7 Tahun Kemudian
"Aerin, bangun!"bahu Aerin digoyang sedikit oleh Wendy, sahabat sebilik gadis itu.
Aerin yang masih tidur dengan nyenyak terus berdengkur halus sehingga membuatkan Wendy menggetus geram.
Masak betul aku dengan perangai budak ni.
Lalu Wendy mengambil keputusan untuk menekupkan tangannya pada telinga Aerin.
"AERIN! BANGUN!"jerit Wendy sekuat hati.
Aerin terus terjaga sambil menampar muka sahabatnya itu.
"Aduh..."desis Wendy kesakitan.
"Ah, Wen! Maaf, aku tak bermaksud nak apa-apakan kau,"kata Aerin sambil segera mengusap pipi sahabatnya.
"Apa kau dah buat Aerin?"hampir lagi Wendy menangis di situ.
"Alah, aku tak buat apa-apa yang bahaya pun,"Aerin tersenyum.
"Meh,"Wendy menyorongkan bawah bibirnya ke hadapan.
Belakang tubuh Wendy diusap gadis bertubuh genit itu.
"Dahlah Wen...aku nak bersiap dulu. Nanti apa-apa kau contact aje aku ya?"kata Aerin lalu melunjurkan kakinya ke bawah.
Wendy pula hanya mengangguk sahaja sambil memintalkan hujung rambutnya. Gadis itu masih lagi mengelamun ketika Aerin sedang sibuk membersihkan dirinya.
"Tunggu apa lagi? Jomlah bersiap! Kau tak nak kena kurung dekat bilik mayat lagi?"tanya Aerin kepada Wendy sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandi tersebut.
"Ya, aku dah nak siap dah ni!"Wendy dengan riak wajah kalutnya terus mengambil sehelai tuala yang disangkut pada bahagian penutup almari.
𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
Ini aku. Jung Aerin yang sudah berusia 23 tahun.
Kalau korang nak tahu, aku sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kyung Hee dalam bidang sains perubatan bersama Wendy, sahabat setiaku.
Dan aku sudah jarang memakai kaca mata lagi semenjak menjalani pembedahan lasik tiga tahun yang lalu.
Tubuh aku yang sedikit montok sudah menjadi ramping dan bibir yang jarang mengukir senyum sudah mula berubah warna.
This is glow-up Aerin y'all.
"Aku rasa macam nak makan nasi gorenglah hari ni,"kata Wendy sambil mendakap bukunya rapat ke dada.
"Aku pula macam nak habiskan pembacaan anatomi aku haritu. Banyak lagi yang aku patut study,"aku menggaru kepalaku sambil memandang ke sekeliling.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...