-Jisoo POV-
"Saya nak resign,"
Surat itu aku letak atas meja dengan wajah yang berat. Aku sayang kerja aku, tapi aku lagi sayang Kim Seokjin aku.
"Tapi... Wae? Gaji tak cukup?" Manager Jeon kerut dahi dan tolak surat resign aku.
"Anniy! Gaji ok. Betul! Saya nak resign ni pun sebab....personal problem,"
Manager Jeon keluh kasar dan pandang aku lama."Betul nak resign? Tak menyesal? Kau tau tak berapa banyak dah kami taruh duit untuk bantu kau naik?"
"Saya tak minta pun semua tu," balas aku perlahan sambil memperlahankan suara. Betullah kan? Aku tak minta pun semua tu.
"Ya lah kau tak minta tapi aura kau tu boleh pegi jauh! Haih. Takpelah. Kha. Pegi sebelum saya tukar fikiran,"
_______________
"Kamu Kim Jisoo?"
Soal doktor itu setelah selesai chek keadaan Seokjin. Aku angguk perlahan.
"Saya dah periksa keadaan Seokjin tadi. Dia okey, takde masalah. Cumanya, tolong jangan bagi dia ingat apa-apa yang dah berlaku tentang awak."
"Tapi kenapa?" Bidas aku tak puas hati. Kenapa dia tak boleh nak ingat?
Dia kenalah ingat supaya dia sedar cinta dia kat aku sebesar mana! Ehh lebih lebih pulak🌚.
"Seokjin jadi macam ni pun sebab awak. Mental dia teruk pun, sebab awak. Dia amnesia pasal awak, punnnn sebab awak. Semua sebab awak Kim Jisoo. Jadi, kalau boleh. Pegi sejauh yang awak boleh. Jangan datang kat Seokjin lagi." Kata doktor tu sedikit tegang.
Aku kerut dahi tak faham.
Aku dah resign tau. Aku resign sebab nak jaga Seokjin. Nak fokus kat suami aku.
"Pegi dari sini." Sekali lagi dia tekankan ayat dan senyum. Dia masuk semula ke bilik Seokjin.
Aku masih terdiam di sini. Kenapa aku tak lawan balik? Kenapa.... Aku bodoh sangat?
Dada aku, aku pukul-pukul perlahan. Makcik yang baru sahaja keluar dari bilik Seokjin terus sahaja peluk aku.
"You should go far from here Kim Jisoo. Jangan biar Seokjin jumpa kamu," rayu makcik.
"T---tapi kenapa? Dia suami saya. Saya sayang dia. Wae!" Kali ini mata aku dah bertakungan air.
"Makcik tak nak tengok Seokjin menderita lagi, Jisoo. Kalau kamu sayang dia, tolong tinggalkan dia sekali lagi. Makcik nak Seokjin sembuh sepenuhnya! Tolong makcik," dia melutut sambil menangis teresak-esak.
Apa semua ni?
"Makcik-----"
"Doktor Sooyung kata kalau awak tak keluar dari sini, Seokjin akan tetap cari cara untuk ingat pasal awak. Please Jisoo, makcik merayu. Keluar dari sini,"
Air mata aku mengalir perlahan. Sakit dia cuma Tuhan yang tau. Aku angkat makcik untuk berdiri semula dan kesat air mata.
"Nae... Saya akan keluar. Tapi, makcik tolong Jisoo ehh. Tolong carikan Jisoo tempat tinggal dan janji kat saya yang makcik akan lawat saya. Boleh?"
YOU ARE READING
I Love You +KSJ+
FanfictionR A N K I N G :- #2 - in KimJisoo " Hidup hanya sekali , hidup ni yang saya nak gunakan untuk bersama kau sepanjang hayat saya, Dear, Kim Seok Jin❤. " Yang Benar , -Kim Jisoo- START - april 2020 END - july 2020 NO PLAGIAT ! NO COPYRIGHT ISSUE ! #S...