PART 11

56 13 5
                                    

𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒

"Awak ada adik-beradik tak?"

Aku memandang ke arah Aerin dengan mata yang membundar. Wajah gadis itu yang tampak polos sahaja membuatkan aku berasa tidak sedap hati.

Aku melepaskan keluhan sambil menunduk ke bawah.

"I used to have a sister before,"balasku.

Aerin hanya diam sambil menantikan jawapan daripadaku. Kemudian, wajahnya berubah sayu.

"It was a long story,"tuturku lagi sambil memandang wajahnya dengan senyum tipis.

Aku tahu aku tidak patut ceritakan kematian Chan Yee kepadanya. Tetapi kerana terpaksa aku patut bagitahu juga.

"Her name is Park Chan Yee. She was very cute and nice girl."

"But once after she reached highschool, she always got bullied. It was so terrible until one day...she died from injury,"aku cuba menahan sebak.

Pada masa yang sama, aku mendengar desahan terkejut daripada Aerin.

"Dia cedera gara-gara kena buli teruk oleh satu kumpulan pembuli dulu. Lupa dah siapa nama,"suaraku kian perlahan.

Mataku jatuh semula pada permukaan tanah sambil kedua tangan memegang bahagian permukaan bangku itu.

"Takziah,"kata Aerin.

"I'm okay,"balasku sambil mengesat laju air mata yang hampir berlinangan.

"Lagipun, aku dah biasa hidup macam ni. Mak aku dah lama meninggal lepas dia lahirkan Chan Yee, bapa aku pula selalu sibuk dengan kerja...kadang-kadang rasa macam dah lama tak contact dengan dia,"aku mengeluh.

Aku merasakan bahuku ditepuk perlahan oleh gadis itu.

"Nasib kita sama. Omma dan appa saya pun selalu sibuk kerja,"kata Aerin.

"Oppa kau?"

"Sama juga."

Aku diam.

Dalam keheningan itu, kami berdua banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong sambil bergelak tawa bersama.

Ketika itu, mataku jatuh pada wajah gadis itu. Mata coklat bundar yang bersinar kerana simbahan cahaya matahari pada petang yang terik itu membuatkan aku terpana.

Kulitnya pula cerah dan mulus bak sutera. Hidung buttonnya yang kemerahan dan rambut panjangnya menambahkan lagi kecomelan semula jadi gadis itu.

Mata aku jatuh lagi pada bibir merahnya. Belahan vermilion yang sentiasa bergerak ketika berkata-kata itu menarik perhatianku untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Jung Aerin, you are an angel.

Entah mengapa aku harus mengatakan sebegini meskipun aku tidak patut-

Jatuh cinta kepada seseorang.

Aku tidak patut mengakui bahawa aku mempunyai Philophobia, ketakutan untuk jatuh cinta yang disebabkan kematian Chan Yee dahulu.

Chan Yee, satu-satunya gadis yang aku sayang. Adik aku itu sangat periang dan manja. Selalu ada jika susah dan senang.

Andai waktu mampu diputar, mahu sahaja aku menyerang semua pembuli yang telah membunuh adik aku.

"Chanyeol?"suara halus Aerin menyedarkan aku semula.

Aku tersentak. Belakang tengkuk diusap perlahan sambil bibirku mengukirkan sengihan yang kecil.

"Awak okay ke? Awak banyak...mengelamun,"kata Aerin kepadaku.

Aku mengangguk. Mata dikerling pada jam tangan apabila angka sudah menunjukkan pukul 3:45 petang.

"Aku nak balik dulu. Bye,"aku bingkas bangun lalu melambai ke arah gadis itu.

"Bye!"lambaian riang daripada gadis itu membuatkan jantungku berdegup kencang.

Ketepikan perasaan kau, Loey!

Aerin dan Wendy berjalan bersama di sepanjang koridor sekolah itu apabila mereka dihalang oleh Edna dan rakan-rakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aerin dan Wendy berjalan bersama di sepanjang koridor sekolah itu apabila mereka dihalang oleh Edna dan rakan-rakannya.

"Well, well, well. Jung Aerin, aku ingatkan kau dah pindah sekolah haritu,"sindir Edna dengan sinis.

"Entah-entah dia tak nak pindah sebab dia sayang sangat dekat si Chanyeol tu,"kata Jisung.

"Ops, lupa! King Loey, raja prankster di Maktab Sains Imperial ini!"kata Somi disertai gelak tawa mereka semua.

"Hei! Hei! Sudah-sudahlah nak sindir dia ni! Dia tak cari pasal pun dengan kau semua!"bentak Wendy.

"Sengaja nak back-up lah tu. Nak menumpang kasih saja,"sindir Jihyo kepada Wendy.

Wendy menghentakkan kakinya lalu menarik tangan Aerin keluar dari situ apabila mereka dikepung oleh rakan-rakan subahat Edna.

"Apa ni?"kata Aerin dengan perlahan.

"Kali ini, aku nak belasah kau dengan kawan kau habis-habisan!"Edna terus menarik kaca mata Aerin.

Baru sahaja dia hendak membuangnya ke lantai, Chanyeol dan Jongdae yang kebetulan berada di situ terus menyelamatkan keadaan.

Kaca mata Aerin yang berada di tangan Edna dirampas oleh Chanyeol.

"Jangan pandai-pandai nak kacau Aerin,"kata Chanyeol.

"Kau siapa nak masuk campur dalam urusan aku dengan budak hingusan ni hah?"kata Edna sambil berpaling memandang Chanyeol dengan bengang.

"Suka hati akulah. Kau pula apa masalah kau nak kacau dia? Pernah dia habiskan beras dekat rumah kau? Tak pernah kan?"kata Chanyeol.

Edna membulatkan matanya sambil tangannya cuba untuk merampas semula kaca mata dari tangan Chanyeol itu.

"Kenapa kau patut ada di sini? Kau tu semak tau tak!"bentak Edna.

"Aerin is mine!"jerkah Chanyeol yang membuatkan mereka semua tergamam.

"She's mine and forever mine,"kata-kata Chanyeol itu meninggalkan mereka semua dengan reaksi yang sukar dimengertikan.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now