"Di mana Jung Aerin?"tanya Chanyeol kepada seluruh isi kelas 4 Dalton itu.
Sehun terus terjaga dari lenanya lalu memisat biji mata manakala Kai pula berpura-pura membaca buku.
"Aku tanya di mana Jung Aerin?"suara Chanyeol naik seoktaf sehingga membuatkan seisi kelas berubah gerun.
Tanpa berlengah, Aerin yang khusyuk mengulangkaji pelajaran itu tadi terus berdiri lalu membetulkan ikatan rambutnya.
Chanyeol yang tercegat di situ dipandang dengan wajah yang datar.
"Situ pun kau. Aku panggil tak dengar,"kata Chanyeol.
Semua pelajar kelas itu mengalihkan pandangan ke arah Aerin. Ada yang berbisik dan ada juga yang berdiam diri.
Aerin terus beredar dari tempat duduknya apabila lengannya ditahan oleh Wendy.
"Aerin, hati-hati dengan Loey."
Pesanan Wendy kepadanya dibalas dengan sekali angguk sahaja.
Aerin terus keluar untuk mendapatkan Chanyeol yang sudah berdiri di kawasan koridor di hadapan kelas itu.
𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
"Ini untuk kau,"Chanyeol menghulurkan sebuah bekas lutsinar yang berisikan kaca mata kepadaku.
Hatiku melonjak gembira ketika itu. Nasib baik Chanyeol ni baik. Kalau tak, mungkin dah lama aku meniru nota daripada Sehun dan Wendy masa kelas nanti.
"Aku tak nak tengok kau struggle sangat masa kelas nanti. Nanti orang ingat kau dah tua,"kata Chanyeol sambil mencebirkan bibir menahan tawa.
Aku membulatkan mataku. Berani betul dia nak hina diri aku yang serba kekurangan ini.
Kau tu dah perfect sangat ke Loey Setan?
"By the way, aku yang selamatkan kau haritu,"kata Chanyeol sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Untuk seketika, mataku merenung lama sisi wajahnya sekali lagi.
Tidak pernah tidak tampan.
Juntaian rambut hitamnya yang melorot ke kening, hidungnya yang tampak mancung dan bibir vermilion yang tampak mungil di situ menyerlahkan lagi ketampanannya.
Mengapa dia begitu sempurna jika dibandingkan dengan aku yang serba hodoh ini?
Eh, taklah hodoh mana pun. Cuma penampilan aku yang buatkan aku nampak hodoh.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanficBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...