PART 31

36 8 2
                                    

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

Entah mengapa hatiku semakin runsing. Mengenangkan kata-kata Namjoon tadi yang ingin mempelawa aku untuk bertemu dengannya membuatkan aku serba salah.

Apatah lagi dengan perilaku Chanyeol yang agak dingin pada hari ini. Satu patah perkataan pun tidak terkeluar daripada mulutnya.

"Namjoon nak jumpa kau?"tanya Wendy kepadaku.

Aku mengangguk lalu memandang ke arah Chanyeol yang kelihatan berjalan seorang diri di situ.

"Tapi...kenapa Chanyeol nampak macam dingin sangat harini?"tanyaku sendiri.

"Tanyalah dekat dia. Tanya aku pula,"sindir Wendy sambil menyilangkan kedua tangannya pada dada.

"Malaslah,"aku mencebirkan bibir. "Aku dah cuba tanya dekat dia tapi dia diam. Then, dia buat death glare dekat aku tadi."

"Death glare? Woah, scary tho,"Wendy menggedikkan bahunya.

Ketika itu, Sehun dan Kai datang ke arah kami sambil membawa buku masing-masing. Dua makhluk XY itu duduk di hadapan bangku pondok itu sambil meletakkan buku mereka di atas meja.

"Apa dah jadi ni? Kau kenapa Aerin?"tanya Kai.

Aku memandang lelaki yang berkulit tan itu dengan mata membulat sedikit lalu melepaskan keluhan.

"Tak ada apa-apa,"kataku.

"Kampus nak buat prom night nanti. Korang nak ikut?"tanya Sehun.

"Annual Gala Night ke? Siapa partner aku?"tanya Wendy.

Kai menuding jari ke arah dirinya sendiri sambil menahan sengih. Wendy pula menggulingkan matanya.

"Hm aku tak tau,"keluhku.

Sebenarnya, aku memang malas nak pergi mana-mana majlis pun. Duduk bilik tengok Netflix lagi bagus.

"Kau tak nak join prom night ke Aerin? Manalah tahu kalau kau dapat jumpa jodoh. Aceceh-"

"Diamlah Sehun,"aku memandang lelaki berkulit pucat itu dengan tajam.

"Eleh, Aerin. Macamlah dia tak tahu yang bakal suami dia si Loey tu ikut prom night,"kata Sehun lagi.

Mataku membulat.

"Chanyeol?"tanyaku.

Sehun mengangguk.

Rintihan kekesalan dilepaskan daripada mulut sendiri sambil kedua tangan menggaru kulit kepala dengan kasar.

Mengapa semua ini terjadi?

Aerin mengatur langkahnya menuju ke arah seorang lelaki bertubuh tinggi lampai yang berlesung pipit itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aerin mengatur langkahnya menuju ke arah seorang lelaki bertubuh tinggi lampai yang berlesung pipit itu. Senyumannya masih belum pudar seolah-olah lelaki itu kelihatan gembira pada hari ini.

"Hai Aerin,"sapa Namjoon sambil melambaikan tangannya ke arah gadis itu.

Aerin membalas dengan senyuman dan melambai kecil sahaja ke arah lelaki itu. Apabila tubuhnya sudah menghampiri sang jejaka itu, kepalanya terdongak ke atas.

Wajah tampan milik lelaki bermarga Kim itu ditiliknya seketika sebelum wajah ditundukkan.

So wise.

"Apa tujuan awak bawa saya berjumpa ni Namjoon?"tanya Aerin.

"Saya nak tanya awak sesuatu ni,"kata Namjoon.

Kali ini, barulah gadis itu memandang Namjoon dengan serius. Kedua tangan diletakkan pada bahagian belakang pinggang.

"Sudi tak kalau awak jadi pasangan saya masa prom night nanti?"tanya Namjoon.

Aerin terdiam.

Lidah mula menjadi kelu. Seluruh tubuhnya kaku. Dia hanya mampu memandang wajahnya yang tenang di situ. Seketika, anak matanya melilau di sekeliling ruang legar dewan kuliah yang agak hening di situ sambil memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada lelaki ini.

Ya atau Tidak?

Ya.

Tidak.

Ya.

Tidak.

Ah, susah nak fikir!

Kalau dia kata ya, bagaimana dengan Chanyeol? Tentu lelaki itu akan marah bukan?

Kalau dia kata tidak...

Namjoon pula yang kecil hati nanti.

Ah, Aerin! Apa yang kau patut buat?

"So, awak nak jadi pasangan saya?"tanya Namjoon lagi. "Chanyeol keluar dengan Edna-"

"A-apa?"

"Chanyeol kata dia nak ambil Edna jadi pasangan dia. Tapi, don't take too serious because they are not dating anymore. Just a friend,"kata Namjoon.

Just a friend.

Just. A. Friend.

Rancangan apa lagi yang mereka aturkan untuk menyesatkan Aerin?

Kata-kata daripada Namjoon itu membuatkan Aerin kaku. Tanpa gadis itu sedar, hujung bibirnya sudah tersungging sinis.

"Awak nak ikut?"sekali lagi, kata-kata Namjoon menyedarkan dia daripada lamunan.

"Err...k-kalau saya tak i-ikut?"

Namjoon diam. Senyuman sinis masih tidak lekang daripada bibirnya. Tawa sinisnya kedengaran perlahan tatkala Aerin masih mendiamkan diri.

"Ah, awak ikut ajelah saya. Buang masa saja kalau awak nak suruh budak Loey tu jadi pasangan awak nanti,"kata Namjoon.

Aerin memandang lelaki itu sekilas lalu menggetap bibirnya. Gadis itu hanya mampu mendiamkan diri sambil menundukkan wajah.

"Baiklah...saya jadi pasangan awak nanti."

Namjoon melebarkan senyumannya.

"Jumpa awak petang nanti ya? Saya bagi awak baju,"kata Namjoon.

Aerin mengangguk lalu meminta diri sambil tersenyum kecil. Langkahnya mengundur perlahan ke belakang sebelum dia pergi dari situ.

"Yes! Akhirnya aku akan dapatkan kesayangan aku wuhu! Kau tunggu Aerin, aku akan pastikan kau akan jadi milik aku."

Namjoon berjalan dengan riang sambil bersiul rancak. Sesekali menghasilkan irama yang antusias sehingga pelajar di sekeliling yang melihat diri lelaki itu berasa hairan.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now