"Loey..."
"Jangan ganggu akulah!"Chanyeol menepis tangan Edna daripada lengan sasanya lalu menghamburkan riak wajah yang kasar terhadap gadis itu.
Edna mencebik manja sambil melentokkan kepalanya pada bahu Chanyeol. Namun, sekali lagi tepi dahinya ditunjal oleh jemari lelaki itu.
"Kita cuma kawan Edna. Tak lebih dari itu,"kata Chanyeol.
"Loey, you tak ingat ke yang I pernah jadi girlfriend you?"kata Edna dengan nada yang manja.
"Itu dulu, Edna. Bukan sekarang,"tingkah Chanyeol.
Lelaki itu mula rimas apabila Edna terus menyondolkan kepala pada bahunya. Lengan kekarnya dipaut lagi sehingga menyebabkan Chanyeol menggeliat. Jijik melihat perilaku gadis yang tidak berapa betul ini.
"Lepaslah!"marah Chanyeol sambil menepis kuat tangan Edna.
Begitu kuat sehingga menampar sedikit telapak tangan gadis itu.
"Aww, Chan. You slapped my hand. How dare you!"adu Edna sambil menghentakkan kakinya.
Chanyeol meletakkan tangan pada kedua bahu sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Ada aku kisah?"kata Chanyeol.
"Stupid,"sindir Edna lagi sambil mempamerkan muka merajuknya yang konon comel itu.
Ei, geram aku. Rasa nak tampar aje muka si bodoh ni.
"Hampeh sialan,"cemuh Chanyeol.
Suasana memilih pakaian untuk majlis itu bertukar menjadi sesi memaki di antara satu sama lain sehingga menyebabkan pelanggan yang berada di kedai tersebut menggelengkan kepala.
Ketika Chanyeol mula berasa tidak selesa dengan tingkah laku Edna yang semakin membabi-buta itu, dia terus mengambil keputusan untuk keluar seketika.
"LOEY!"jerit Edna sambil membuang tas tangan berjenama Louis Vuittonnya ke lantai.
"Miss, shut up your mouth!"tegur salah seorang pelanggan yang berusia awal 20-an itu kepadanya.
"Kau tak ada kena-mengena dengan hal ini!"tempik Edna.
"Hek eleh, dia ingat dia bagus sangat?"
"Kalau ada yang rosak kang, terbang duit kau."
"Woi perempuan, buat apa terjerit macam beruk tu? Tak jumpa saudara sendiri ke? Saudara kau ada kat zoo tu, bukan dekat sini."
"AH, KORANG SEMUA BOLEH DIAMLAH!"jerit Edna persis orang gila.
"Damn you, Loey. I just want to give back our relationship like before...huh!"luah Edna sambil mencekakkan pinggangnya.
"Bitch."
Mencarut lagi.
𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒
Aku berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki di bandar metropolitan ini. Sesekali menghirup gas oksigen yang tidak seberapa segar di sini disebabkan banyaknya karbon monoksida daripada ekzos kenderaan yang lalu lalang di jalan raya.
Aku cuba mencari tempat yang tenang di kawasan bandaraya Seoul sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar kasual yang dipakai.
Malas aku hendak melayan si budak gedik tu. Entah sampai bilalah dia nak insaf.
Korang semua rasa macam mana? Patutkah aku menghantar si EdNgok ini ke hospital mental? Makin lama makin gila aku tengok.
Hembusan bayu yang lembut menampar kulit. Daun-daun berguguran menandakan musim luruh sudah tiba.
Alangkah indahnya jika musim ini dapat dikongsi bersama orang yang tersayang.
Aerin.
Apa khabar dengan dia sekarang? Tentu dia baik sahaja.
Apabila terkenang kembali perbuatan aku terhadap gadis itu, hatiku tersentak.
Mengapa aku berkelakuan dingin terhadapnya? Adakah semua ini disebabkan oleh rasa cemburu yang menguasai diri?
Atau Namjoon mula sukakan gadis itu.
Andwae.
"Terima kasih, Namjoon,"terdengar suara seseorang yang aku kenal.
Jung Aerin.
"Sama-sama. Kalau awak nak minta apa-apa, just call saya saja ya? Saya boleh bawa awak belanja apa saja,"kata Namjoon dengan mesra.
"Betul ni?"tanya Aerin.
Namjoon memberi anggukan berserta senyuman yang agak lebar sekali.
Panas hati aku.
Setelah detik mesra yang menyakitkan hati itu berakhir, aku terus berjalan menghampiri Namjoon yang masih berdiri sambil menyeluk kedua belah tangan ke dalam poket hoodienya.
Bahu Namjoon dicuit.
"Puas ke keluar dengan dia?"
Namjoon menoleh lalu menayangkan senyuman yang sinis ke arahku.
"Tch. Of course,"kata Namjoon.
Aku menggetap bibir dengan kasar.
"Well, Park Chanyeol. Nampaknya kau dah hilang peluang untuk dapatkan orang yang kau cinta sebab aku dah dapatkan dia dulu,"kata Namjoon.
Mendengar sahaja kata-katanya itu sudah membuatkan darahku menggelegak naik. Amarahku semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan aku menggenggam penumbuk dengan kuat.
"Dan kau tak patut tunggu dia lagi sebab dia dah tak ada perasaan dekat kau langsung,"perli lelaki itu lagi.
"Tch."
Aku berdecit.
"Kau ingat dia sayangkan kau sangat?"tanyaku sambil menyeluk tangan ke dalam saku celana.
Namjoon membulatkan matanya seketika sambil menggetap bawah bibirnya. Geram dengan apa yang aku katakan, lelaki itu terus melangkah pergi dari situ.
Tetapi aku memegang tangannya dengan sepantas kilat lalu melayangkan satu tumbukan padu tepat pada wajahnya.
BUK!
"Aduh!"Namjoon mendesis kesakitan sambil mengusap bahagian tulang pipinya yang kemerahan akibat ditumbuk tadi.
"Jangan ganggu Aerin. Dia milik aku,"kataku lalu meninggalkan lelaki itu sendirian di situ.
Sempat lagi aku melihat Namjoon yang melemparkan pandangan jelik ke arahku sebelum aku menghilangkan diri di kawasan taman itu.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...