PART 3

60 15 0
                                    

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

"Susahlah aku macam ni. Dahlah aku dah tak ada glasses, macam mana aku nak tengok tulisan kat whiteboard tu? Lagipun aku ni kan duduk kat belakang dengan kau,"bebelku kepada Wendy sambil mengetatkan ikatan tali kasut.

Wendy yang baru sahaja keluar dari rumahnya hanya mengeluh.

"Mungkin kau patut guna kanta pembesar kot,"kata Wendy.

"Wen! Jangan lupa makan makanan yang omma bekalkan tu,"laung Puan Son dari dalam rumah.

"Okay omma!"laung si anak perempuan itu semula lalu mengalihkan pandangannya ke arahku.

"Abang aku yang hantarkan kita harini,"kataku sambil melihat Hoseok, abangku yang lengkap berpakaian kerja sedang keluar dari rumah sambil membawa begnya.

"Jom,"Hoseok terus menghidupkan enjin kereta SUV-nya.

"Macam mana dengan kes kamu haritu?"tanya Hoseok kepadaku ketika kesunyian di dalam perut kereta itu jelas terasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana dengan kes kamu haritu?"tanya Hoseok kepadaku ketika kesunyian di dalam perut kereta itu jelas terasa.

"Okay. Orang yang buli Aerin tu dah kena buang sekolah,"kataku.

Pandangan dilontarkan ke luar tingkap sebaik sahaja aku mendengar Hoseok menggumam perlahan. Malas juga aku mahu berbual mengenai insiden yang berlaku tempoh hari itu hanya disebabkan kami bertembung secara tidak sengaja.

"Kalau kamu ada masalah macam kena buli lagi, bagitau aje dekat abang ya? Mungkin abang boleh pindahkan kamu-"

"Tak nak! Aerin tak nak!"pintasku.

"Tapi Aerin kan dah banyak kali kena buli,"kata Hoseok lagi.

"Aerin tak nak pindah. Aerin boleh survive sendiri di situ. Lagipun Aerin nak ambil CSAT sebelum masuk ke universiti nanti,"aku sempat memandang Wendy yang sedikit cuak dengan pertelingkahan kami berdua.

"Y-ya, betul tu oppa. Aerin pun nak sangat jadi orang yang kuat,"kata Wendy.

Aku tersenyum yakin ke arahnya. Sayang kau Wendy.

"Fine. Tapi pastikan kamu tak buat apa-apa masalah disiplin yang berat di situ, kalau omma dengan appa dengar malu nanti."

"Baik bos,"aku menundukkan sedikit kepalaku sebagai tanda patuh pada perintah yang diberikan oleh abang sulungku itu tadi.

"Tak payah nak berformal sangatlah Aerin. Ni mana glasses kau ni?"tanya Hoseok lagi.

"Patah..."tuturku sayu.

"Hm. Terbang duit lagi. Mana glasses tu?"

Aku mendiamkan diri. Wendy yang terdiam seperti patung dipandang semula dengan wajah yang agak cuak.

"Kawan Aerin offer nak repair. Nanti okay lah tu,"bohong Wendy.

Aku tahu dia bohong. Dari nada suaranya aku tahu dia bohong. Tapi Hoseok langsung tidak pedulikan semua itu.

"Ouh...yalah."

Itu sahaja balasan Hoseok.

Apabila keretanya sudah sampai di perkarangan sekolah, kami berdua terus bersalaman dengannya lalu turun dari situ. Suasana pintu pagar sekolah yang penuh dengan para pelajar dipandang dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Ramainya orang harini!"kataku sambil mengangkat kedua tangan ke udara.

Wendy yang sibuk membetulkan blazer biru gelapnya terus menjauhkan diri daripadaku apabila tanganku hampir terkena wajahnya.

"Aku harap kau survive tanpa glasses kau."

"Aku okaylah,"kataku dengan yakin.

Tiba-tiba, bahuku ditepuk seseorang.

"Weh, Aerin. Kau tak pakai glasses ke harini? Tak takut buta?"tanya seorang pelajar perempuan kepadaku.

"Taklah, saya lebih rela buta mata daripada buta hati macam awak,"balasku lalu menarik Wendy masuk ke dalam bangunan sekolah.

"Tch. Bodoh punya anak Jung!"marah pelajar itu sambil menghentakkan kakinya.

Eleh, eleh takutlah tu. Pengecut. Puih.

Sempat lagi kami bergelak tawa melihat reaksi pelajar perempuan yang sudah koyak itu.

"Tak sangka kau dah pandai sentapkan orang sekarang Aerin!"puji Wendy kepadaku.

"Mestilah. Ini Jung Aerin okay? Jung Aerin dah tak lemah lagi-"

"Dah tak lemah ya?"satu suara menganggu kami.

Kami berdua sempat menoleh ke belakang lalu melihat seorang gadis kacukan Korea-Canada yang cantik mukanya. Rambut platinum blonde yang diikat secara low sleek ponytail itu menambahkan lagi kecantikan semula jadi gadis itu apabila beberapa helaian anak rambut menghiasi wajahnya.

Anak mata deep bluenya menatap wajahku dengan tajam.

"Jung...Aerin."

Perempuan itu tergelak sinis.

Aku terus memandangnya dengan wajah yang datar. Wajahnya memang cantik, tetapi hatinya tidak.

Aku sangat mengenali gadis ini.

"Edna Han,"tuturku.

Edna.

Gadis yang pernah buli aku semasa sekolah rendah dulu.

Gadis yang pernah belasah aku sehingga aku hampir mati dulu.

Dan dia, gadis yang sudah merendahkan aku sehingga self-esteem aku hampir hilang.

Edna is such a bitch.

"Heh, tak sangka dapat jumpa kau lagi di sini."

Bibir Edna mula menggariskan satu senyuman yang sinis. Senyuman itu seolah-olah memberi satu amaran bahawa dia akan mengganggu aku lagi di sini.

"Aku masih tak puas hati dengan kau budak nerd,"senyum Edna ke arahku.

Mataku memandangnya dengan pandangan yang malas. Wendy yang berada di sebelah sudah mula menarik tangan aku untuk pergi dari situ.

"Dan aku akan pastikan semua orang di sini percaya bahawa aku lebih hebat daripada kau, Jung Aerin,"Edna berdecit.

Belum sempat aku membalas apa-apa, Wendy terlebih dahulu menarik kuat tanganku sehingga aku terdorong ke belakang dan hampir melanggar tubuhnya.

"Apa kau ni?"kataku sebaik sahaja kami masuk ke dalam kelas 4 Dalton, kelas kami.

"Kau tak patut cari pasal dengan Minah Salleh Sesat tu! Nanti kalau dia kerjakan kau sama macam Eunna dengan Chaerin buat dekat kau haritu, kau nak ke?"bebel Wendy.

"Tak..."gumamku perlahan sambil mencebik.

"Weh, Aerin. Kau boleh nampak ke? Glasses kau mana?"tegur Jaehyun, rakan semeja aku.

"Entah. Hilang mungkin,"kataku.

Sehun yang sedang tertidur di atas meja di hadapanku dipandang sekilas apabila pintu kelas diketuk.

"Mana Jung Aerin?"suara husky itu menerpa koklea.

Dengan serta-merta, suasana riuh kelas 4 Dalton itu tadi bertukar senyap sunyi.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now