hendak berjalan ke tandas itu. Matanya dikecilkan untuk melihat sesuatu.  Apa tu?  Oh my.... Eqa!!!  Hud segera  berlari dekat belakang Eqa. Lengan Eqa dipegang untuk rapat padanya.

"Apa TJ buat ni?"

"Kau period, kan?  Ada darah melekat dekat belakang kau. "Hud mendekat kan dirinya lagi pada Eqa. Khuatir ada orang akan melihat. Malu Eqa nanti.

"Hah?  Alamak macam mana ni... " Eqa sudah tidak tentu arah.

Hud berfikir sejenak sebelum menarik Eqa ke tepi dewan. Sampingnya nya ditanggalkan lalu dia menutup belakang Eqa. Julia cuba dihubungi tetapi gagal begitu juga dengan Iskandar.

"Kita balik dulu. Aku hantar kau. " Hud yang tergesa-gesa ingin pergi ditahan Eqa.

"Nanti Is nak balik naik apa? "

"Why don't you worried about yourself." Ujar Hud geram. Di dalam situasi begini pun Eqa masih memikirkan hal orang lain.

Eqa diam kemudian membuntuti Hud   dari belakang.

Sepanjang perjalanan Eqa hanya membatukan diri. Dia langsung tidak bercakap apa-apa malah Hud juga langsung tidak bersuara sehingga Hud membelok simpang barulah Eqa bersuara.

"Rumah saya terus. TJ nak pergi mana ni? " ujar Eqa apabila Hud membelok ke arah lain.

Hud diam.

Eqa turut sama diam apabila Hud tidak berkata apa-apa. Mungkin Hud memilih jalan pintas ke rumahnya.



"MASUKLAH yang kau tercegat depan pintu tu buat apa. Kang,  menjejeh 'air sirap' tu aku juga yang kena mop. " selamba Hud berkata begitu.

Eqa masih lagi diam statik di situ.

"Masuklah! "Suruh Hud lagi.

Eqa menggeleng. "Tak naklah. Saya takut karang kena tangkap basah, sia-sia masa depan saya. " balas Eqa.

Hud tersenyum sinis. "Kau ingat hidup dengan aku tak ada masa depan ke?  Aku dah kaya tau sekarang. Tujuh keturunan boleh support kau."

"Tak naklah. Saya nak balik. "Eqa yang hendak berpatah balik ke pintu lif ditarik Hud. Serta-merta Eqa jatuh di tubuh Hud.

"Adoi! " jerit Hud kuat.

Eqa yang sudah tidak tahan menghamburkan tawanya. Dia terpandang pula saat Hud menjerit perkataan 'adoi' itu. Sakitnya seakan dihempap pokok tumbang walhal hanya dirinya yang berat adalah dalam se tan. He he he.

"Masya Allah berat nauzubillah. " komen Hud selepas mereka berdua sama-sama bangun.

"Eh TJ jangan nak macam-macam. Saya ringan saja tau. "

"Alah, diri sendiri manalah nak rasa.  Aku yang kena hempap ni macam tak cukup nafas. "Hud membuat gaya seperti orang yang sedang sesak nafas.

"Huh, menyampahlah dengan TJ ni.  Dahlah, saya nak baliklah. Dekat sini saya boleh buat apa. Bukan ada baju."

Hud beriak normal kembali. Matanya merenung Eqa kemudian melangkah setapak demi setapak sehinga mengurung Eqa yang sudah berganjak ke dinding.

"Aku ada baju tapi tak ada 'roti kering' kau. "Kata Hud dengan nada yang sangat perlahan. Hanya Eqa dan dirinya saja yang mendengar.

"Err,  tak apa. Saya ada. Erm,  maksudnya saya ada bawa. "Eqa cuba menolak Hud dari diperangkap begitu.

Hud melepaskan Eqa sambil ketawa kecil. Dia menunjukkan ke arah bilik yang paling hujung berdekatan dengan dapur."Pergilah tukar baju dekat situ. Tapi, aku tak janji yang aku tak akan mengendap kau. "

Eqa memandang bilik yang ditunjukkan oleh Hud itu. Kemudian dia memandang Hud kembali. "Gila!  Dasar tak siuman punya jembalang. " hamun Eqa dengan nada perlahan.

