Aerin terus berjalan melalui koridor bangunan kampus tersebut sambil mendakap buku tebalnya rapat ke dada. Helaian rambut yang terurai ditiup angin namun sama sekali gadis itu langsung tidak mempedulikannya.
Derap langkahnya semakin rancak sebaik sahaja angka pada jam tangannya menunjukkan pukul 3:45 petang. Gadis itu perlu pulang segera ke dorm untuk berehat sebelum kuliah pada pukul 9 malam nanti bermula.
"Kau nak ke mana?"satu suara datang menganggunya.
Aerin segera berpaling ke belakang sambil memandang ke arah seorang wanita yang berambut pendek itu. Iris coklat tuanya mengecil sebaik sahaja matanya bertemu dengan mata biru milik Edna.
"Kau rupanya,"tutur Aerin lalu memusingkan kepalanya semula ke hadapan. Malas mahu melayan orang yang telah mendera mental dan fizikalnya selama ini.
"Hei, aku panggil ni!"amarah Edna.
Lengan Aerin dipegangnya erat.
"Aerin, I want to say something,"kata Edna.
"What? Your apology for abusing me back then?"balas Aerin dengan sinis.
"No!"bentak Edna.
"Habis tu?"tanya Aerin tanpa memandang ke arah Edna.
Jelas terpancar raut kebencian pada wajah seorang gadis yang dahulunya lemah ini. Buku yang didakap semakin dirapatkan ke dada.
Edna menggetap bibirnya. Ketika itu, dia cuba mengatur setiap bait perkataan untuk memberitahu perkara yang dianggap mustahak itu kepada Aerin.
"Kau...kau sukakan Loey kan? Kau...penyebab Loey break dengan aku kan?"tanya Edna sambil memandang ke arah Aerin yang masih membelakanginya.
"Aku? Sukakan dia? Tch,"Aerin berdecit sinis.
Rasa bencinya terhadap Chanyeol semakin marak membara. Tatkala nama lelaki itu disebut, pasti dia akan melemparkan riak wajah kejinya terhadap lelaki itu.
Dia cuba untuk melupakan Chanyeol meskipun perasaan sayangnya masih bersisa di hati.
"Aku dah lama lupakan dia, Edna. Bukan kau dah bahagia ke? Kau dah dapat apa yang kau nak. Kenapa kau dengan dia break?"tanya Aerin.
Tubuhnya dipusingkan menghadap Edna yang sudah menggetap bawah bibir menahan amarah.
"Jawab soalan aku Aerin,"kata Edna dengan tegas.
"Kau yang patut jawab soalan aku Edna."
Ruang di antara mereka berdua sepi.
"Kau rosakkan hubungan aku dengan Loey. Aku bencikan kau Aerin, dari dulu sampai sekarang...aku bencikan kau,"herdik Edna sambil meletakkan kedua tangan pada pinggang.
"Apa alasan kau untuk bencikan aku? Aku memang rosakkan hubungan kau? Sorrylah, aku tak pernah ada niat pun nak rosakkan hubungan sesiapa dan aku tidak akan sama sekali terlibat sebagai orang ketiga dalam relationship,"ujar Aerin sambil memuncungkan bibirnya dengan sinis.
"Dan kau...sebab kenapa Loey putuskan hubungan kau berdua? Sebab kau tak pandai hargai dia. Kau buatkan dia terkurung seperti burung dalam sangkar,"kata Aerin lagi.
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...