Bab 25

59 3 0
                                    

"Morning, Eqa. "Sapa Julia di muka pintu bilik Hud. Pintu bilik kemudian dibuka untuk membenarkan Eqa masuk.  Haruman minyak wangi yang dipakai Julia menusuk ke dalam hidungnya.

Fikirannya menerawang memikirkan hal lain. Kenapa Julia boleh berada di bilik Hud pagi-pagi begini? Dia melihat Hud yang baru keluar dari kamar mandi dengan rambut yang masih basah. Julia pula sudah bersiap cantik tetapi keadaan katil...

Argh!  Jangan fikir yang bukan-bukan lah Eqa. Kau ni.... Takkan Hud tu tak fikir soal agama. Apa lah. Bisik Eqa di dalam hati.

"Kau dah siap Eqa? " tanya Hud yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Eqa mengangguk.

Dia menyibukkan diri dengan bermain telefon bimbit. Walaupun hakikatnya dia berdebar apabila berada di dalam situasi itu. Julia dan Hud kelihatan sangat.... romantik?

"Erm, baby kenapa pakai tali leher senget macam ni. "Julia memeluk pinggang Hud kemudian membetulkan tali leher yang dipakai Hud.

"Mana ada.... "Hud cuba membetulkan di hadapan cermin. Dia berasa malu pula apabila Eqa berada di situ.

"Sini!  I betulkan. "Julia menarik tubuh Hud untuk mengadapnya.

Hud tersenyum memandang Julia tetapi sesekali matanya dilarikan memandang Eqa yang duduk di atas kerusi di satu sudut itu. Entah kenapa dia menyuruh Eqa menunggu di biliknya.

"Sekejap ya Eqa. Baby I ni memang macam ni. Kalau bersiap mengalahkan perempuan."beritahu Julia.

Eqa sekadar ketawa kecil kemudian mengangguk.

Baby?  Choi, dia jembalang.

Panggilan telefon dari Jefri menyelamatkan Eqa. Dia meminta untuk keluar dari bilik untuk menjawab panggilan dari Jefri.

"TJ,  Bos Kacak telefon. Saya tunggu TJ dengan Cik Julia dekat lobi, ya. " Eqa terus melangkah keluar dari bilik sebelum sempat Hud berkata apa-apa.

Hud memandang hampa pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu. Ada apa abangnya menelefon Eqa pagi-pagi begini?  Hud curiga akan sesuatu.

"Sayang, I dah siap dah ni.  Jomlah kita keluar. Kasihan Eqa tunggu dari tadi. "

Julia mengangguk.

"You, lah yang siap lambat." Sempat dada Hud dipukul lembut.

"Hello!  Bukan you yang mandi lambat tadi." Balas Hud semula.

Julia membuat muka. "I takkan lambat kalau you tak kacau I tadi, tau. "

Hud ketawa kemudian beriringan dengan Julia keluar dari bilik.

MENYESAL! MENYESAL!  Kalaulah dia tahu yang dia bakal menjadi hamba Hud hari ini tak kuasa dia hendak ikut.Lebih baik dia duduk di hotel saja tadi. Bukan saja kakinya sakit malah hatinya juga sakit melihat perangai Hud yang mengarah-arahnya itu dan ini.

"Eqa... What you're doing here. "Tegur seorang lelaki di belakang Eqa. Lengan Eqa ditarik untuk menghalang Eqa dari dilanggar pelancong lain.

"Bos Kacak!  Bos buat apa dekat sini."kata Eqa teruja apabila Jefri ada di Bukit Bendera ini.

"I pergi Penang sebab kes dekat tapak projek tu. I risau bila dapat tahu Hud kena tahan semalam. Mummy yang suruh I datang. " jelas Jefri.

Eqa tersenyum lebar.

Hampir lima bulan dia tidak bertemu Jefri. Hanya Tuhan saja tahu betapa dia merindui lelaki itu. Jefri kelihatan segak sama seperti dulu. Masih lagi berkumis nipis di pipinya.

"Eqa I'm just missed you so much! " bisik Jefri perlahan.

Eqa mengulum senyuman lebar. Dia memandang Jefri lalu berbisik juga. " Saya pun rindu dekat awak... "Satu kenyitan diberikan kepada Jefri.