Hud melangkah ke ruang tamu sambil berkata."Aku dengar Faeqa Aulia. "

Eqa tidak memperdulikan Hud. "Mana bajunya?  Takkan saya nak berkemban. "Jerit Eqa geram apabila Hud membuat muka miangnya.



EQA sekadar menutup rambutnya menggunakan tuala sahaja. Memandangkan hari sudah larut malam dan dia benar-benar mengantuk. Lebih baik dia tidur sahaja. Tetapi...

Krrruk!!

Perut Eqa minta diisi. Dari petang tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan.  Hanya secicip air kopi sahaja itupun di majlis tadi.

"Ah, tak boleh jadi ni. "Eqa bingkas turun dari katilnya. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Kut kut Hud masih ada di ruang tamu. Malulah dia kalau Hud tahu yang dia kelaparan.

Eqa melangkah keluar dari bilik sambil terjengket-jengket kakinya. Matanya melilau memandang sekeliling. Susah kalau dia bertembung dengan Hud.

Pintu peti ais dibuka. Matanya masih lagi melihat sekeliling. Setelah memastikan Hud tiada, dia menyelongkar isi di dalam peti ais untuk mencari makanan. Tetapi hampa, tiada satu pun yang dia boleh makan. Semuanya harus dimasak terlebih dahulu.

"Kau lapar ke? " Hud menegur.

Terlepas mug di tangan Eqa. Mujur tidak terkena kakinya. Hud pula pantas membuka lampu dapur.

Dengan hanya memakai seluar pendek dan singlet buatkan mata Eqa tidak berkelip mata memandang Hud.

Hud pula tercenggang melihat Eqa begitu. Walaupun tidaklah seseksi seperti Julia yang tiap hari hanya mengenakan skirt separas lutut tetapi melihat Eqa yang selama ini bertudung litup tiba-tiba hanya mengenakan t-shirt membuat nafsu syahwat dia membara.

"Astagfirullahalazim. "Hud cepat-cepat beristigfar menghalau nafsu jahat yang ingin mengodanya. "Kau buat apa dalam gelap ni. " tanya Hud kali ini suaranya lebih teratur.

"Saya.... Saya.... "Eqa melihat kaca yang berderai pecah di kakinya.

"Watch out! "Hud menjerit kecil sebelum mengambil penyapu dan juga penyodok untuk membersihkan kaca-kaca yang pecah itu.

"Sorry TJ. Saya cuma tak sedap perut. Nak buat air panas saja. "

"It's okay Eqa. You can sit here. "Hud menarik satu kerusi bar lalu menyuruh Eqa duduk di situ. Sibuk Hud mengambil heater yang sudah tersedia air panas. "Tea or milo? "

"Coffee? "

"It's not good because you're bleeding now. "

Bleeding?  Okay.....

"Milo, then. "

"Good! "Hud mengambil milo lalu dituang ke dalam mug yang sudah terisi dengan air panas itu.  Kemudian lincah tangannya mengambil piza segera di dalam peti ais sebelum disumbat ke dalam microwave.

"Terima kasih. "Kata Eqa apabila Hud menghulurnya air milo.

"Welcome. So kau ada terkena kaca tak? "Kata Hud dengan nafas tercunggap-cunggap. Peluh yang mengalir di dahi Hud dikesat dengan lengan sasa yang tidak berlapik itu. 

Eqa berhenti bernafas melihat keadaan Hud begitu. Entah, matanya tidak boleh dialihkan dari terus melihat ke arah itu.

"Err, tak. Saya okay. "Eqa mencicip air milo itu tanpa perasan yang air itu masih panas. Menggelupur Eqa saat terkena lidahnya.

Hud ketawa sambil menghulurkan tisu.

"Slowly Eqa. "

Eqa mengangguk. Serba tidak kena dia berada di situ.

"Sorry aku bawa kau datang rumah aku, ni. Dah, lah kita dua orang saja.  But aku dah explain dekat Is suruh dia beritahu Huda everything. "

"Kenapa TJ tak hantar saya balik? Tak takut kalau ada apa-apa jadi kalau kita duduk berduaan dalam rumah ini. "

Hud tersenyum. "Jadi apa maksud kau? " Hud mendekati Eqa seperti tadi.

"Hud... I'm serious...." runggut Eqa sambil menolak tubuh Hud jauh darinya.

