PART 2

69 15 5
                                    

𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒

Patutkah aku beritahu kepada budak itu yang aku selamatkan dia tadi?

Bagaimana dengan reaksi dia pula sedangkan aku ini pembuli nombor satu di sini?

"Argh!"rambut hitam dikusutkan sambil mata melilau di sekeliling kawasan gelanggang bola keranjang itu.

Rimas, runsing, kacau dan bilau. Semuanya bergabung menjadi satu. Hati aku semakin rimas apabila aku teringat akan perbuatan aku menyelamatkan dia tadi.

Apatah lagi semasa mata kami bertemu, seolah-olah ada satu aura yang membuatkan aku memandangnya dengan lama.

Seolah-olah gadis itu-

"Yeol!"jerit Kai sambil berlari membawa bola keranjang itu ke arahku.

Aish, kacau.

"Apa lagi?"tanyaku sambil menyilangkan kedua tangan di dada.

"Tak ada apa-apa, hehe. Kau nak join aku dengan Sehun main basketball ke? At least dapat juga kau lepaskan stress kau kan?"tanya Kai.

"Hm, aku malaslah."

"Okay, tak apa kalau macam tu. Aku gerak dulu!"Kai berlari lagi ke sudut gelanggang apabila Sehun sudah menunggunya dengan wajah yang tidak sabar.

Sempat lagi aku mendengar kata-kata nista daripada Sehun apabila Kai membawa bola itu sesuka hati.

"Kau ni bongoklah. Suka-suki aje nak bawa bola aku,"kata Sehun sambil memakan keropok kentangnya.

"Alah, biar je lah. Lagipun aku kan bestfriend kau,"kata Kai pula.

Aku hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh sambil menggeleng. Macam-macam saja budak dua ekor ni, sudah 16 tahun pun masih childish.

"Hei, Loey."

Suara Jongdae, rakan sekelas aku yang mengambil A-Level menyedarkan aku daripada lamunan.

Aku meraup wajahku dengan kasar lalu menyilangkan kedua tangan di dada. Sengaja aku bersiul untuk menghilangkan rasa janggal di antara aku dengan rakan sekelas yang serba annoying ini.

"Apa yang kau nak huh?"tanyaku kepada Jongdae.

Jongdae pula hanya menunjukkan sengihan sambil memegang kertas esei Bahasa Inggerisnya yang berjumlah 700 patah perkataan itu.

"Rajin juga kau, Jongdae."

Sengaja aku memerlinya sedangkan Jongdae itu sebenarnya pemalas tahap gaban. Atau lebih tepat lagi mengalahkan dewa. Ceh.

"Biasalah, aku kan budak contoh."

Aku mendecit.

"Yalah tu budak contoh. Contohlah sangat,"perliku lagi.

Kerenah Kai dan Sehun yang sedang sibuk bermain bola keranjang diperhatikan dengan wajah yang datar sehingga Jongdae menegurku lagi.

"Aku dengar kau ada selamatkan sorang budak perempuan ni. Betulkah?"tanya Jongdae.

Aku mengangguk.

"Macam mana kau tau?"aku menggaru pelipis kanan sambil menyeluk tangan ke dalam poket.

"Aku dengar dari mulut orang. Selalunya kau tak pernah jadi macam ni. Kau kan Loey, pembuli nombor satu di sini. Kalau diorang nampak kau, semua nak lari sebab takutkan kau,"kata Jongdae lagi.

Mendengar sahaja kata-katanya itu aku tergelak sinis.

Memang betul, aku Loey. Loey Setan di Maktab Sains Imperial ini. Tidak ada seorang pun yang berani mengacau aku.

Semua orang kenal aku sebab aku selalu buat prank yang boleh sakitkan hati semua orang. Mungkin boleh sakitkan hati pembaca yang membaca cerita ini.

Dan sudah tentu aku mahu semua orang memanggil aku dengan nama Loey. Walaupun ada beberapa orang sahaja yang memanggil aku dengan nama lain, aku masih terima.

Asalkan bukan nama yang tak patut macam Capang, Chayono, Yoda dan Toyol tu menyinggah telinga. Kalau aku dapat tau ada orang panggil nama aku macam tu, siaplah.

"Apa perasaan kau lepas kau selamatkan budak perempuan tu?"tanya Jongdae lagi sambil menyimpan kertas eseinya.

"Rasa biasa. Aku tak rasa apa-apa pun,"kataku.

Ruang bicara di antara kami bertukar sepi semula. Ketika itu, angin bertiup perlahan sehingga membuaikan sedikit rambut hitamku yang terjuntai di atas kening itu.

"Rasa biasa? Kau ni tak gentleman lah. Budak tu cantik kot,"perli Jongdae sambil menumbuk bahuku. "Takkanlah kau tak ada perasaan suka pula?"

"Dia tak cantik langsung,"balasku.

Ya, budak Aerin tu memang tak cantik. Jujur aku cakap, dia memang tak cantik.

Cantik lagi Selena Gomez, k tiber.

"Alahai, at least dia baik dengan kau lepasni. Yalah muka cantik tak semestinya hati baik kan?"kata Jongdae sambil menepuk bahuku.

Sungguh deep ayat kau Jongdae.

"Ya tak ya juga..."gumamku.

"Woi, seluar aku!"jerit Sehun sambil mengejar Kai yang sudah membuka seluar lelaki itu dan membawanya pergi.

"Akhirnya, aku berjaya mendapatkan seluar Sehun!"laung Kai kegembiraan.

Sehun pula sudah membuat muka temboknya apabila ramai pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut dengan riak wajah yang nakal.

"Uish, Sehun pakai spender pink lah."

"Eh, Calvin Klein lah."

Aduhai...

Ada pula yang stand-by dengan telefon masing-masing. Nak tangkap gambar Sehun pakai spender pink lah tu.

Budak-budak zaman sekarang.

Nak je aku sepak korang satu-satu baru tau.

"Woi!"sergahku dengan suara yang kasar sedikit.

Suasana yang riuh itu tadi bertukar sepi sebaik sahaja semua pelajar mengalihkan pandangan mereka ke arahku.

"Loey lah."

"Alamak habislah kita. Korang tak tau ke yang Sehun tu geng Loey?"

"Ha'ahlah."

"Korang nak aku setankan korang lagi?"amaran yang sudah biasa menyapa telinga mereka membuatkan suasana yang senyap sunyi itu bertukar suram.

Tanpa membuang masa, semua pelajar segera lari menuju ke tempat masing-masing.

Hebatkan aku. Belum buat apa-apapun semua sudah takut.

"Hyung! Kai gantung seluar kita dekat flagpole sekolah!"jerit Sehun lagi.

Matilah nak...

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now