Bab 13

55 4 0
                                    

Eqa melangkah masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya penat seharian bekerja. Dari pagi sehingga lewat malam ini baru dia pulang. Dia menghempas tubuhnya di atas katil yang dibeli sewaktu gaji pertama bekerja di syarikat mummy Mariah.

Bunyi katil yang berkeriuk saat Eqa menjatuhkan tubuhnya sama seperti bunyi tulang temulang Eqa yang lenguh dek kerana bekerja. Ah,  sedapnya dapat baring. Eqa mengiring ke kanannya.

Kotak hadiah jam pemberian Hud tadi dicapai. Jam jenama Tissot itu diambil lalu dipakai di pergelangan tangannya. Tanpa sedar bibirnya mengulum senyuman lebar.

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam peti simpanannya. Dia mencapai telefon bimbitnya.

"Happy birthday my dear. You are wonderful person. I hope your special day is the beginning of another amazing year. "Eqa tersenyum senget.

Dia membuka laman Google untuk mencari sesuatu. Pekara yang ingin dicari ditaip sebelum dia menjumpai sesuatu. Huh, sudah dia agak yang Bos Kacak sekadar copy ayat ini dari Google Images.

Tiba-tiba telefonnya berdering.  Nama Bos Kacak  tertera di skrin telefon bimbitnya. Eqa menarik punat hijau ke tepi untuk menjawab.

"Hello my dear. I miss you so much.! " kata Jefri ceria di talian.

"Assalamualaikum. "Perli Eqa.

"Waalaikumsalam.... "Jawab Jefri tergagap menutup malunya.

Sebulan sudah Jefri ke London atas urusan kerja baru hari ini lelaki itu menelefonnya. Takkan sibuk sangat sampai terlupa kepadanya. Yalah, walaupun hubungan mereka bukannya official tetapi lelaki itu sudah ada tempat di hatinya.

"You sihat?"

"Sihat baru keluar hospital. "Balas Eqa malas.

Jefri terbatuk kecil mendengar kata Eqa itu. "Seriously Eqa. Why you tak contact I bagitahu. So you macam mana sekarang? "

"Alhamdulillah sihat. Hud yang bawa I pergi hospital. I just dehydrated saja. You tak payah risaulah. "

"Of course I risau dear. I dekat sini you dekat sana dengan Hud. You jangan cakap terjatuh hati pula dekat Hud.  Tak lama lagi I dah nak balik. "

Eqa ketawa mendengar kata-kata Jefri itu. Entah kenapa dia rasakan kata-kata Jefri itu lucu. Dengan adik sendiri pun cemburu. Dia tidak tahu ke yang Hud itu ada kekasih hati jauh lagi cantik darinya. Model antarabangsa lagi.

"You.... "Eqa merengek.

"Yes darling. Kenapa ni I dengar suara you macam ada masalah saja."

"Memang banyak pun masalah. Adik you, Hud tu hari-hari buat I pening. " adu Eqa. Air matanya yang sudah bergenang bila-bila masa sahaja akan menitik.

"Hud?"Jefri ketawa mendengar Eqa mengadu di talian. Dia juga rindukan Eqa. "Hud dia memang macam itu. Kalau hal kerja dia memang serius sikit. Tapi dia baik hati. "

Baik hati?  Ada hati ke jembalang itu?  Kalau dia ada hati dia takkan letak katak dalam hadiah hari jadi aku. Kalau tidak ramai orang di dalam restoran tadi sudah lama dia ambil katak itu letak dekat dalam mulut dia. Biar dia tahu rasa.

Tapi, kalau sesekali baik mengalahkan Bos Kacak. Tiap malam datang melawatnya di hospital tempoh hari. Bukan saja melawat dengan tangan kosong bahkan siap membawakannya makanan. Entahlah. Eqa menjongket bahu tanda malas peduli.

"You okay dekat sana? Baru teringat nak call I ke? "Perli Eqa.

"Yeah busy sangat dear. Hari ini pun suppose ada meeting tapi I cancel sebab penat sangat. Cuaca dekat sini pun boleh tahan sejuk. Hujan sepanjang masa."beritahu Jefri.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now