PART 24

41 11 3
                                    

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

Lamunanku terhenti apabila wajah tampan lelaki itu menatap anak mataku dengan tajam.

Chanyeol.

Dia kembali lagi.

Mengapa dia masih ada di sini? Sedangkan aku sudah lama melupakan lelaki itu sejak kejadian buruk yang berlaku tujuh tahun yang lalu.

Kejadian di mana aku hampir lemas di lata air akibat ditolak oleh Edna dari tebing yang tinggi.

Dan satu lagi perkara yang membuatkan hatiku sakit apabila Chanyeol langsung tidak menyelamatkan aku.

Apatah lagi menjenguk aku untuk seketika semasa aku dirawat oleh paramedik. Seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan belas kasihan langsung kepada diriku.

Ya, memang aku hina. Aku tidak patut dilayan sebegitu rupa.

Ketika itu juga, Chanyeol sudah mula mengabaikan aku dan menganggap aku seorang penyibuk.

Malah apa yang lebih membuatkan hatiku sakit sehingga terhiris ialah-

Dia mula menjalinkan hubungan bersama Edna.

Ya, Edna Han. Gadis yang sangat dibenci dan paling aku 'anti' dengannya.

Sejak dari insiden itu jugalah aku mengambil keputusan untuk berpindah ke Seoul High School dan meninggalkan Wendy serta Sehun di situ.

Lupakan kisah yang lama Aerin.

"Jung Aerin..."bibir lelaki itu menutur tag namaku.

Dengan perasaan yang terkejut, aku segera membuka tag nama itu lalu menyimpannya ke dalam beg. Tangan Wendy ditarik perlahan.

"Jom jalan,"kataku kepada Wendy lalu meninggalkan Chanyeol sendiri di situ.

Belum sempat kami mengatur langkah, Chanyeol menahanku dengan berdiri di hadapan.

Kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

"Son Wendy. Boleh aku pinjam kawan kau sekejap?"tanya Chanyeol kepada Wendy.

Aku membulatkan mataku sebaik sahaja mendengar kata-kata Chanyeol itu. Wendy pula mula keliru.

"Jangan suruh dia bawa aku,"bisikku kepada Wendy.

"Err, Loey-"

"Tak ada tapi-tapi. Aku nak jumpa dia. Penting,"kata Chanyeol lagi.

Kali ini, pandangan matanya bertukar dingin.

Perasaan takut itu hadir setiap kali aku melihat anak matanya bak helang yang ingin menerkam mangsanya.

Adakah Chanyeol sudah berubah?

"Baik...saya ikut,"kataku perlahan.

Tanpa sebarang amaran, tanganku ditarik oleh Chanyeol sehingga membuatkan tubuhku terdorong ke hadapan.

Sempat lagi aku menoleh ke arah Wendy sambil membuat isyarat mata menyuruhnya pergi ke perpustakaan seorang diri.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now