Bab 28

70 3 0
                                    

Jefri melepaskan keluhan kerana selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kad undangan yang diberikan Eqa dibuka dengan hati yang luluh. Dia terlambat untuk meluahkan isi hatinya pada Eqa kerana itu Eqa memilih yang lain?  Ah, tidak!  Dia tidak rasa itu penyebab Eqa membuat keputusan itu.

"Siapa pun Afdzan ni mesti dia beruntung sebab memiliki awak, Eqa." Luah Jefri dengan nada kesal.

Eqa diam. Hatinya berbelah bagi.  Dia tidak tahu apa yang dia rasakan.  Dia simpati pada Jefri tetapi dia sudah mula jatuh sayang pada keprihatinan Afdzan. Hud?  Dia cuma singgahan yang membuatkan dia menyesal seumur hidup. Dia menyesal kerana pernah menempatkan nama lelaki itu bertahun-tahun di dalam hatinya.

"Eqa minta maaf bos. Bos akan jumpa orang yang lebih baik dan sempurna dari Eqa." Jawab Eqa sambil memandang wajah Jefri yanv sayu itu.

"Jeff terlambat ke Eqa? " tanya Jeffri berani.

Eqa memandang ke dalam mata Jeffri. Dia kemudian menggelengkan kepala. Tak, Jeff. Bukan masa yang mengukur jodoh tetapi takdir yang telah tertulis.

"Tak. Ini pilihan Eqa. Tapi, demi masa depan Jeff, Jeff layak cari perempuan lain yang lebih sempurna. "

"Tapi Eqa dah sempurna dekat mata Jeff. "Jefri memegang tangan Eqa.

Eqa cuba melepaskan pegangan Jefri itu. Khuatir kalau Afdzan di dalam kereta terlihat perbuatan Jefri.  Dia tidak mahu Afdzn salah sangka.

"Eqa minta maaf Jeff. Eqa dah ada pilihan Eqa sendiri. "Eqa terus berlalu meninggalkan Jefri yang memanggil-manggil namanya.

Laju Eqa berjalan masuk ke dalam kereta Proton Persona milik Afdzan.  Dia melepaskan keluhan kecil sambil memejam mata sekejap.

"Everything fine? Jefri tu siapa? " soal Afdzan ingin tahu.

"Dia abang tiri Hud. Ex bos Eqa." Jawab Eqa perlahan sambil melihat Jeffri yang berdiri tidak berganjak dari situ.

Afdzan memandang lelaki yang tinggi dan berpakaian kemas itu. Wajah tampannya siapa saja yang tidak tergoda. Adakah Eqa dan Jefri pernah berkasih? 

"Oh dialah abang tiri Hud. Untung Hud ada keluarga senang ambil dia.  Kalau awak rasa lepas kahwin kita hidup susah awak boleh kembali semula pada Jefri. "

Eqa yang memejam mata itu membuka matanya.  Dia memandang Afdzan di sebelah.  Apa maksud Afdzan?  Kenapa dia harus kembali semula kepada Jefri sedangkan suaminya ada di sisi.

"Saya takkan buat macam itu. " kata Eqa tegas. Dia sudah membuat keputusan ini keputusan yang muktamad dalam hidupnya.

"Kita tak tahu masa depan macam mana. " ujar Afdzan kemudian menghidupkan enjin keretanya.

"Afdzan, dia cuma bekas majikan saya. Tak lebih dari itu, okay!"

Afdzan menurunkan brek tangannya lalu menekan pedal minyak. "Zaman sekarang ini, banyak kes cerai disebabkan orang ketiga. Saya tak nak awak rasa awak buat pilihan yang salah nanti. "

"In shaa Allah kita akan bahagia. " putus Eqa malas mahu bergaduh.  Sejak dua menjak ini Afdzan sering ragu-ragu pada dirinya. Entah apa yang dia lakukan semuanya serba tidak kena.Akhirnya Afdzan menyuruhnya menghantar surat berhenti kerja. Dia turuti saja kemahuan Afdzan kerana malas mahu membahas.

"Kita pergi makan?  Saya lapar. "

"Kita baliklah. Nanti tok bising dekat rumah. "

"Tok awak ke Sofy? "

"Awak rasa?" Kata Eqa sambil keningnya terjongket.

Afdzan bermain dengan janggutnya.  Dia sudah membayangkan nenek muda Eqa itu. Kemudian dia mengulum senyuman. "Saya rasa Sofy.  Dia ada marah-marah awak ke?"

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now