"Omma tak benarkan kamu ke sana!"kata Puan Jung sambil memandang anak bongsunya itu dengan mata yang tajam.
Aerin hanya menunduk sambil menggetap bibirnya sahaja. Riak wajah Puan Jung yang kelihatan serius itu membuatkan tubuhnya terkaku.
"Biarlah si Aerin tu nak ikut. Ada juga kawan dia kat sana,"kata Encik Jung pula.
"Abang tu pun satu. Dah tau anak kita ni selalu kena buli, mahu juga letakkan dia dalam risiko! Abang tak kesian ke dekat anak kita ni?"Puan Jung menampar lembut lengan suaminya.
"Awak yang sepatutnya kesiankan diri kamu tu. Bukannya saya, sibuk aje 24 jam sampai anak-anak pun terabai,"balas Encik Jung seolah-olah menyelar kata-kata isterinya itu.
Puan Jung mendengus halus. Kedua tangan terus disilangkan pada dada.
"Haish, abang ni! Entah-entah sendiri pun buat salah,"perlinya.
Encik Jung sudah membuat riak wajah bersahaja sambil matanya tertumpu pada skrin tabletnya. Bagus lagi dia membaca akhbar online daripada melayan bebelan isteri katanya.
"Abang ni pun satu! Penat saya membebel, dilayannya pula tablet tu! Entah-entah ada perempuan lain mungkin abang ni sampaikan saya pun tak dilayan baik-baik,"rengek Puan Jung.
"Apa awak cakap?"awal-awal lagi Encik Jung sudah membulatkan matanya tanda bengang terhadap isterinya itu.
Aerin yang terpaksa menghadap kerenah kedua orang tuanya pula hanya mampu menggeleng sahaja.
Begini ke hidup orang yang dah kahwin ni? Desisnya.
"Erm, appa? Saya boleh ikutlah camping tu?"tanya Aerin.
"Ikut je lah. Ada manfaatnya,"kata Encik Jung sambil membaca artikel akhbar pada skrin tablet itu.
Puan Jung pula awal-awal lagi sudah ke dapur. Merajuk gara-gara kena tegur suaminya sendiri.
"Appa kau benarkan kau ikut juga?"tanya Wendy kepada Aerin.
Aerin mengangguk dengan jemarinya yang ligat menulis esei Bahasa Inggeris di atas kertas kajang bersaiz A4 itu.
"Omma aku merajuk. Nasib baik dia sudi masakkan kami semua makanan. Kalau tak, dah lama kot aku kebuluran,"gerutu Aerin.
Kertas kajang yang penuh dengan tulisan tangannya itu dimasukkan ke dalam fail poket lalu dibutang pada bahagian penutup.
"Temankan aku jumpa Madam Emily, aku nak hantar esei aku,"kata Aerin kepada Wendy.
Wendy hanya mengangguk sahaja sambil mengutip kesemua buku-buku yang digunakan untuk mengulang kaji.
Ketika mereka berdua baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik guru, tiba-tiba sahaja Aerin terjatuh.
Sepasang kaki seorang perempuan sedang cuba menghalangnya daripada masuk ke dalam ruang pejabat guru itu.
"Ops, sorry! Tak sengaja,"kata Edna lalu melangkah keluar dari bilik itu dengan bersahaja.
Aerin mendengus halus sambil menggigit bibir bawahnya. Fail yang terjatuh diambil lalu dipegang dengan sebelah tangan sahaja.
"Kau okay ke?"tanya Wendy kepada Aerin yang sibuk membetulkan kaca matanya.
Aerin hanya mengangguk. Fail itu tadi dirapatkan ke dada sambil matanya melilau mencari kelibat guru Bahasa Inggerisnya itu.
Setelah menghantar esei kepada gurunya, mereka berdua terus keluar dari ruangan tersebut.
"Kurang ajar juga si Edna tu. Sampai hati dia buat macam tu dekat kawan kita ni?"kata Wendy sambil melihat Aerin yang hanya berjalan sambil menundukkan kepalanya.
"Malaslah nak deal dengan pembuli tu. Takut-takut kalau dia pukul aku lagi,"kata Aerin.
Dari jauh, kelihatan Chanyeol sedang berjalan sambil membaca bukunya. Gula-gula lollipop disuakan ke dalam mulutnya sambil matanya tidak lari daripada setiap bait huruf pada buku itu.
"Eh, tu Chanyeol kan?"kata Aerin kepada Wendy.
"King Loey? Asal dia jalan sambil baca buku pula ni?"kata Wendy.
"Ee, bahaya! Bahaya!"kata Wendy lagi sambil memegang erat lengan Aerin.
Aerin masih meneruskan langkahnya apabila Chanyeol sudah menghampiri mereka berdua. Dilihat lelaki itu masih lagi membaca bukunya sambil memegang batang lollipop itu.
Sedang Aerin khusyuk memerhatikan Chanyeol sambil berjalan, dia tidak sedar bahawa kakinya sudah menghampiri kawasan parit.
Yang mana tidak lama lagi dia akan terjatuh.
"AAAA-"
Terasa satu genggaman hangat mencengkam kuat lengan Aerin apabila gadis itu perasan bahawa dia masih belum jatuh.
Jangan-janganlah daya tarikan graviti di Bumi sudah berkurangan? Mungkin lebih kecil daripada Bulan agaknya.
"Eh, macam mana aku boleh jadi pegun semacam ni?"soal Aerin kepada dirinya.
"Kau tak tengok bawah ke nerd?"suara Chanyeol tiba-tiba sahaja kedengaran.
Aerin bingkas menoleh lalu memandang Chanyeol yang masih menatap buku itu dengan tangan yang setia mencengkam lengannya.
"Lepaskan saya,"kata Aerin.
Tanpa sebarang amaran, lengan Aerin terus ditarik oleh Chanyeol sehingga gadis itu hampir melanggar tubuhnya.
Nasib sahaja Chanyeol sempat menahan tubuh gadis itu daripada terjatuh.
"You may go now,"kata Chanyeol dengan matanya yang masih memandang helaian buku itu.
"Macam mana awak boleh tau kehadiran kami di sini?"tanya Aerin.
"Because I have a super-mind so I know your existence at here even though my eyes still focused on my book,"kata Chanyeol.
Aerin hanya terdiam sahaja. Wajah tampan lelaki itu yang masih setia dengan bukunya dipandang.
Bawah bibir digigit.
"Saya pergi dulu. Terima kasih,"kata Aerin.
"Hm,"balas Chanyeol lalu mengatur langkahnya meninggalkan gadis itu bersama bukunya.
Aerin terus menarik tangan Wendy lalu memandang semula ke arah lelaki itu.
Untuk kesekian kalinya, dialah penyelamatku.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...