Tersembur air kelapa yang diminum oleh Hud apabila melihat kenyitan Eqa itu.Ceit!  Sukalah tu Bos Kacak kau dah balik. Yalah, aku ni Bos Jembalang kau saja. Maki hamun semua aku dapat. Bos Kacak kau tu baru balik terus dapat kenyit mata kau tu. Hish!!!  Bisik Hud di dalam hati.

"Mana Hud?  You berdua saja dengan dia? "Tanya Jefri.

Eqa menggeleng. "Tu hah,  bertengek dekat situ macam burung tak ada sayap. " balas Eqa sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan keberadaan Hud.

Jefri ketawa sambil menggelengkan kepala.

Yes, kalau ada Jefri tentu Hud tak buli aku. Ah, Bos Kacak you always the best and I love you so much.  Bisik Eqa sambil membuntuti Jefri yang berjalan ke arah Hud dan Julia.

"Hai Jeff, bila you balik Malaysia? " kata Julia ceria. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.

"Dah dua minggu. " jawab Jefri sambil bersalaman dengan Julia.

Dua minggu?  Kenapa Jefri tak beritahu aku?  Selama ini aku sangkakan dia masih berada di luar negara. Ceit!  Nak buat surprise dekat aku, lah tu. Eqa cuba menyedapkan hatinya.

Hud yang perasan perubahan wajah Eqa tersenyum menang. Padan muka kau Eqa. Kau ingat abang aku nak beritahu kau semua benda yang dia buat?  Aku kenal kau, Jeff. Bisik Hud di dalam hati.

Eqa memandang Hud.

Dia tahu Hud sedang menyumpahnya dj dalam hati. Tapi, ada dia kisah?  Dia akan membuat surat pertukaran dan menjadi setiausaha Bos Kacak kembali.

"Jom. "Eqa bangun berjalan beriringan dengan Jefri meninggalkan Hud dan Julia.  Lebih bagus rasanya jika dia dan Jefri bersendirian daripada bersama Hud.  Menyakitkan kepalanya saja.

"Kita nak pergi mana Bos Kacak? " tanya Eqa sewaktu mereka mahu turun dari Bukit Bendera.

"Secret! "Jefri mengeyitkan matanya pada Eqa.

HUD yang baru selesai menunaikan solat Isyak menghempas dirinya di atas katil. Telefon bimbitnya sempat dicapai sebelum itu. Ah, selesanya. Baru malam ini dia dapat berehat dengan tenang setelah seharian menemani Julia.

"Boring...boring... "Hud berkata sendirian sambil scroll laman Instagram miliknya.

"When we meet be like.... emoji jelir lidah, emoji beruk tutup mata,  emoji buta mata love."Hud membaca nama emoji sesuka hatinya.Post Eqa bersama dengan Jefri dikutuk sesuka hatinya. Timbul rasa geram apabila Eqa dan Jefri berseronok berduaan hari ini.

Hud membaca 66 komen di bawah gambar Eqa dan Jefri satu persatu.

Huda95 auch! :  🙈 Bos Kacak look so lovely. @JFFRI 😍

Iskndr : biler nk mkn nasi minyak korg.
👉👈

"Berlambak dekat KL jual nasi minyak. Dah kenapa kau, Is? "kutuk Hud apabila membaca komen Iskandar.

JFFRI :not so crazy. Only you know how to control my limits 😘

Fiza_halim :Bos Kacak!!! @ JFFRI bersemut telefon aku gini. I ship #Jeqa

"Jeqa?  Jijik aku dengar. "kondem Hud geram.

#Jeqa
#Jeqa
#Jeqa

Mata Hud berpinar melihat hashtag yang diberikan kepada Eqa dan Jefri itu. Kerana malas mahu melihat lagi dia mencampak telefon bimbitnya di sebelah. Tidak sampai beberapa saat ada satu pesanan masuk. Dia mencapai telefon bimbitnya laju.

#JuHud
#JuHud
#JuHud

Hud membaca komen-komen di instagram Julia itu. Rata-rata komen dari orang yang tak dikenali. Ada yang menyukai post dia dan Julia dan ada yang mengecam. Padanya itu adat kerana Julia seorang yang terkenal.

"Juhud?  Kalau aku repost mesti Eqa nampak. Tapi..... Nanti nampak sangat aku nak menunjuk. Ah, aku post sendirilah. "

'You're one in a million. '💓

Butang 'post' ditekan oleh Hud.  Tidak sampai seminit Julia sudah membalas di bawah.

Juliaofficial you too baby,Hug!🤗 @ZHUD 🙈

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now