Bab 5

71 3 0
                                    

TUP!

Sebuah fail berwarna biru cair dilempar di atas meja Eqa. Ternaik bahunya dek kerana terkejut. Lantas dia memandang wajah yang melempar fail itu dengan wajah yang tidak puas hati.

ZULFA SALEHUDDIN!!!

Lelaki jembalang yang dulu dan kini membuat hidupnya huru hara. Fikirnya sudah tidak ketemu dengan lelaki di hadapannya ini rupanya jodohnya panjang. Bertemu di dalam syarikat ini dan dia adalah majikannya sekarang. Fuh,  pusing-pusing kita bertemu juga. Bisik Eqa.

"Kau buat karangan ke buat report?  Tulis panjang-panjang macam itu siapa yang nak baca? "Jerkah Hud.

"Report?  Setahu saya,saya tidak pernah bagi TJ report. "harap maklum tittle 'TJ' itu adalah 'Tuan Jembalang'. Dulu masa sekolah Jembalang Samseng sekarang kerana dia majikan, naik pangkat sikit tambah Tuan tapi belakang masih sama tetap forever 'JEMBALANG!!!'.

"Kau bagi abang aku. Dia tak ada jadi aku yang handle projek ini. Tapi report yang kau bagi ini macam sampah. Karangan budak SPM tu pun lagi baiklah. "

Eqa menjeling Hud sebelum membuka fail yang dilemparkan kepadanya tadi.

"Apa yang tak kenanya. Format betul. Tarikh masa dan isi kandungan dia pun betul. Tang mana yang nampak macam karangan? " soal Eqa pada Hud.

"Isi kandungan kau tu yang salah.  Berapa banyak perenggan kau nak cerita pasal tapak projek. Kau ulang-ulang benda yang. Make it simple and hantar dekat aku semula sebelum lunch. "

Eqa mengerling jam di dinding. Gila sebelum lunch. Lagi 15 minit kot!  Eqa gopoh mengambil tempat duduknya kembali. Komputer di hadapannya dicari kemudian jari jemarinya lancar menari-nari di papan kekunci.

Huda di sebelah menggeleng kepala.

"Dengan Bos Kacak bolehlah kau manja-manja. Dengan adik dia jangan harap."sindir Huda.

"Beb, dari kau membebel baik kau tolong aku buat report ni. Kang nasi ayam kedai Pak Mat habis jangan nak bising-bising dengan aku. " balas Eqa yang masih fokus di hadapan komputer.

"Lah, bagi ajalah lepas lunch.Kau tengok dia pun dah nak keluar lunch. Kau letak sekarang bukannya dia tengok. "

Sambil menaip sambil lehernya dipanjangkan melihat ke dalam bilik Hud. Huh, dasar jembalang betul.  Dia keluar pergi lunch kenapa nak suruh aku siapakan sekarang. Eqa mengerling jam di dinding lagi.

Aduhmak!  Kenapa cepat sangat masa berjalan hari ini. Sekejap saja masa rehatnya sudah berjalan 15 minit. Confirm Nasi Ayam Pak Mat tu dah ramai orang beratur.

"Cepatlah. Tengok dah ramai yang beratur tu. "Kata Huda sambil melihat melewati cermin bangunan.

"Ish, tak bolehlah Huda. Kang dia mengamuk dekat aku bukannya kau.  Kau seorang sajalah pergi. Bungkuskan aku punya sekali."Eqa sudah mengaru kepalanya yang dibaluti tudung bawal.

Huda merengus kasar.

"Kau ni.... "Huda mendekati Eqa. "Kita pergi bungkus sama-sama lepas itu kita balik semula ofis siapkan kau punya report. "

Eqa menoleh ke arah Huda di sebelah. Dia diam sejenak berfikir jalan penyelesaian masalahnya sekarang. Makan ke report?  Makan ke report?  Alih-alih perutnya berkeroncong minta diisi.

"Hah, tengok!  Perut kau pun tengah lapar. Jomlah makan. "Ajak Huda entah keberapa kali.

Fine!

TERCEKIK Faizul yang sedang menikmati karipap dek kerana kelantangan suara Eqa yang menjerit. Pekerja yang lain turut memandang ke arah Eqa kerana tiba-tiba gadis itu menjerit.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now