"Argh!"jerit Edna sekuat hati sambil membaling telefonnya ke dinding.
Dasar tak tau nak bersyukur.
"Kenapa ni Ed?"tanya Somi kepada sahabatnya itu.
"Loey kata dia tak datang!"Edna menggaru kulit kepalanya dengan kasar sehingga rambut gadis itu sudah serabai.
"Pity you,"Somi mengusap belakang bahu kawannya dengan perlahan.
Edna pula hampir menangis ketika itu. Sudahlah ex boyfriend tak nak datang, telefonnya hampir rosak gara-gara kecuaian dia sendiri.
Padan muka kau.
"Aku nak keluar!"kata Edna dalam nada yang gedik.
Kakinya menghentak lantai dengan kuat lalu membawa diri keluar dari dorm itu. Somi yang ditinggalkan pula terasa dirinya diabaikan.
Menyampah pula rasanya bila asyik kena tinggal kawan ni. Ada pendengar setia di depan mata, mahu juga keluar dan tinggalkan kawan dia begitu saja.
"Ingat aku ni patung?"kata Somi dengan sendiri lalu menjelir lidah ke arah Edna yang berjalan membelakanginya.
Edna pula terus berjalan keluar dari kawasan asrama itu sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Semakin lama dia melajukan langkahnya sehingga gadis itu akhirnya berjaya keluar dari situ.
Huh, lega hatinya. Edna terus berjalan ke arah mesin air yang kebetulan diletakkan berdekatan dengan bangunan koridor kampus.
Ketika Edna hendak melangkah ke situ, dia ternampak Aerin yang sedang membeli air pada mesin itu.
Bawah bibir digigit.
"Aish, kenapalah aku mesti jumpa dia?"gumam Edna sendiri.
Menyampah, menyampah, menyampah!
Sudahlah Aerin lagi cantik daripada dia. Tak suka betul!
Tapi Aerin memang cantik sangat kan? Lebih cantik daripada Edna yang sudah berasap di sini. Eh-
"Hilang selera aku nak makan lepasni,"kata Edna lagi.
Apabila Aerin sudah mengambil airnya, gadis itu terus berjalan ke hadapan dan berselisih dengan Edna.
"Aerin,"panggil Edna.
Aerin yang tidak menyedari kehadiran musuh lamanya itu terus memalingkan kepalanya. Wajah Edna yang tampak membatu seperti orang yang terkena sembelit itu membuatkan bunyi tawanya hampir meletus.
"Kenapa ketawa?"tanya Edna dengan nada yang agak garang.
"Tak ada,"kata Aerin dalam nada yang tenang. Wajahnya kemerahan kerana menahan tawa.
Edna mengerling ke arah Aerin dengan tajam sambil menggetap bawah bibirnya sekali lagi.
Penumbuk dikepalkan. Namun sama sekali tidak membuatkan Aerin takut.
"Loey ada bawa kau pergi prom ke?"tanya Edna.
"Loey? Taklah,"jawab Aerin dengan jujur.
"Habistu, siapa pasangan prom kau?"
"Aku tak pergi."
Membulat mata Edna.
Aerin tak pergi? Adakah ini suatu-
"Dah dah. Jangan fikir lain. Aku memang tak nak pergi pun,"kata Aerin. Minuman kotak susu strawberi diminumnya.
Edna memandang Aerin dengan perlahan sambil menahan emosinya yang tidak menentu sekarang.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...