𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
"Saya ada bawakan makanan untuk awak. Makanlah ya?"mangkuk tingkat itu diberikan kepada Chanyeol yang duduk sambil melunjurkan kaki di atas katilnya.
"Hm,"itu sahaja yang dibalas Chanyeol.
"Awak dah makan ubat?"tanyaku lagi.
"Belum. Nanti aku makan lepas ni,"kata Chanyeol.
Sementara Sehun ralit dengan telefonnya, Chanyeol memandang aku dengan lama.
Riak wajahnya bertukar hairan.
"Macam mana kau boleh tau rumah aku?"tanya Chanyeol.
"Sehun yang bagitau. Lagipun saya ada cakap dengan dia yang kami sama-sama nak lawat awak lepasni,"kataku.
Aku menggigit pipi dalamku daripada menahan senyum yang semakin melebar. Chanyeol yang mula membuka mangkuk tingkat itu satu-persatu diperhatikan.
"Nasi goreng kimchi, kari ayam...ulam dan tembikai,"kata Chanyeol sambil meletakkan tiga mangkuk di atas meja bersebelahan katilnya.
"Saya ada juga bawakan coklat untuk awak,"aku segera mengambil bungkusan hamper kecil yang berisikan coklat dari tangan Sehun lalu diberikan kepada Chanyeol.
"A-aku tak suka makan coklat. Aku tak nak hadiah ni,"tolak Chanyeol.
Aku tersentak. Hatiku seolah-olah terhiris mendengar kata-katanya.
Sia-sia sahaja aku membeli coklat yang dibungkus cantik ini apabila Chanyeol menolaknya.
Ketika itu, mataku terasa hangat dan berkaca.
"Aku nak gi tandas dulu,"kata Sehun lalu keluar dari situ.
Suasana ini, sekali lagi kami berdua di ruangan yang agak sepi.
Aku menunduk ke bawah. Mataku jatuh pada hamper yang dibalut kemas itu sambil membiarkan air mata menitis keluar.
Aku menggetapkan bibir sambil menggenggam erat hadiah yang dibungkus itu. Rasa kecewa bersarang di hati apabila kata-kata Chanyeol masih terngiang-ngiang di telinga.
Aku tak suka makan coklat.
Aku tak nak hadiah ni.
Aku menghela nafas perlahan. Kedengaran bunyinya kini berbaur sebak.
Tiba-tiba sahaja satu sentuhan lembut menyapa kulit wajahku. Tangan kekar itu mengelap air mataku yang mengalir keluar.
Kaca mata milikku ditanggalkan.
"Aerin,"panggil Chanyeol perlahan.
Aku mendongak lalu memandang Chanyeol yang mula berubah riak wajahnya.
Risau, resah, kasihan.
"Kau okay?"tanya Chanyeol. Hidungnya yang merah ditekap dengan tuala kecil.
"Kenapa awak sakitkan hati saya? Kalau awak tak suka pun...tak payahlah nak cakap macam tu,"aku mengherotkan bibir ke bawah sambil menahan tangis.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...