Ting!

Microwave berbunyi. Hud segera bangun kemudian mengambil piza segera yang tadi dipanaskan itu. Sos cili dituang ke dalam mangkuk lalu disuakan kepada Eqa.

"Jom makan.... "Kata Hud tidak sabar.  Sebenarnya dia pun lapar sejak dari tadi. Kerana tidak tahan dengan bunyi perutnya dia ke dapur untuk mencari makanan. Tidak tahu pula Eqa turut sama lapar.

Eqa meragut sepotong pizza itu lalu digigit penuh nikmat. Hud tersenyum lebar melihat Eqa yang sedang menikmati pizza itu.

"TJ perasan tak? "

"Perasaan apa? "Tanya Hud dengan mulutnya yang penuh.

"TJ layan saya makin baik sekarang. Kalau dari dulu macam ni kan bagus.  Tak payah jerit-jerit tiap hari dekat ofis itu. "Komen Eqa selamba.

Hud menarik tisu di tepi meja. "Kalau aku tak jerit pekerja aku lembab buat kerja termasuk kau. But now look at you. Ada improvement kan?  Kau lagi suka siapa?  Aku ke Bos Kacak? "

Eqa memandang Hud.

"Kalau suka dalam hati of course Bos Kacak kalau kerja also Bos Kacak. " gurau Eqa. Dia mahu lihat reaksi Hud.

"Kau memang miang. Aku kau nak abang aku pun kau nak. " Hud meragit mug air milo Eqa tadi.

Eqa membuat muka seperti hendak muntah. "Ya Allah berikanlah bos aku ini pendengaran yang baik. Sesungguhnya aku hanya menyebut nama Bos Kacak sahaja tadi. "

Hud menjeling Eqa tidak puas hati.

"Apa beza aku dengan abang aku? Aku pun baik juga dengan kau plus sweet."

Eqa tersenyum. "You don't know you brother very well. Dia sweet dengan saya saja. Eh no!  Dengan semua staff dia baik. Baik sampai boleh tahap jatuh cinta. " semakin galak Eqa menyakitkan hati Hud.

"Habis kau sukalah dengan dia. Habis aku kau tak suka? " desak Hud.  Dia tidak berpuas hati kerana Eqa asyik berkata pekara baik fasal abangnya itu.

Eqa mengerutkan dahinya. Apa kena pula dengan Hud ni? Aku tak puji dia pun nak marah. Tapi itu memang hakikat yang perlu Hud terima dan BELAJAR!!! Tak semua orang perlu ditengking perlu dimarah untuk buat kerja. Ada saja yang apabila kita berkata dengan lembut cara kerja mereka ada perubahan. Ini tidak, pantang silap ditengking seperti cara Hud.

"Cara TJ lain cara Bos Kacak lain. But one thing yang saya boleh puji is your kecekapan.TJ sangat laju dan memudahkan kerja but yang fasal hari-hari nak mengamuk saya tak setuju. Kalau jantung saya ni boleh melompat dah lama dia lompat keluar. Asyik terkejut saja kena tengking. "

Hud seronok mendengar cerita tentangnya dari mulut Eqa. Dia langsung tidak sakit hati malah gembira mendengar ada juga soalnya yang orang peka. Selama ini tiada siapa perduli soalnya. Dia ada ke tiada sama saja.

"Tak apa kalau jantung keluar nanti aku sumbat balik. Siap jahit. "Hud ketawa  selepas berkata begitu. Tidak tahu apa yang lucunya.

"Merepeklah TJ ni. " balas Eqa pendek.

Hud memandang Eqa lama. "Eqa... "

"Hah?  Apa dia? " tanya Eqa yang sedang sibuk makan itu. Pizza ini terlampau sedap sehingga matanya tidak boleh dilarikan dari terus memandangnya.

Ibu jari Hud mengusap lembut pipi Eqa lalu matanya dan Eqa bertaut lama. Masing-masing mendiamkan diri. Kaku dan statik dengan perbuatan begitu. Di hati ada getar tetapi masing-masing terus membisu. Tidak lama selepas itu Eqa menjauh.

"Eh TJ.... "Eqa jadi kalut.

"Ada sos dekat pipi kau... " balas Hud spontan. Tidak tahu kenapa dia berbuat begitu tadi.









Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now