PART 29

37 10 1
                                    

𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒

B

UM!

"ARGHH!"aku menumbuk dinding sekuat hati sehingga bahagian tanganku mula memerah.

Sungguh hati ini hancur. Betapa sakitnya hati aku apabila aku memberikan jawapan sebegitu kepada Aerin.

Kenapa kau terlalu bodoh sangat Yeol?

Dinding tandas yang tidak bersalah itu terus ditumbuk dengan kuat tanpa mempedulikan rasa sakit yang menerpa.

Apa yang lebih sakit apabila aku terpaksa jujur terhadap Aerin.

Sebenarnya, aku tidak patut ada bersamanya.

Aku bukan yang terbaik untuknya.

Bukan aku.

"Mianhae Aerin-ya...mianhae,"tuturku perlahan sambil menahan esakan yang kedengaran.

Air mata mula membasahi pipi sambil bahuku terhinjut perlahan. Aku menggetap bibir sambil meletakkan tangan menutupi mata yang semakin berair.

Mahu sahaja aku memecahkan tangisan yang sangat memalukan di sini.

Apa yang kau dah buat Yeol? Apa yang kau dah buat?

"Tak guna...kau tak guna Yeol...kau tak guna..."gumamku.

Biarlah aku terus dirundung kesedihan seorang diri di sini. Biarlah aku terus menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah kulakukan terhadap Aerin dahulu.

Aku tidak patut cintakan dia. Aku tidak patut zahirkan rasa cinta terhadapnya.

Aku tidak patut biarkan diri dia terus disakiti.

"Loey?"

Terasa bahuku disentuh oleh seseorang. Apabila aku mengangkat wajahku, aku memandang Baekhyun sedang memandang aku dengan wajah hairannya.

"Kau okay?"tanya Baekhyun kepadaku.

Tangannya yang masih setia memegang bahuku dipandang lama sebelum mataku beralih semula ke arah wajahnya.

Aku mengangguk perlahan.

"Aku okay,"balasku sambil mengeluh perlahan.

Kepalaku diusap oleh Baekhyun sambil lelaki itu tersenyum perlahan memandangku. Ditoleh wajah sang sahabat yang setia menanti itu membuatkan aku mengeluh kesal atas kenaifan diri sendiri.

"Susahkan diri kau saja nak tunggu aku begini,"kataku lalu memandang wajah pada cermin.

Air mata yang masih bersisa di pipi dikesat dengan kain baju sambil Baekhyun yang sibuk merapikan rambutnya dipandang sekilas.

"Kenapa kau termanggu aje dekat sini? Kau okay ke ni? Aku dengar kau nangis tadi,"soal Baekhyun sambil membetulkan hujung kening yang serabai dengan menggunakan jari kelingkingnya.

Aku memandang Baekhyun dengan lama sambil mendiamkan diri. Lama dibuatnya sehingga Baekhyun turut memandang aku dengan hairan.

"Kau okay ke?"tanya Baekhyun lagi dengan risau.

Aku mengangguk perlahan.

"Ni mesti pasal si Aerin kan? Kau kemaruk sangat dengan dia ni. Aku tau,"kata Baekhyun.

"Aku bukan kemaruk dengan dia, Baek. Aku cuma..."

Sepi di situ.

"Cuma apa?"tanya Baekhyun sambil mengetukkan jarinya pada singki itu.

"Aku...cuma takut...aku takut kalau aku tak dapat jaga Aerin dengan baik. Kau tau kan yang aku ni memang jenis yang susah nak jaga hati orang.

Sudahlah aku tak dapat jaga perasaan Aerin dulu. Takkanlah aku nak minta maaf begitu saja dekat dia? Tak ke sakit hati perempuan tu?"tanyaku kepada Baekhyun.

"Haih, tulah. Aku dah cakap jangan couple dengan Edna, kau couple. Tengok, sedangkan ex kau pun kau tak mampu jaga masa couple dulu apalagi cinta pertama kau yang kau sayang sangat ni,"Baekhyun mendepakan kedua tangannya.

"Kau tak nak kalau Aerin terus bencikan kau then dia cari lelaki yang lagi kacak, macho dan sado daripada kau-"

BANG!

"SUDAH!"jerkahku sambil menumbuk kuat singki itu. Nasib baik tidak pecah atau retak.

Baekhyun terdiam di situ sambil menggetap bibirnya.

"Aku tak suka bila kau mention tentang lelaki lain yang layak bersama dengan Aerin, Baek. Kalau dia dengan kau pun...aku tak ingin dengar!"

Kata-kataku itu membuatkan Baekhyun menggigil takut.

"J-jadi...apa yang k-kau akan buat?"tanya Baekhyun sambil melekapkan kedua telapak tangannya sesama sendiri.

"Aku akan dapatkan apa yang aku nak."

Baekhyun pula terus memandang aku dengan hairan.

"M-maksud kau?"soal Baekhyun lagi.

"Aku sayangkan Aerin. Jadi...aku mesti pastikan yang Aerin akan jadi isteri aku suatu hari nanti-

-kalau tidak, siapa-siapa yang cuba merampas Aerin akan terus dibunuh!"

Pada saat itu jugalah, Baekhyun membulatkan matanya kerana perasaan tidak percaya menguasai diri.

"Aerin!"panggil Wendy sambil berlari ke arah Aerin yang sibuk mendakap bukunya rapat ke dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aerin!"panggil Wendy sambil berlari ke arah Aerin yang sibuk mendakap bukunya rapat ke dada.

Aerin berpaling lalu memandang Wendy dengan sebelah kening yang sengaja dijongketkan. Wendy yang sudah tercungap-cungap akibat mengejar sahabatnya itu terus menundukkan badan sambil memegang kain baju Aerin.

"Tak payahlah nak lari bagai, Wen. Aku tak ke mana-mana pun,"kata Aerin sambil tersenyum nipis ke arah sahabatnya.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang bertubuh tinggi lampai dan berwajah tampan datang sambil membawa jambangan yang penuh dengan coklat.

"Siapa tu?"tanya Aerin kepada Wendy.

Wendy mengangkat wajahnya lalu mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Hai, awak Jung Aerin kan?"tanya lelaki itu.

"Y-ya...saya."

Jambangan coklat itu diberikan kepada Aerin.

"Saya Kim Namjoon. Saya dah lama minat dekat awak sejak hari pertama awak masuk kampus lagi,"kata Namjoon sambil menayangkan senyuman manisnya.

Aerin dan Wendy saling berpandangan.

Dari jauh, seseorang sudah lama memerhatikan perilaku mereka bertiga dengan hati yang membara.

"Kau tunggu, Joon. Kau tunggu."

Lelaki yang memakai topi dan topeng menutupi wajahnya itu terus meninggalkan kawasan belakang bangunan itu.

AUTHOR NOTE:
Hshshshsh watak perampas sudah mareee! Matilah nak. Habislah Namjoon kena sailang dengan Chanyeol nanti 😂

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now