PART 21

44 12 0
                                    

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

"Semua peserta perkhemahan sila beratur di sini sekarang!"arah seorang kelana wanita yang merupakan pelajar A-Level di sini.

Aku mengikuti Wendy dan Rose beratur di barisan peserta perempuan yang agak panjang itu. Seketika aku melilaukan pandangan di sekeliling kawasan padang yang agak lapang itu.

Sebuah bas ekspres sudah tiba di kawasan luar pintu pagar sehingga menimbulkan keterujaan dalam diri setiap pelajar termasuklah aku.

Hujung bibirku terukir senyum kecil.

"Kita akan bergerak Noeul Campground pada pukul 2:30 petang nanti. Pastikan semua barangan berharga dijaga dengan rapi. Kalau ada yang hilang, itu bukan tanggungjawab kami,"kata Kim Jisoo yang merupakan kelana wanita itu.

Semua pelajar berpusu-pusu untuk mengambil barangan masing-masing. Segala beg dan baldi diangkut sehingga penuh tangan dibuatnya.

"Aerin, aku excited gila weh! Kau tak excited ke?"tanya Rose kepadaku.

"Excited juga,"aku tersenyum kecil.

Ketika itu, mataku masih lagi melilau mencari seseorang. Kelibat lelaki yang amat kukenali itu masih belum kelihatan.

"Aerin."

Suara bass yang sangat husky itu menerpa telingaku.

Aku segera berpaling ke belakang lalu memandang Chanyeol yang memakai topi dengan terbalik ke belakang. Hoodie bersaiz besar disarungkan pada tubuh tegapnya sehingga menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.

"C-Chanyeol?"kataku.

Kepala ditundukkan. Tidak sanggup aku menatap lama wajah lelaki di hadapan ini. Jemari bergerak menyentuh bibir yang sedikit kering.

"Kau masuk kumpulan aku,"kata Chanyeol.

Mendengar sahaja kata-katanya sudah membuatkan aku membulatkan mata.

"S-saya? Masuk k-kumpulan awak?"tanyaku sambil menuding jari ke arah dada sendiri.

Chanyeol mengangguk.

"Sudi?"tanya Chanyeol lagi.

Lidahku kelu. Mataku jatuh pada bibirnya yang mula terukir senyum.

"Hm?"suaranya membuatkan aku tersentak dari lamunan.

"S-saya sudi...eh macam mana dengan kawan-kawan saya?"tanyaku.

"Oh."

Chanyeol mengusap belakang lehernya sekejap sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam saku celananya.

"Rose dan Sehun akan satu kumpulan dengan kau. Wendy dah masuk kumpulan lain,"kata Chanyeol.

Aku mengeluh kecewa. Sejujurnya aku ingin Wendy sekumpulan denganku.

"Tapi kalau bab-bab khemah, kau boleh pilih mana-mana kawan yang kau nak tinggal sama-sama,"kata Chanyeol lagi sambil memegang bahuku.

Apabila tangannya memegang bahuku, aku merasakan ada sesuatu perasaan yang sukar dimengertikan.

Entah mengapa aku sanggup membiarkan lelaki seperti dia memegang bahuku dengan bersahaja.  Seolah-olah tiada rasa takut langsung.

Keluhan dilepaskan. Tangan kekar lelaki itu ditepis perlahan.

"Kenapa ni?"tanya Chanyeol sambil menggaru pelipisnya.

Gelengan diberi sambil bibir tersenyum nipis.

"Tak ada apa-apa. Erm, thanks sebab awak buat begini."

"My pleasure Aerin,"balas Chanyeol dengan senyuman tipisnya.

Aku sempat memerhatikan beberapa orang pelajar di situ yang berbisik sesama sendiri seakan-akan mereka sudah tahu bahawa aku dan Chanyeol sudah rasmi menjadi pasangan kekasih.

Atau memang betul pun.

"Aku pergi dulu,"kata Chanyeol lalu meninggalkan aku sendiri di situ.

Ah, mengapa peristiwa first kiss itu selalu bermain di minda?

"Selamat berkhemah!"ucap Kris kepada semua peserta program tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat berkhemah!"ucap Kris kepada semua peserta program tersebut.

Wendy yang baru sahaja selesai mengangkut semua begnya terus melepaskan lelah. Rose pula terus memasang khemah bersama Aerin dan Lisa.

"Eish, malaslah aku nak gi hiking lepas ni! Aku nak rehat woi! Aku nak rehat!"gerutu Wendy sambil melunjurkan kakinya.

Tali kasut FILA yang sudah terlerai ikatannya dirapikan oleh Wendy sambil gadis itu memerhatikan sahabatnya yang lain sibuk memasang khemah.

"Wen, air ada kat atas meja tu. Kau pergilah ambil,"kata Rose kepada Wendy.

"I know,"balas Wendy sambil mendongakkan kepalanya seketika.

Pemandangan langit yang semakin membiru menjadi halwa mata.

Alangkah indahnya jikalau jodoh ada di sisi. Acewah-

"Sorang je ke?"satu suara menyedarkan gadis berambut pendek paras bahu itu.

Wendy pantas menoleh lalu memandang Jungkook, pelajar A-Level yang sedang meletakkan kedua tangan di belakang pinggang.

"Taklah, berdua,"balas Wendy.

Jungkook hanya tertawa kecil sahaja sambil mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu.

"Kenapa ni?"tanya Wendy. "Kau nak minta mi segera aku lagi ke? Aku ada bawa banyak ramen cup ni."

"Bukanlah,"kata Jungkook.

"Habis tu?"

"Aku cuma nak temankan kau aje,"balas Jungkook sambil matanya memandang ke hadapan.

Suasana yang agak hening berlaku di antara mereka berdua.

"Erm, Wen? Kau perasan tak yang si Aerin dengan si Loey tu ada chemistry yang bagus?"tanya Jungkook.

"Maksud kau?"tanya Wendy sambil menggaru kepalanya.

"Diorang ada perfect match sesama sendiri. Aku rasa kan, diorang confirm akan kahwin dan dapat banyak anak."

Jungkook tersengih nakal di situ.

"Heleh,"Wendy menggulingkan matanya.

"Wen! Jom makan!"laung Lisa dari jauh.

"Aku gerak dulu,"kata Wendy kepada Jungkook sambil melambaikan tangannya ke arah lelaki itu.

"Bye!"Jungkook melambai ke arah gadis itu sambil menayangkan baris atas giginya yang comel bak arnab.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now