𝐀𝐄𝐑𝐈𝐍'𝐒
"Chanyeol sakit. Sebab tulah kenapa dia tak datang harini,"ujar Sehun sambil memakan popcorn caramelnya.
"Ouh,"aku mencebikkan bibir.
Dalam suasana kelas yang agak bising itu, kami dikejutkan dengan bunyi laungan yang agak kuat daripada Lucas.
"Oi, korang! Result exam kita dah kena tampal kat dinding!"jerit Lucas sambil mengetuk permukaan pintu kelas beberapa kali.
"Seriously?"sebelah alis Wendy terjongket sedikit.
"Iyalah! Jadi emangnya lo ingat gue bercanda?"kata Lucas dalam nada sarkastik kepada Wendy.
"Jede emengnye lo inget guwe bercende,"Wendy mengajuk percakapan Lucas dalam gaya mengejek.
Lucas pula hanya menggulingkan matanya kerana malas mahu memanjangkan pergaduhan di dalam kelas itu.
Aku melihat semua pelajar sudah berdiri sambil berbual sesama sendiri. Wendy yang masih monyok segera dipujuk.
"Kau okay?"tanyaku kepadanya.
"Okay...Lucas tu haish,"Wendy mengusutkan rambutnya.
Sengihan kecil terbentuk pada tepi bibir sambil aku melihat Lisa dan Rose yang berjalan ke arah kami.
"Kau dua okay ke?"tanya Lisa.
Aku hanya mengangguk sementara Wendy pula masih berdiam diri.
"Aku tau kau malas nak layan Lucas, Wen. Kan kau sukakan dia,"usik Rose sambil menyondol bahu Wendy.
"Eish, mana adalah!"bahu Rose ditepis kuat olehnya sehingga mencetuskan gelak tawa kecil daripada kami.
Suasana di situ tampak riuh apabila masing-masing bercerita tentang keputusan yang diperoleh pada papan kenyataan itu.
"Result aku naik lah."
"Tak sangka aku boleh dapat A+"
"Apa ni? Kimia aku D+ weh!"
"Addmath aku lulus kalini. Huwaa!"
"Odoe. Hengkang result aku woi!"
Aku hanya memerhatikan setiap satu reaksi wajah mereka dengan bibir yang digetapkan.
Jantung aku semakin berdebar. Adrenalin di dalam badan mula tidak terkawal. Peluh semakin dirembes keluar sehingga membasahi setiap liang roma kulit.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...