Bab 30

97 3 0
                                    

"Aku terima nikahnya Faeqa Aulia binti Mustafa dengan mas kahwinnya....

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Hud dan Eqa sah menjadi suami isteri. Semua orang memanjatkan kesyukuran apabila Hud melafazkan akad nikah dengan lancar.

Air mata Eqa menitis sambil dia tersenyum. Hatinya lebih tenang petang ini. Alhamdulillah dia sah menjadi isteri kepada Hud. Walaupun keadaan tergesa-gesa untuk menguruskan semuanya, majlis dapat berjalan dengan lancar.

"Tahniah... "balas Sofy di sebelah Eqa.  Tubuh Eqa dipeluk sekejap. Air matanya membasahi pipi. Apa yang terjadi antara dia dan Eqa selama ini sudah dia lupakan.

Sejak kejadian kelmarin, Sofy berubah menjadi seorang yang penyayang pada Eqa. Dia jatuh kasihan dengan apa yang orang lakukan kepada cucunya itu. Dari benci dia mulai menerima baik buruk Eqa. Dia berfikir sampai bila  hubungannya dengan Eqa terus begini. Kata orang buang yang keruh ambil yang jernih.

"Kan aku dah cakap Tuan Hud tu bakal jadi suami kau. Masin mulut aku. "Kata Huda pula di sebelah.
Hud hanya melemparkan senyuman saja. Banyak yang dia lalui untuk majlis ini berjalan dengan lancar seperti hari ini. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusannya. Hud adalah jodohnya.

"Tumpang sikit pengantin lelaki nak lalu. "Bising Iskandar untuk memastikan majlis berjalan dengan sempurna.

Hud sudahpun duduk setentang dengan Eqa yang duduk bersimpuh itu. Masing-masing memandang sesama sendiri sebelum ada senyuman yang terukir di bibir.

Hud melihat bibir Eqa yang lebam itu. Sedih apabila Eqa diperlakukan begitu. Kalau tidak fikir yang negara ini punyai undang-undang sudah lama dia membunuh Hud.

Tangan Eqa dipegang oleh Hud untuk menyarungkan cincin. Nek Ma yang berikan cincin ini kepadanya sebelum majlis nikah petang ini.  Semuanya gara-gara dia terlupa untuk membeli cincin akhirnya Nek Ma menawarkan cincinnya untuk disarungkan kepada jari manis Eqa.

"Eqa, terima kasih sebab sudi terima jembalang ni jadi suami awak. " bisik Hud perlahan.

"Saya tak terima jembalang saya terima Zulfa Salehuddin. "

"Kau jangan nakal sangat. Siap kau malam nanti. "Balas Hud sambil tersengih. Cantik bini bapak!  Hud meniru ayat dari filem P. Ramlee.

Eqa membesarkan matanya kepada Hud. Huh, menyesal pula dia cakap dia tidak kahwin dengan jembalang tadi. Ingatkan dah insaf dengan apa yang berlaku rupanya hampeh!  Mungkin naik kuasa dua perangai jembalang dia. Yalah,  pergi ofis mengadap dia balik rumah pun mengadap dia. Seronoklah Hud hari-hari mengarahnya selepas ini.  Bisik Eqa di dalam hati.

"Tahniah Hud. Semoga apa yang berlaku ni kau jadikan pengajaran.  Abang tumpang gembira untuk kau dan Eqa. "Kata Jefri kemudian memeluk Hud erat.

Eqa menganggukkan kepala kepada Jefri tanda menghormati abang iparnya itu.

"Tahniah jadi adik ipar saya. " kata Jeffri ikhlas. Apa yang berlaku dia cuba untuk menerima. Lagi pula Hud lebih layak.

Eqa melemparkan senyuman kepada Jefri. "Untung saya dapat abang ipar yang kacak macam ni. "

Hud menjeling Eqa. "Hamboi!  Hamboi!  Aku hidup lagi sebelah kau ni Eqa. " ujar Hud cemburu.

Eqa ketawa kecil. "Ish, awak ni.Gurau ajalah. Lagipun Bos Kacak ni tengah single. Carikanlah dia calon. "

Hud menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan isterinya itu. "Yalah bang,  ni cousin Eqa ramai yang cantik-cantik berkenalanlah.  " kata Hud selamba.

Tiga orang gadis yang duduk bersimpuh di satu sudut itu tersenyum-senyum apabila Hud berkata begitu.

Eqa sudah membuat muka. Mereka bertiga ini memang pantang kalau nampak lelaki dahi licin ini. Semuanya hendak mengoda. Nasib laki aku ni muka maskulin macam Fendy Bakri.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now