PART 22

45 13 6
                                    

𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒

Kertas-kertas yang mengandungi tentatif program dibelek dengan teliti sambil mataku melorot membaca setiap acara dan masa yang akan diadakan.

"Loey,"panggil Sehun sambil membutangkan wogal pada skaf pengakapnya.

Aku mendongak lalu memandang Sehun dengan wajah yang agak datar. Lelaki itu hanya mempamerkan senyuman sinisnya sambil matanya juga menumpu pada tentatif itu.

"Peserta mana boleh bacalah!"aku segera melipat kertas itu sambil menumbuk kecil bahunya.

"Lah, tengok je pun. Bukannya nak baca,"Sehun mencebik.

"Sekali lagi kau kasi bocor, awas kau,"aku terus menjauhkan diri dari Sehun yang masih tertawa dengan galak sekali di situ.

Hampeh punya perangai.

"Loey, kau ada confirmkan ke bila waktu acara night-walk akan dibuat?"tanya Jisoo kepadaku.

Aku membalas dengan anggukan kecil sambil memberikan kertas itu kepadanya.

"Pukul 8:30 malam baru kita akan mulakan acara tu,"kataku.

"Hari ini?"tanya Jisoo.

"Esok,"kata Chanyeol. "Sekali sekala adalah aktiviti yang syok untuk tiga hari dua malam kat sini."

"Betul juga cakap kau,"Jisoo mengangguk.

Kertas itu diberikan semula kepadaku lalu gadis itu berjalan ke tempat yang lain.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ketua kelana, semua kebajikan peserta di bawah tanggungjawab kau sendiri. Sekali kau silap, binasa jadinya.

Tak silap-silap, kena rotanlah aku kat bahagian punggung kalau aku tak dapat jaga mereka semua. Kalau bukan rotan, mesti pusing keliling padang 30 kali.

Sado juga kaki aku nanti.

"Loey..."panggil seorang gadis dengan suara yang manja atau lebih dikenali sebagai bajet gedik.

Plastik mana plastik?

"Haih,"bebola mata digulingkan sambil bawah bibir digetap.

Edna yang baru sahaja selesai memasang khemahnya terus melompat terkinja-kinja sambil menunjukkan gaya gediknya.

Rambut gadis itu terurai lalu diraup sendiri ke belakang sehingga menampakkan lagi aura ketemberangannya.

T-E-M-B-E-R-A-N-G

"Loey, why you selalu palaukan I?"tanya Edna sambil memuncungkan bibirnya.

Gadis itu menghentakkan kakinya sambil berdengus geram.

Makin lama dilayan, makin muak jadinya. Grrr-

"Loey! Loey! Loey! Hei, dengar tak?"tiba-tiba sahaja Edna menggoyangkan lenganku sehingga tubuhku juga ikut tergoncang.

Akibat tidak mampu menahan amarah, aku segera menepis kuat tangannya lalu menolak bahu gadis itu sehingga dia hampir terjatuh.

"Woi! Kau siapa nak gedik bagai dengan aku?"bentakku.

Edna diam.

"L-Loey? You ni dah kenapa?"tanya Edna dengan tangannya yang memegang lengan kekarku dengan perlahan.

Tangannya ditepis lagi.

"Aku malas nak layan dengan kau Edna,"tanpa berlengah lagi aku terus meninggalkan gadis itu sendiri di kawasan rumah kabin yang dihuni oleh aku dan rakan-rakan kelana yang lain.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now