Bab 1

23.1K 87 3
                                    

"Mia Sofea?"

Amin merenung tajam ke arah dua orang pelajarnya Suhaina dan Suzana, pasangan kawan baik yang lebih popular dengan panggilan Su-Su itu. Suhaina dan Suzana hanya mampu menunduk kepala apabila direnung dengan wajah berkerut oleh guru Bahasa Melayu mereka yang memakai kaca mata itu.

Suasana di bilik guru SMK Ibrahim Yaakub itu terasa aman dan tenang. Kelihatan guru lain masing-masing sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Ada yang sedang menanda kertas, ada yang sedang menelaah buku teks (edisi guru) dan ada juga yang sedang menaip sesuatu di meja mereka, mempersiapkan material pengajaran mereka.

Hanya Suhaina dan Suzana sahaja yang merupakan pelajar di situ, berdiri tegak berhampiran meja Cikgu Amin, menunggu kata-kata seterusnya dari dia.

"Su-Su, bila cikgu kata buat esei mengenai 'tokoh' bukan macam ni yang cikgu maksudkan. Cikgu faham yang artis Mia Sofea ni adalah idola kamu tapi idola ni tak semestinya tokoh."

Suhaina dan Suzana memuncungkan bibir mereka. Kelihatan mereka tidak berpuas hati apabila Amin seolah-olah memperkecilkan artis kesayangan mereka itu.

"Su-Su, bukan. Bukan cikgu nak perkecilkan artis Mia Sofea ni. Berdasarkan apa yang kamu berdua karang mengenai Mia Sofea ni, cikgu nampak yang Mia Sofea ni memang seorang artis yang mempunyai pencapaian yang hebat. Artis baru paling popular, pelakon wanita paling popular, artis paling popular tiga tahun berturut-turut, drama dia semua top, filem dia semua box office...memang hebat! "

Suhaina dan Suzana tersenyum. Bangga apabila cikgunya itu memuji artis kesayangan mereka.

"..tapi, itu hanyalah pencapaian. Tokoh ni bukan sekadar pencapaian semata-mata. Tokoh ni juga adalah seseorang yang menyumbang dan berjasa penuh kepada masyarakat."

Suhaina dan Suzana terdiam. Mereka kembali memuncungkan bibir mereka. Walaupun memahami apa yang dimaksudkan oleh Amin, ia masih terasa sukar untuk diterima.

"Esei kamu ni cikgu tak kata salah. Cikgu dah baca semua. Penggunaan tatabahasa betul, susunan ayat cantik, perumpamaan yang kamu guna pun tepat. Cikgu boleh bagi 'A' kat korang berdua ni."

"Ye ke cikgu? Terima kasih, cikgu!" Suhaina dan Suzana tersenyum, lagi. Mood mereka kembali ceria.

"Oop, oop. Nanti dulu. Memang esei kamu ni penulisan dia tak salah, tapi yang salahnya kat sini kamu berdua tak memahami tajuk yang diberikan. Kalau SPM esok-esok kamu buat macam ni, sebagus manapun esei kamu kalau tajuknya lari pemeriksa tetap akan bagi markah yang rendah. Cikgu tak nak benda tu jadi kat kamu. Rugi nanti."

"Jadinya, cikgu nak..." mata Suhaina dan Suzana mengecil. Mereka mula merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Yup. Cikgu nak kamu buat balik esei mengenai 'Tokoh Yang Saya Hormati' ini. Hantar kat cikgu balik besok!"

"Ala, cikgu! Kitorang ada practice bola jaring petang ni!"

"Yalah cikgu! Kitorang kena practice ni. Bulan depan dah tournament. Cikgu pun tahu kan. Kata penasihat bola jaring sekolah.. "

"Eh, eh dia yang paksa saya jadi penasihat. Dia kenakan kita balik. Takde, takde. Hantar besok. Petang ni kita practice macam biasa. Kamu buat esei ni malam lah."

"Malam ni ada drama, cikgu. Drama Mia Sofea ni lah."

"Ha'ah lah cikgu. Tak feel lah tengok drama kalau kena buat esei pulak."

"Eh, korang ni. Macamlah drama tu tiga empat jam. Habis drama kamu tulislah..."

"Ala, cikgu.. Tak feel nanti! "

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now