Bab 26

55 3 0
                                    

Tiga hari kemudian...

Jefri melemparkan senyuman pada Eqa dan Hud yang sedang berjalan ke arahnya. Hati Eqa melonjak gembira kerana Jefri menjemputnya pulang dari Penang. Serasa penatnya bersama Hud di sana hilang serta merta melihat senyuman Jefri yang ikhlas itu.

"How was your day dear?  Anything fine? " sapa Jeffri sambil tersenyum lebar.

Eqa menjeling Hud di sebelah.

"Okay tapi penat sikit. Nak buat macam mana kan, kena kerja. " balas Eqa sambil menghembus nafas penat.

"Kesian you. "Jefri mengusap lembut kepala Eqa seperti yang biasa Hud lakukan kepadanya. Bezanya Jefri mengusap dengan penuh kasih sayang tetapi Hud sekadar ingin membalas dendam. "Hungry? " soal Jeffri pada Eqa.

"Lapar kasih sayang... "Balas Hud seraya memakai kaca mata jenama Ray Ban masuk ke dalam kereta. Menyampah di melihat kelakuan Eqa itu.

Eqa membuat muka. "Ergh,  adik you tu... Ish... "Eqa tidak mampu meluahkan perangai Hud dengan kata-kata. Lebih tepat tiada kata-kata mampu menggambarkan perangai durjana dan hasad dengki dia itu.

"Cepatlah... "Hud sengaja menekan hon meriuhkan suasana di kawasan lapangan terbang itu.

Jefri menggelengkan kepala. "Behave Hud. "Kata Jefri saat melangkah masuk ke dalam perut keretanya.

Eqa di tempat duduk belakang sengaja membuat muka. Dia tahu Hud melihat saat dia berbuat begitu. Tapi, ada dia kisah. Ada Bos Kacak dia takkan berani marah aku punya.  Kata Eqa yakin.

"Kenapa muka kau macam nenek kebayan tu?  Ada saka ikut kau dari Penang ke?" Tegur Hud saat kereta tenang membelah jalan raya tengah hari itu.

"Bos tengok adik Bos ni. Ish! " rengus Eqa.

Hud mengajuk kata-kata Eqa dengan muka-mukanya sekali. Dia tidak kisah pun kalau Eqa hendak mengadu perangainya pada Jefri kerana dia tahu abangnya itu takkan berani menegurnya.

"Hud, enough. Kasihan Eqa! " tegur Jeffri lagi.

What!

"Abang... Oh please Eqa ni mengada-ngada lebih. " Hud pula mengadu.

"Eh kenapa pula saya yang mengada-ngada. TJ tu hah yang.... "

"Enough!  Jangan berkelahi macam budak kecik boleh tak?  Serabut kepala aku. " jerkah Jefri. Naik turun nafasnya menahan amarah.

Hud terkedu.

Eqa tergamam.

Masing-masing kemudian melihat sesama sendiri melalui cermin pandang belakang. Tetapi, sempat lagi masing-masing menyalahkan  sesama sendiri. Akhirnya Hud mengalah kerana tidak mahu ditengking lagi oleh Jefri di sebelah.

+Jeff, are you okay?
Eqa menghantar pesanan pada Jefri.

"Yeah, I'm okay. Sorry sebab tengking korang tadi. I'm just serabut pasal hal ofis dekat JB. "

"Anything you can share, man.. " giliran Hud bersuara.Bukan dia tidak tahu Eqa menghantar pesanan pada abangnya.

Jeffri mengangguk sambil menghembus nafas lemah. "Kalau penat tukar dengan abang. "

"It's okay Melaka dekat aja." Jawab Hud sambil memandang cermin pandang belakang. Dia tahu pasti Eqa terkejut. Dia tidak memberitahu Eqa apa-apa soal dia hendak ke Melaka.

Melaka?  Kita kena pergi Melaka ke?  Biar betul?  Aku tak ada baju lagi kot!  Hey!  Hey! Jerit Eqa di dalam hati.

"TJ,  Awak!  Saya tak ada baju lagilah.  Semua dalam luggage tu baju kotor saja yang tinggal. " Eqa memberitahu keadaan dirinya.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now