𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
3 tahun kemudian,
"Princess Aurora married to Prince Phillip and they lived happily ever after,"aku menghabiskan pembacaan cerita dongeng Sleeping Beauty itu apabila Cassandra masih belum melelapkan mata.
"Cassandra?"aku menepuk perlahan bahunya.
Cassandra hanya tersenyum sahaja lalu bangun dan memeluk tubuhku. Anak kecil yang kini berusia 7 tahun sama seperti adik kembarnya itu terus bermanja kepadaku.
"Mummy, kenapa cerita dongeng selalu ada happy ending?"tanya Cassandra kepadaku.
Aku terdiam sejenak lalu memandang Cassandra dengan senyuman yang nipis. Rambut panjangnya dielus halus sambil beberapa helaian diselitkan ke belakang telinga.
"Cassandra sayang, cerita dongeng mesti berakhir dengan happy ending supaya para pembaca tahu yang setiap kesusahan itu mesti ada jalan di sebaliknya,"kataku.
"Dan setiap kesusahan itu jugalah yang akan menghadirkan seribu kemanisan pada akhirnya. Kebahagiaan yang diimpikan...itulah yang akan dikecapi oleh orang yang sentiasa tabah,"kataku lagi.
Cassandra hanya mengangguk sahaja sambil mengkebil-kebilkan matanya.
"Kalau cerita itu berakhir dengan sad ending?"tanya Cassandra.
Aku diam semula. Kedengaran bunyi dengkuran Caroline memecahkan kesunyian kami berdua.
"Cassandra sayang, kadang-kadang ada juga kisah percintaan yang berakhir dengan penamat yang menyedihkan sayang,"kataku sambil memegang kedua pipi tembam Cassandra.
Cassandra hanya memuncungkan bibirnya sambil mata bulatnya memandangku dengan terkelip-kelip.
Aigo, comelnya.
"Tapi, penamat yang menyedihkan itu jugalah yang akan membawa seseorang kepada lembaran yang baharu."
Cassandra terus mengebilkan matanya. Biarlah anak kecil itu akan faham sendiri apabila sudah besar nanti.
"Goodnight, mummy,"peluk Cassandra sambil mengucup pipiku.
Aku tersenyum lalu membaringkan anak kecil itu di atas katil. Selimut disingkap membaluti tubuh mereka apabila dua anak kembar yang comel itu sudah terlena dalam alam mimpi.
Kemudian, aku melangkah keluar dari bilik mereka lalu masuk ke dalam bilik aku bersama Chanyeol. Kelihatan Chanyeol sedang sibuk menyelesaikan kerjanya sambil mendukung Adrian, anak bongsu kami yang berusia tiga tahun itu.
"Omo, kesian anak kita terpaksa ikut daddy dia kerja,"tegurku kepada Chanyeol yang kelihatan khusyuk dengan kerjanya.
Chanyeol segera memalingkan kepalanya ke belakang lalu memandang aku.
Aku tersenyum.
"Sayang, don't be like that...aigo, abang is scared you know?"Chanyeol mengurut dadanya.
Tawa kecil terlepas daripada bibir tatkala Chanyeol masih memandang aku dengan serius. Adrian diletakkan di atas katil apabila anak kecil itu sudah tertidur dengan lena.
Chanyeol memandang aku semula. Tubuhnya dirapatkan sehingga menyentuh lenganku lalu lelaki itu duduk secara bersila di atas katil bersaiz king tersebut.
"Awak,"panggilku kepada Chanyeol.
"Hm?"
"Tak sangka kan kita boleh jadi begini. Yalah, tak sangka kita boleh jadi jodoh. Sejak awak selamatkan saya daripada pembuli haritu, kita mula jadi rapat. Even ramai orang yang tak suka, tapi awak tetap setia dengan saya walaupun awak dah banyak kali sakitkan hati saya,"tuturku sambil mencengkam kain bajunya dengan kuat.
Riak wajah Chanyeol berubah risau. Tangan kekarnya mengalihkan tanganku lalu diggenggam dengan erat. Matanya menatap aku dalam-dalam.
Lama jeda di situ sehingga aku dapat merasakan hembusan nafas hangatnya menerpa kulit wajahku.
"Maafkan saya...maafkan saya sebab sakitkan hati awak selama ini...saya tahu saya salah...saya tahu saya dah banyak kali sakitkan hati awak selama ni,"bisik Chanyeol dengan perlahan bersama suaranya yang deep dan husky. Tatapan matanya semakin intimate menikam anak mataku.
Alahai, kenapalah imanku goyah saat ini?
"Saya dah lama maafkan awak...saya setia dengan awak sebab...saya cintakan awak selama ini,"ujarku.
Chanyeol terus memegang kedua pipiku lalu meletakkan dahinya pada dahiku. Tatapan matanya yang hampir terkatup itu membuatkan jiwaku semakin tergoda dengannya.
"Saranghae...saya cintakan awak juga Aerin...sampai mati. Sampai mati saya cintakan awak,"balas Chanyeol lalu melagakan hidungnya pada hidungku.
Aku hanya mampu mendiamkan diri apabila lelaki itu membaringkan aku di atas katil lalu mengusap pipiku dengan lembut.
Pada saat itu, dua ulas vermilion milik lelaki itu menyentuh bibirku. Kucupan lembut dan hangat diberikan kepadaku sehingga membuatkan aku merangkul lehernya.
Kucupan terlerai.
"I love you, dear Park Aerin. Always love you,"bisik Chanyeol lalu mengucup telingaku.
Lelaki itu berbaring di sebelahku sambil menarik aku ke dalam pelukannya. Adrian disisihkan di tepi.
Sorry, Adrian. Mummy dengan daddy nak bermanja dulu sekejap.
Aku terkekeh kecil lalu merangkul tubuh sasanya. Seraya bibirku mengucup pipinya, aku berbisik.
"I love you too Park Chanyeol,"kataku lalu menyembamkan wajahku pada dadanya semula. Helaian rambut menutupi sebahagian wajahku.
Saat itu jugalah aku dapat merasakan sentuhan lembutnya pada rambut dan tepi wajahku.
And that's how a person with philophobia fall in love with someone who they thought weak.
The End
6:07 a.m.
3 October 2020
Saturday
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...