Bab 27

56 3 1
                                    

Dua minggu kemudian...

Kad undangan perkahwinan antara Hud dan Julia direnyukkan. Sama seperti hatinya yang remuk melihat apa yang terpampang di hadapannya sekarang ini.

Kenapa?

Lelaki itu sekadar mengambil sambil lewa akan kehormatannya. Apakah dia ini hanya kain buruk untuk mengelap salah laku Hud?  Adakah maruahnya hanya berada di bawah tapak kakinya? Dia perempuan. Darjatnya sangat tinggi. Bukan untuk dipijak-pijak untuk lelaki seperti Hud.

"Eqa?  Kau okay?  Lama sangat kau dalam toilet tu? " Huda memanggil di luar.

Air mata yang mengalir dilap.

"Aku okay. Period pain saja. Kau pergilah masuk ofis dulu. "Bohong Eqa. Suaranya jelas bergetar menahan dirinya dari menangis.

"Okay!  Aku masuk ofis dulu buat kerja. Kalau tak tahan sangat minta halfday." Kata Huda.

"Ya,  ya. "Balas Eqa.

Huda mengangguk kemudian masuk ke dalam ofis meneruskan kerjanya yang tertangguh. Niatnya hendak menggunakan tandas tadi tetapi dia memahami kesakitan Eqa itu. Tidak mengapa. Sekejap lagi Eqa pasti akan keluar.

Eqa berdiri merapikan dirinya. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian melangkah keluar dari cubicle. Kad undangan Hud dan Julia tadi sudah dibuang ke dalam tong sampah.

Wajahnya yang jelas pucat itu masih lagi ditilik di cermin. Lip balm yang sentiasa diletakkan di dalam poket seluarnya dioles ke bibir. Cuba untuk menampakkan seri walaupun 'serinya' sudah lama tiada.

Dia kembali semula ke dalam ofis. Baru sahaja hendak ke tempat duduknya, dia bertembung dengan Hud yang hendak ke bilik fail. Tiada senyuman tiada sapaan Eqa terus ke tempat duduknya.

Hud menjongketkan bahu.

Eqa melabuhkan punggungnya. Huda pula seperti biasa memusingkan kerusinya untuk berbual dengan Eqa.

"Kahwin juga Tuan Hud dengan Cik Julia tu, ya. Aku ingatlah dulu dia kahwin dengan kau. "

Eqa menjeling Huda.

"Apa kau merepek ni. "Eqa bersuara dingin.

"Yalah,  kemana-mana kau berkepit saja dengan dia. Lagipun dia tu jaga kau mengalahkan Cik Julia. "

Eqa berhenti membuat kerja. Dia turut sama memusingkan kerusinya mengadap Huda. "Aku cuma setiausaha dia saja. Tak lebih dari itu.  Kau dengan Is jangan pandai-pandai hendak menentukan jodoh orang. " agak sinis kata-kata Eqa itu.

Huda tergamam.

"Eqa... Kau marah aku ke?  Aku tersalah cakap ke?" Huda memegang tangan Eqa lembut.

Eqa diam tidak membalas. Dia kembali meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh tadi.

"Eqa, jumpa aku dalam bilik ofis. "Arah Hud.

Eqa memandang Hud yang sudah hilang di balik pintu itu. Dia menghembus nafas berat lalu mengambil buku catatanya masuk ke dalam bilik Hud.

"Ya, TJ. Ada apa nak jumpa saya. " kedengaran sinis saja ayat Eqa di pendengaran Hud.

Hud memandang wajah pucat Eqa itu.Terdetik juga kenapa wajah Eqa langsung tiada semangat itu. Ada apa-apa yang berlaku ke? Jangan cakap...

"TJ kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Banyak kerja nak buat. " Eqa yang hendak keluar itu ditahan  Hud.

"Kau dah dapat, kan kad jemputan aku dengan Julia?  Aku harap kau tak buka cerita soal kita. Aku tak nak rosakkan apa yang aku dah rancang dengan Julia. Aku tak nak dia bersedih kalau dapat tahu. "

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now