Kesan lebam pada tubir bibir ditekan lembut dengan kapas sambil matanya tidak habis-habis memerhatikan Chanyeol yang mendesis kesakitan akibat kecederaan yang dialami.
"Aerin, kau tak payahlah nak susah-susahkan aku dengan semua ni...k-kau ni tak penat k-ke?"tanya Chanyeol sambil menahan sakit.
Aerin hanya menggeleng sambil membiarkan mulutnya terkunci.
Chanyeol yang kini dalam keadaan bahagian penumbuk dan kaki yang berbalut serta dahi yang ditampal dengan plaster diperhatikan dengan hati yang penuh kasihan.
"A-awak kena banyak rehat. Lagipun banyak sangat pembalut di badan awak ni,"tutur Aerin dengan penuh lemah lembut.
"Aku nak balik,"Chanyeol segera menyarungkan hoodie Supremenya lalu menggalas beg berwarna hitam yang diletakkan di atas kerusi di dalam bilik rawatan itu.
Baru sahaja dia hendak keluar, bunyi hujan yang sangat lebat kedengaran. Langkahnya mati.
"Kenapa?"tanya Aerin dengan polos.
"Kau tak tau ke sekarang hujan? Dahlah aku tak bawa payung, haish!"rambut dark brunettenya diraup dengan kasar ke belakang.
Aerin terdiam seketika sebelum mulutnya kembali berbicara.
"S-saya pun tak bawa payung...saya tak tau petang ni hujan lebat sangat..."Aerin menggumam.
Chanyeol yang masih lagi kusut terus mendengus dengan kasar sambil mencekakkan pinggangnya. Langkahnya mengundur beberapa langkah ke belakang sehingga ke arah katil.
Punggung dilabuhkan semula di atas tempat dia berbaring seketika setelah dia dimasukkan ke dalam bilik ini akibat desakan Aerin yang terlalu risau akan dirinya.
"Awak tak apa-apa ke?"tanya Aerin.
Bunyi hujan semakin kuat kedengaran sehingga kawasan padang lapang di luar bilik itu mula dipenuhi dengan lopak.
Bahu Chanyeol disentuh perlahan. Namun, lelaki itu tampak dingin.
"Jangan kacau aku,"kata Chanyeol dengan dingin.
Aerin hanya mendiamkan diri sahaja sambil kedua tangan disulamkan ke bawah.
Dalam keheningan itu, mereka berdua hanya banyak mendiamkan diri dan tidak berbicara langsung. Yang ada pun hanya pergerakan anak mata mereka yang kadangkala memandang sesama sendiri sahaja.
Tiba-tiba, kilat yang kuat menghentam bumi.
"Argh!"jerit Aerin sambil menutup telinganya.
Seluruh tubuhnya menggeletar. Manik-manik peluh merembes membasahi tubuhnya lagi.
Bunyi tangisan sayup-sayup kedengaran daripada kotak suara gadis itu apabila fobianya terhadap bunyi kilat datang kembali.
Astraphobia.
"S-saya takut..."kata Aerin sambil menahan esakannya.
Chanyeol yang perasan akan perubahan emosi gadis bertubuh genit itu mendekatinya dengan perlahan-lahan.
Bunyi kilat berbunyi lagi sehingga membuatkan ketakutan Aerin terhadap kilat semakin meninggi. Gadis itu menjerit sekuat hati apabila Chanyeol terus menariknya ke dalam dakapan.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...