Bab 11

56 5 0
                                    

Hampir saja Eqa jatuh dari katil kerana melihat susuk tubuh seseorang di tepi katilnya. Laju jantungnya berdegup kerana sangkanya ada jelmaan di dalam biliknya. Sudahlah di dalam wad ini hanya katilnya seorang. Kalau berteman tidaklah dia seram.

"Tak boleh ke TJ buka lampu?  Tahu tak saya terkejut. "Marah Eqa sambil mengikat rambutnya. Selendang dicapai untuk menutup rambutnya yang terdedah. Tidak sengaja kerana sangkanya tiada siapa lagi akan datang waktu malam begini.

"Kau tidur nyenyak sangat sampai aku dah nak baca Surah Yassin. " balas Hud selamba.

"TJ..... saya sakit tau. Janganlah sebut-sebut fasal mati dekat sini. " Eqa membetulkan duduknya di atas katil.

"Kalau aku tak datang kau takkan makan, kan?  Nah, aku ada bawa lauk. Makanlah. " Hud meletakkan bekas makanan di atas meja.

"Suap..." Eqa mencuba nasib mengacau Hud.

"Sekejap. "Hud berdiri.

Eqa mengerutkan dahinya apabila Hud tiba-tiba berdiri. Hendak basuh tangan agaknya. Bisik Eqa di dalam hati.

"Eh,...TJ nak pergi mana.? "tegur Eqa apabila melihat Hud meluru ke arah muka pintu.

"Aku nak pergi bilik mayat tengok ada tangan lebih tak. Tangan kau dah kena potong, kan. "

Eqa memberikan jelingan tajam di balik samaran lampu bilik. Dia bingkas bangun lalu ke bilik air untuk membasuh tangannya. Huh, aku ada tanganlah. Putih mulus lagi. Jari pun cukup. Tak payah nak cari tangan lebih bagi aku. Kata Eqa geram di dalam hati.

Hud sudah membuka lampu bilik.

"Alah, bergurau pun tak boleh. Muncung kau tu dah boleh sangkut hanger tudung kau. "

"Yalah, saya ni buruk muncung tak lawa. Macam itik kena lumpur yang main kejar-kejar dekat kampung. Saya tahulah itik tu.... "

"Wow!  Wow!  Dah jangan nak menambah-tambah aku cakap muncung saja tak cakap pun macam itik. Haih,orang sakit ni. "Hud mengosok kepala Eqa.

Eqa terpana.

Hud terkedu.

"Sorry... Aku ingat itik belakang rumah aku dulu. Sebiji macam kau. " gurau Hud.

Eqa yang hendak marah tidak jadi berbuat begitu. Teringat dia itik peliharaan Hud itu. Punyalah dia berlari di halaman rumah Hud rupanya-rupanya itu adalah itik bukannya angsa seperti yang dia fikirkan. Seronok Hud dan Is mentertawakan dirinya waktu itu.

"Aku tak tahu pula budak bandar tak reti beza itik dengan angsa. "Sindir Hud seperti dapat membaca apa di dalam kepala Eqa.

"Sebab itik yang TJ bela itu besar. Saya ingat angsa. Lagipun dia warna putih. "

"Tak pernah pula aku nampak itik warna kuning. Dekat KL itik warna kuning ea? "

"Ish, diamlah! "Eqa menyerah kalah. Kalau dengan Hud ini memang sampai ke sudah dia tidak akan menang. Semuanya hendak mengikut cakapnya saja.

Hud tersenyum senang apabila melihat Eqa sihat sedikit hari ini. Walaupun wajah itu masih pucat kerana kurang darah tetapi masih terlihat sihat.

"Aku bawa sotong goreng tepung yang kau minta semalam. Aku takut kau ngences dekat sini. Habis nurse-nurse cantik ni kena basuh cadar katil kau. "

"Bagi ke tak ni saya makan? "Eqa mengeluh. Seleranya tadi ada apabila melihat sotong goreng tepung yang dibawa Hud tetapi apabila Hud berkata begitu terbantut seleranya.

"Ya tuan puteri. Makanlah... "Hud membantu membuka penutup bekas makanan yang dibawa itu.

Eqa sudah tersenyum lebar. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi kerana seharian tidak menjamah nasi. Hanya buah saja mampu ditelan. Yang lain semua membuat tekaknya loya.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now