PART 5

57 15 3
                                    

"ENOUGH EUNNA!"

Chanyeol menjerit kasar ke arah Eunna yang mula meletakkan kakinya di atas perut Aerin.

Dengan serta-merta, Chanyeol melepaskan tumbukannya ke arah wajah kekasih kepada Sehun itu.

Atau lebih tepat lagi bakal bekas kekasih sahabatnya selepas ini.

"Apa yang kau dah buat Eunna? Kau tau tak membuli tu jenayah? Kau tak takut kalau budak ni kena depression nanti?"bebel Chanyeol.

"Kisah apa aku? Yang penting, aku puas sebab aku dah bagi dia pengajaran-"

BUK!

Tumbukan yang lebih kuat daripada Chanyeol tepat mengenai bahagian hidung Eunna sehingga berdarah. Akhirnya gadis itu tersungkur ke tanah sambil menyentuh bahagian hidungnya.

"Shit,"carut Eunna apabila cecair merah pekat itu keluar.

Chanyeol dengan riak wajah bekunya terus mengangkat semula wajahnya dan melihat beberapa orang pelajar yang masih terdiam di situ bersama telefon mereka.

Riak wajah setiap daripada mereka berubah. Seolah-olah mereka sudah tahu apa nasib mereka selepas ini.

"Stop rakam semua ni! Aku nak kau semua delete video tu! Kalau aku dapat tau ada yang viralkan video budak ni-"Chanyeol menuding ke arah Aerin yang masih terbaring lemah di bawah.

"-aku akan seksa korang sampai merana,"kata Chanyeol dalam nada yang sangat serius.

Mulalah nak gelabah.

"Aku dah report korang dua dekat pengetua. Bersedialah kena buang sekolah lepasni,"kata Chanyeol lalu mendukung tubuh kecil gadis itu dengan bridal style.

Eunna dan Chaerin mula cuak.

Bayangan kejadian yang berlaku beberapa hari yang lalu membuatkan Chanyeol tidak mampu melelapkan matanya.

Wajah Aerin ketika ditendang dan ditumbuk oleh dua bekas pelajar MSI itu sentiasa menghantui fikirannya.

Sebenarnya, sudah lama Chanyeol memerhatikan Aerin sering dibuli oleh pembuli di situ. Cuma dia sahaja yang terpaksa mendiamkan diri.

Takut jika orang lain label dia hipokrit pula. Nama sahaja pembuli tapi jadi lifesaver budak nerd pula tu.

"Yaish!"getus Chanyeol. Rasa serba salah menghantui diri.

Rambut hitamnya yang serabai dikusutkan. Langsir yang menutupi tingkap biliknya diselak dengan rakus sehingga menampakkan pemandangan langit pada malam itu.

Di saat itu juga, bayangan Aerin terus berlegar dalam fikirannya.

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒

"Woi perempuan! Kau dengan glasses bulat kau boleh blah lah!"

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now