"Haktuih!"Jisung meludahkan air liurnya ke arah wajah Aerin.
Edna dan gengnya tergelak dengan bangga sekali sebaik sahaja mereka berjaya membuatkan Aerin tumbang di tangan mereka.
"Tak sangka kau pengecut Aerin,"Edna tersenyum sinis sambil memandang Aerin yang sudah terbaring lemah di atas lantai bangunan itu.
Aerin membuka sedikit matanya. Edna yang mencebikkan bibirnya dipandang dengan penuh rasa benci.
Jujur dia sangat sakit hati dengan kata-kata Edna tadi.
Memang betul dia ialah seorang pengecut. Dia tidak sehebat orang lain.
Aerin memegang kaca matanya yang tersarung longgar lalu membetulkannya. Air mata diseka perlahan.
"Kau tak patutlah sekolah di sini. Sekolah ni tak layak untuk kau yang rupa macam nerd ni. Sekolah ni hanya layak untuk orang cantik dengan orang hensem aje. Kau tu hodoh!"sindir Somi.
Aerin mengalihkan pandangannya ke arah Somi. Bibirnya yang bergegar digetap menahan tangis.
Dengan perlahan-lahan, Aerin bangun sambil membawa buku yang masih didakap di dada.
"Boo Aerin! Boo!"kata Daniel sambil membuat thumbs-down ke arah Aerin.
Segala kata cacian dan makian tidak dipedulikan oleh Aerin. Malah gadis itu hanya terus berlalu pergi dari situ sambil menahan sakit pada tubuhnya.
𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
Aku melangkah ke arah bahagian platform terjun di kolam renang milik sekolah ini. Platfrom setinggi 10 meter itu dinaiki dengan hati yang kosong.
Walaupun aku mempunyai ketakutan terhadap tinggi, aku tepis semua rasa fobia yang sering membuatkan jantungku berdegup dengan kencang.
Hatiku kosong. Lebih baik aku mati sahaja.
Lagipun tidak ada sesiapa yang sayangkan aku langsung.
Omma dengan appa selalu sibuk. Hoseok oppa pula tak pernah ambil berat tentang masalah aku. Wendy dan Sehun selalu menghilang entah ke mana.
Apa gunanya aku hidup di sini jika tidak ada seorang pun yang hargai aku?
Adakah aku ini toksik? Adakah aku ini sampah?
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...