PART 37

59 9 6
                                    

P/s: a very long chapter (ini ialah chapter kedua terakhir ff ini)

Chanyeol duduk termangu di hadapan bilik kecemasan itu. Sejak pagi tadi, kelibat doktor mahupun jururawat masih belum keluar dari bilik itu.

Dia meraup rambutnya dengan kasar. Rasa stress itu semakin menguasai diri tatkala orang yang disayanginya kini diancam nyawa.

Dia tidak mahu kehilangan Aerin.

Dia tidak mahu.

Sedang dia menunggu, tiba-tiba sahaja pintu bilik kecemasan itu dibuka lalu menampakkan seorang doktor keluar dengan kot labuhnya.

"Boleh saya tanya di mana keluarga cik Jung?"tanya Doktor Kim.

"Saya kawan rapat dia,"Chanyeol mengangkat tangannya.

"Keluarga dia masih belum tahu tentang perkara ini?"tanya Doktor Kim.

Chanyeol menggeleng.

"Nanti saya bagitau dengan diorang,"kata Chanyeol.

Doktor Kim mengangguk lalu memberikan sekeping fail kepada Chanyeol.

"Apa ni doktor?"tanya Chanyeol dengan hairan. Laporan perubatan yang agak rumit dibaca itu menyakitkan mata.

"Berdasarkan daripada pemeriksaan kami tadi, kami dapati cik Jung mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan abdomen. Beliau kini kekurangan darah dan memerlukan bekalan darah secukupnya dengan segera untuk hidup,"jelas Doktor Kim.

Chanyeol tergamam.

"A-apa jenis darah dia?"tanya Chanyeol sambil matanya tidak lepas daripada kertas itu.

"Darah A,"balas Doktor Kim.

Chanyeol memandang doktor itu semula berserta senyuman nipis yang tercalit pada bibir.

"Saya darah A. Saya boleh dermakan darah saya kepada dia,"kata Chanyeol.

"Berkenaan itu tak ada masalah. Tapi kamu ada masalah kesihatan ke?"

"Tak ada,"kata Chanyeol.

"Baik,"Doktor Kim mengangguk faham lalu mengambil semula fail itu dari tangan Chanyeol.

"Aerin! Aerin!"Hoseok berlari di sepanjang koridor hospital itu sehinggalah dirinya bertemu dengan pintu kecemasan di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aerin! Aerin!"Hoseok berlari di sepanjang koridor hospital itu sehinggalah dirinya bertemu dengan pintu kecemasan di situ.

Encik dan Puan Jung yang mengikuti anak sulung mereka pula tercungap-cungap. Kasihan terpaksa ikut berlari disebabkan Hoseok.

"Hoseok, kalau ya pun janganlah lari laju sangat. Omma dengan appa dah penat ni,"Encik Jung melepaskan lelahnya sambil belakang tubuh lelaki itu diusap oleh isteri tercinta.

"Abangnya...kita ni dah tua. Manalah nak larat nak main kejar-kejar segala bagai,"kata Puan Jung.

"Omma, appa...ppaliwa! Aerin cedera parah ni!"kata Hoseok dengan cemas.

(C) Philophobia | PCY Where stories live. Discover now