Bab 8

61 4 0
                                    

Hud menekan punat lif menahan pintu lif dari tertutup tanpa memperdulikan Eqa yang tercegat di hadapan pintu lif. Eqa tidak memperdulikan Hud yang berada di dalam perut lif itu malahan dia meminta lelaki itu cepat-cepat naik ke ofis supaya dia tidak perlu menghadap semua ini.

Hud berdehem kecil seolah memberi isyarat menyuruh Eqa masuk ke dalam lif itu. Tetapi sayang  Eqa tidak mengerti malah dia menyumpah- nyumpah Hud kerana tidak naik lagi ke ofis.Dia ingin menggunakan lif itu.

"Cepatlah naik dah cramp tangan aku tekan butang ni. "Sindir Hud.

"Lah, TJ suruh saya naik ke?  Tak apalah hari ini saya macam nak workout nak naik tangga. Thanks by the way. "Eqa terus berlalu dengan penyesalan kerana dia perlu menghadap anak tangga sehingga ke tingkat 7.

"Nak naik tangga tapi tunggu lif. " Hud menggeleng kepala.

TERCUNGGAP- cunggap nafas Eqa tiba di ofis. Kalau dikumpul dia menyumpah si Hud sudah berbakul-bakul tiba di atas. Sesampai saja di ofis dia mencari tempat duduknya. Kakinya serasa ingin patah. Tekaknya begitu kering sehingga dia rasa tidak bermaya.

Huda di sebelah ditepuk."Huda amikkan aku air. "

Huda cepat-cepat menghulurkan Eqa segelas air sambil mengambil beberapa helai kertas di buat kipas.  Eqa pula dapat sahaja air yang dihulurkan Huda, laju saja dia meneguk air itu sehingga habis.

"Argh!  Lega tekak aku beb. "Eqa meletakkan gelas itu di atas meja.

Tisu ditarik lalu dia mengelap mukanya yang berpeluh-peluh. Matanya merenung ke dalam bilik Hud di hadapannya. Kalaulah dia ada kuasa sudah lama dia kokak muka Hud sampai tiada rupa lagi. Huh,  harap muka saja kacak tapi perangai nauzubillah!  Hish!

"Eqa masuk bilik saya sekarang. " satu interkom berbunyi.

"Baik TJ. "Jawab Eqa dengan suara yang kendur.

Huda memusingkan kerusinya. "TJ?  Apa tu?  Suppose to Tuan Hud. TH right? " tanya Huda pelik. TJ?

"TJ stands for Tuan Jembalang tak sedar diri mulut celupar. Ish, geram aku. "Eqa terus menarik pen dan buku catatannya lalu melangkah masuk ke dalam bilik Hud.

Saat daun pintu dibuka, matanya bertentang mata dengan Hud. Auch!  Mata yang sungguh.....menyebalkan. Wajah sinis itu seakan-akan sedang mengejeknya.

"Yes TJ. Anything? " soal Eqa bertentang mata dengan Hud.

"Aku rasa aku macam hilang something. "kata Hud mengaru keningnya.

"Hilang?  Apa tu?  Barang ke? " Eqa juga terjenguk-jenguk mencari barang yang Hud katakan walaupun dia tidak tahu barang apa yang Hud cari.

Hud menahan tawanya.

"Taklah.Bukan barang yang hilang. " kata Hud menunggu reaksi Eqa.

"Habis tu? "

Hud berdiri sambil menyilang tangannya. "Adab kau. "

Eqa menarik nafasnya.

Ya Allah ada yang aku meletup sekejap lagi. Apa masalah lelaki ni, eh?

"TJ ada tak puas hati apa-apa ke dengan saya?  Kalau tak puas hati boleh cakap dengan saya. In shaa Allah saya akan perbaiki mutu kerja saya. " kata Eqa sambil tersenyum. Lebih kepada berpura-pura senyum.

Hud ketawa besar.

Eqa menarik muka.

"Anything else TJ? "Eqa cepat-cepat ingin keluar dari bilik neraka ini. Geram sakit hati semua bercampur aduk.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now