Bab 16

56 4 0
                                    

Eqa menyudahkan bacaannya sambil menitis air mata. Tiap kali dia ke sini pasti air matanya tidak kering dari membasahi mukanya. Tiap kali dia kesini pasti kenangan-kenangan lama bersama arwah neneknya kembali di dalam kotak memorinya.

Sakit apabila orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Tetapi siapa dia hendak melawan takdir yang telah tertulis. Perginya tiada ganti.

"Nanti Eqa datang lagi, ya nek. "Eqa pamit pergi. Dia tidak mahu berlama di sana. Dia tidak kuat.

Eqa berjalan pulang dengan jug kaca di tangan. Sedang dia berjalan dia terdengar seperti bunyi reranting yang dipijak di belakangnya. Seakan ada seseorang yang mengekorinya dari belakang. Dia menoleh tetapi tiada sesiapa.

Dia melajukan langkahnya sambil merungut di dalam hati. Susah hendak berlari apabila memakai baju kurung ini. Langkahnya begitu terhad. Orang di belakangnya laju berjalan seakan mengejarnya.

"Jangan kacau aku!!! "Jerit Eqa yang sudah tercegat di tengah jalan.

"Hoi, kau jerit-jerit dekat kubur kang bangun orang dekat sini baru tahu. " ujar Hud di belakang Eqa.

Eqa dengan nafas kencang merenung Hud seakan mahu ditelan.  Takutnya cuma sia-sia tadi.

"Ish dasar jembalang. TJ buat apa hah dekat sini. "Marah Eqa.

"Kasarnya bahasa. " tegur Hud

"TJ yang takutkan saya tadi kenapa. " balas Eqa semula.

"Bila masa aku takutkan kau. Aku memang ada dekat sini dari tadi. Kau saja yang tak perasan aku. Kau buat apa dekat sini? "

Eqa tersenyum sinis. "Takkan saya gali kubur pula dekat sini. Dah tentulah saya melawat kubur nenek saya. TJ buat apa dekat sini? "

Giliran Hud pula melemparkan senyuman sinis."Aku saja-saja jalan dekat sini tengok permandangan. Dah tentulah aku melawat kubur arwah ayah aku. "Jawab Hud. "Tapi, Eqa siapa yang bersihkan kubur arwah ayah aku. Dah lama aku tak balik mustahil kubur dia terjaga macam itu."

"Oh... "Eqa meneruskan berjalan. "Tok yang bersihkanlah tu.Tiap kali kami buat kenduri arwah nenek, kami tak lupa ayah TJ sekali.Keluarga TJ macam keluarga kami juga. "

Hud mengangguk. "Terima kasih Eqa. Kalau tak ada tok entah macam mana kubur arwah ayah aku. "

Eqa tersenyum senang.

Hud mengerling jam di tangannya.  Masih awal lagi. Sempat rasanya kalau dia ke pekan untuk membeli barang.

"Eqa ikut aku, jom. "

"Malaslah. Saya nak balik makan. Lapar." Jawab Eqa selamba.

"Ish, makan saja gemuk ni. Ikut aku kang aku belanjalah makan. Jom! " Hud menarik tudung Eqa masuk ke dalam keretanya.

Suasana sunyi sepanjang perjalanan hanya bertemankan pemandangan sawah yang menguning. Eqa ralit memandang ke luar sehingga tidak memperdulikan Hud di sebelah.

Tangan kanannya mengusap perut yang lapar.Salahhya juga tadi dia menjamah sebarang makanan sebelum ke kubur. Tengah hari tadi pun dia tidak makan apa-apa kerana meluat dengan perangai Sofy yang mengada-ngada.

"Lapar sangat ke? "tanya Hud prihatin.

"Yalah, kan saya dah cakap yang saya lapar. "

"Garangnya. Kita ngeteh dekat warung Pak Abu tepi sawah tu ya?  Aku teringinlah nak makan mee bandung dia."

Eqa sekadar menjongketkan bahunya tanda tidak kisah.

"Boleh pula makan warung tepi jalan.  Nanti sakit perut pula TJ. "Sindir Eqa.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now