INTRO

100 17 5
                                    

"Aerin budak skema!"

"Aerin budak bodoh!"

"Aerin pengecut!"

Pukulan demi pukulan yang menyinggah pada setiap bahagian anggota badan dengan bertubi-tubi sudah membuatkan tenagaku hampir hilang.

Ya, aku Jung Aerin. Gadis lemah yang sering dibuli di Maktab Sains Imperial ini.

Hanya disebabkan aku dengan Sehun sekelas dan berkawan baik, aku dibuli oleh teman wanitanya iaitu Hwang Eunna.

Satu tumbukan kuat tepat mengenai tulang pipiku sehingga menyebabkan aku rebah ke bumi. Kaca mata bulat yang dipakai tertanggal sehingga patah.

"Kau memang suka cari masalah kan?"Hwang Eunna, pelajar perempuan yang berambut blonde itu terus menendang perutku sehingga memaksa air tersembur keluar dari dalam.

Air mata semakin mengalir keluar membasahi pipiku yang penuh dengan lebam dan calar.

"L-lepaskan saya..."pintaku kepada mereka.

Tetapi mereka seolah tidak mempedulikan kata-kataku malah terus menendang aku tanpa belas kasihan sambil bunyi hilai tawa mereka bergema di koridor yang dipenuhi dengan para pelajar itu.

"Kau tak patut ada di sini dan kau tak patut dekat dengan boyfriend aku. He's mine and forever mine!"kata Eunna sambil menuding kasar jarinya ke arahku.

Pandangan mataku ketika itu hanya bertumpu pada permukaan lantai yang kotor sahaja sambil merenung kaca mata yang sudah pecah itu dengan mata yang bergenang.

"Don't be such a crybaby Jung Aerin,"kata Lee Chaerin, gadis yang berambut dark brown paras dada itu.

Rahangku dicengkam kuat oleh Chaerin sambil rakan-rakannya yang lain sibuk mentertawakan aku bahkan ada juga yang merakam segala insiden itu dengan telefon pintar masing-masing.

"Aku akan buat kau merana sepanjang kau bersekolah di sini,"tanpa berlengah Chaerin terus mengambil sebotol air yang diisi penuh lalu disuakan ke dalam mulutku.

Setiap cecair yang membasahi kerongkong itu membuatkan aku bergelut dengan segala kesengsaraan yang diberikan oleh mereka. Bahkan mahu sahaja aku menolak mereka tetapi kudratku tidak cukup untuk melawan dua wanita yang tinggi di hadapan aku ini.

Air yang disuakan itu hampir sahaja dimuntahkan tetapi Chaerin segera menolak aku ke tanah semula.

"I hope you will like this kind of torture. Suits you very well,"kata Chaerin dengan hujung bibir tersungging sinis.

Tanpa sebarang amaran, perutku dipijak lagi olehnya dengan lebih kuat sehingga memaksa aku untuk memuntahkan semula air yang diteguk dengan rakus itu.

"Tengok siapa yang lebih berkuasa sekarang? Budak skema ni ke ataupun kami, kakak-kakak yang cantik ni?"laung Chaerin seolah-olah dia menghebahkan berita gembira yang dianggap jengkel oleh aku.

"Kakak-kakak yang cantik!"

"Siapa?"laung Chaerin dengan lebih kuat lagi.

"Kakak-kakak yang cantik!"

"Yes you right babe! Sekarang, kita boleh buat party!"kata Eunna sambil mencurahkan tin yang berisi kola pada wajahku.

Sementara yang lain bersorak sambil terus merakam kejadian tersebut, Chaerin pula terus memijak perutku tanpa perasaan belas kasihan.

Persis komunis yang menyeksa mangsanya sehingga maut menjemput.

"T-tolong! Akh-t-t-tolong!"aku menjerit sekuat hati apabila cecair merah pekat mula tersembur keluar dari mulutku.

Kesakitan yang aku rasakan semakin perit. Jeritan yang keluar dari kotak suara semakin kuat.

Tetapi malang sekali, mereka tuli. Jeritan sekuat begini juga masih membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak.

Sakit, memang sakit. Rasa sakit pada seluruh bahagian abdomen ini bagaikan dihentam oleh batu yang besar. Rasa sakit ini bagaikan seluruh tubuhku dihancurkan dengan objek besi yang berat.

"Aku tak suka bila kau ada di sini Aerin,"bisik Eunna sambil mencengkam rahangku dengan kuat.

Air kola itu tadi dicurahkan ke dalam mulut sambil pipiku ditekan kuat oleh gadis blonde itu. Aku terbatuk sehingga cecair itu terpercik pada wajah Eunna.

Eunna mendengus geram. Tin kola yang dipegang dicampak ke bawah. Tubuhku ditarik semula oleh Eunna ke atas sehingga mata kami bertemu.

"Kau tak patut dekat dengan Sehun. Kau tak patut bermesra dengan dia. Kalau aku nampak lagi kau rapat dengan dia, nahas kau aku kerjakan. Kau faham?"bisikan penuh ugutan daripada Eunna menerpa koklea.

Aku menggerakkan kepalaku dengan cepat ke atas dan ke bawah sambil menahan titisan jernih yang mengalir keluar dari tubir mata.

Wajah Eunna yang tampak bengis itu begitu menakutkan.

Dalam jeda itu, satu tumbukan padu daripada Eunna tepat mengenai tulang pipiku sekali lagi.

Dan akhirnya, aku rebah.

Pandanganku semakin samar-samar. Apa yang aku mampu lihat kini hanyalah bayangan Chaerin dan Eunna yang tersenyum kemenangan memandang aku. Para pelajar semakin berkerumun sambil menghalakan telefon mereka ke arahku.

Saat itu jugalah aku terdengar jeritan keras seseorang.

"ENOUGH EUNNA!"

Suara itu, suara seorang lelaki yang aku kenal.

Belum sempat aku melihat rupa parasnya, pandanganku bertukar gelap.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now