P/s: long chapter again sowwey HSHSHSHS
Chanyeol tersedar daripada tidurnya. Insiden yang berlaku semalam membuatkan lelaki itu mula dirundung tekanan yang dialaminya.
Dia sudah menodai tubuh seorang wanita yang dilindunginya dahulu. Wanita itu jugalah yang sudah disakiti sehingga timbul rasa benci dalam diri mereka masing-masing.
"Argh, apa aku dah buat?"gerutu Chanyeol sambil meraup rambutnya dengan kasar.
Lelaki itu langsung tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam sahaja. Aerin yang terbaring lesu dengan tubuh yang diselimuti kain nipis itu dipandangnya seketika.
"Aerin...kau masih suci Aerin..."gumam Chanyeol dengan mata yang berkaca.
Akibat fitnah yang dilemparkan terhadap gadis itu, diri sendiri juga yang menerima bahananya.
Manakan tidak jika dia sendiri sudah melakukan dosa dengan memperkosa gadis itu sehingga membuatkan hatinya bertambah sakit.
"Kau bodoh Yeol...kau bodoh..."Chanyeol memegang kepalanya sekali lagi. Pelipis diurut sambil air matanya terus membasahi pipi.
Chanyeol terus menangis sehingga gadis yang tertidur lemah di atas sofa itu terbangun perlahan. Helaian rambut yang menutupi wajah diselak ke belakang telinga.
"Yeol..."bisik Aerin dalam nada suara yang agak perit.
Chanyeol membulatkan matanya lalu memandang ke arah Aerin yang baru sahaja bangun daripada tidurnya. Kain nipis yang menyelimuti tubuhnya yang terdedah itu terus dipegang oleh gadis itu.
Aerin menundukkan wajahnya sambil menahan tangis.
"Maafkan aku Aerin...aku...aku silap...aku tak patut buat begini...aku tau aku salah...aku-"
"Awak...boleh pergi dari sini..."
Kata-kata Aerin itu membuatkan Chanyeol terpana.
"Saya benci awak,"kata Aerin dengan emosinya yang semakin membara.
Jelas terserlah api kemarahan pada anak mata Aerin yang bersinar itu.
"Tapi aku-"
"Find someone who better than me,"tingkah Aerin.
Pakaian milik gadis itu diambil lalu disarungkan pada tubuhnya. Aerin dengan wajah yang cemberut sekali lagi terus turun daripada sofa lalu membuka langkahnya keluar dari bilik yang agak sempit itu.
Sempat lagi gadis itu mendesis kesakitan sambil membuka langkah dengan perlahan keluar dari situ.
"Aerin,"panggil Chanyeol yang sudah memakai baju dan seluarnya.
Aerin menoleh lalu mendengus kasar.
"Apa lagi yang awak nak?"tanya Aerin dengan kasar.
"Tolong...maafkan aku-"
"Tiada maaf bagi kau Park Chanyeol,"Aerin mendekati lelaki itu dengan perlahan lalu menampar pipinya dengan kasar.
PANG!
"A-Aerin..."Chanyeol terkedu sambil memegang pipinya yang berbekas.
Aerin hanya diam.
"Tolong jangan bagitahu dengan polis-"
"Jangan bagitahu dengan polis? Kenapa? Kau nak lari-"
"Ini semua silap aku. Aku tau aku salah. Tolong maafkan aku...Aerin...maafkan aku,"tunduk Chanyeol sayu.
Aerin pula hanya endah tak endah sahaja terhadap lelaki yang kini dibencinya itu. Amarahnya semakin membuak-buak sehingga menyebabkan gadis itu terus keluar dari situ.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...