Bab 17

50 3 0
                                    

Iskandar memandu di lorong yang gelap sambil kepalanya terjenguk-jenguk mencari sesuatu.  Hud juga melakukan hal yang sama di sebelah. Manakala Eqa di belakang duduk kaku kerana diheret sama ke tempat ini.

Tanpa sebarang cahaya menyukarkan mereka untuk mengesan dimana keberadaannya. Tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari Ahmad.

"Mak!!! "Jerit Eqa di tempat duduk belakang apabila ada tangan yang cuba untuk membuka pintu.

Hud menoleh ke belakang. "Terkejut aku. Jalan!  Jalan, Is! " arah Hud.

Eqa duduk di tengah sambil didekatkan tubuhnya kepada Iskandar dan Hud. Walaupun dia di dalam kereta yang berkunci tetapi dia takut kalau-kalau terjadi pekara seperti tadi.

Hud menoleh ke kanan. Hampir saja bibirnya berlanggar dengan pipi Eqa yang rapat dengannya. Nafas yang dihela terasa panas menyapa pipi Eqa. Eqa menoleh ke kiri. Ketika ini hanya seinci wajahnya dekat dengan Hud.

Kaku mereka berdua di dalam keadaan begitu. Iskandar menoleh ke kiri apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Hud."Woi, lah hang beromen jangan dekat sini. "

"Is!!! "Kata Hud dan Eqa serentak menafikan tuduhan Iskandar. Segera Eqa menjauh dari Hud. Hud pula mengambil telefon bimbitnya pura-pura mencari sesuatu untuk menutup malu.

Iskandar memandu lagi meredah lorong-lorong yang gelap. Beberapa orang sudah terbaring lesu dengan lengan yang diikat. Jarum-jarum suntikan bersepah di kawasan itu.

Eqa merapati dirinya di cermin tingkap. Kut kut dia ada melihat kelibat Ahmad di kawasan situ.

"Kau sure ke Ahmad dekat sini? " tanya Hud.

"Aku tanya kawan-kawan masa lepak dekat warung. Dia orang cakap Ahmad dekat sini. "Iskandar meninjau lagi.

"Hah, tu dia! "Kata Eqa separa menjerit. Iskandar yang terkejut segera membrekkan keretanya.

Hud membuka tingkap untuk melihat dengan teliti. Apabila matanya dapat menangkap tubuh Ahmad yang terbaring lesu di atas lantai, dia segera keluar dari kereta. Puas Iskandar dan Eqa menghalang. Akhirnya mereka berdua turut sama mengikut Hud keluar.

"Ahmad! "Panggil Hud sekali.

Tiada respon.

"Ahmad! "Hud cuba mengerakkan tubuh Ahmad.

Eqa menahan nafasnya. Di duduk di belakang Iskandar di dalam ketakutan.

"Ahmad! "Kali ini lebih kuat suara Hud memanggil Ahmad.

Ahmad terjaga. Dia membuka mata kemudian tergesa-gesa bangun sehingga Eqa terkejut lalu jatuh ke lantai. Iskandar membantu Eqa bangun.

"Lu siapa bro? Ada barang nak jual ke?"kata Ahmad khayal.

Hud memegang wajah Ahmad. "Kau kenal aku tak?  Aku Hud! " jerkah Hud.

"Hud mana eh?  Aku tak ada kawan nama Hud. "Balas Ahmad.

Hud memandang Iskandar.

"Ahmad.... Ni aku Is. "Giliran Is berkata.

Ahmad memandang lelaki yang bercakap dengannya. Pandangannya berbalam-balam. Dia tidak pasti siapa orangnya. Suara seperti dia pernah dengar.

"Is?  Hud?  Kau siapa pula? "Hujung tudung Eqa ditarik untuk merapatinya. Hud segera menghalang. Eqa cepat-cepat bersembunyi lagi di belakang Iskandar. Baju Iskandar digengam erat.

"Ahmad!  Ni aku Hud kawan sekolah kau. Aku datang sini sebab nak cari kau. "Kali Hud berkata serius.

Ahmad memandang Hud.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now