Chanyeol yang keseorangan di kawasan pondok yang terletak di kaki bukit sekolah itu hanya bersiul sendiri sambil menyilangkan kakinya di atas paha.
"A-awak?"suara seorang gadis menyedarkannya daripada lamunan.
Lantas, Chanyeol menoleh lalu memandang Aerin yang sedang berdiri sambil menayangkan senyumannya. Gadis yang berambut panjang dengan gaya ponytail itu berjalan masuk ke dalam pondok tersebut lalu duduk di sebelahnya.
"Awak okay?"tanya Aerin.
"Hm,"balas Chanyeol.
"Betul ni?"tanya Aerin lagi sambil meletakkan dagunya pada bahu Chanyeol.
"Kau ingat aku bohong?"kata Chanyeol sambil memandang lurus ke hadapan.
"Kalau awak bohong macam mana?"tanya Aerin lagi.
"Kalau aku bohong...aku mesti bersin,"Chanyeol tersungging sinis.
HACHUM!
Mata Aerin membulat. Chanyeol yang baru sahaja menekup wajahnya kerana terbersin tadi segera dijauhkan.
"Awak bohong!"Aerin tersenyum lebar sambil menuding jari ke arah Chanyeol.
"Aku t-tak bohonglah!"Chanyeol memandang Aerin sambil mengangkat kedua tangannya.
"Ah, bohong!"tingkah Aerin sambil tergelak kecil.
"Aku tak tipu-"
HACHUM!
"Better kau jauhkan diri daripada aku Aerin, nanti kau kena jangkit,"kata Chanyeol sambil menekup mulut dan hidungnya.
Aerin tergelak kecil sambil melihat Chanyeol yang sudah mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket blazernya.
"Awak sakit ke?"
Chanyeol memandang gadis itu lalu mengeluh.
"Sakit sikit je,"kata Chanyeol.
"Awak tak patut datang ke sekolah,"Aerin duduk semula di sebelah Chanyeol.
"Tapi aku ada important exam tahun ni. Aku kena hadir juga,"kata Chanyeol lagi.
"Mana yang lagi penting? Nyawa ke ilmu?"
Soalan KBAT lah pula...
"Aerin, stop asking that question,"Chanyeol menggetap bibir bawahnya.
"Kalau exam boleh diulang, hidup pula hanya sekali,"sempat lagi Aerin bermadah.
Chanyeol memandang Aerin dengan pandangan tajamnya. Mahu sahaja dia menumbuk muka gadis yang sedang tersenyum mengejek di sebelahnya sekarang.
Nasib baik comel.
"Dahlah. Yalah, kalau aku masih sakit aku takkan ke sekolah esok,"Chanyeol menghembuskan hingusnya pada sapu tangan itu.
"Oi, jangan hembus hingus kat sini oi!"marah Aerin sambil membulatkan matanya.
Chanyeol pula menjelirkan lidah ke arah gadis bertubuh genit itu. Kaca mata Aerin yang senget dibetulkan olehnya apabila gadis itu memukul kuat tangannya.
"Tangan awak ada virus! Kita jijik!"Aerin menghentakkan kakinya lalu beredar pergi dari situ.
"Virus cinta ke?"tanya Chanyeol.
Wajah Aerin merona merah.
𝐂𝐇𝐀𝐍𝐘𝐄𝐎𝐋'𝐒
Comel.
Tapi tak sangka aku boleh tertarik dengan aura yang ada pada gadis ini. Walaupun mukanya tidak secantik pelajar perempuan yang lain di sini, sekurang-kurangnya dia mempunyai kepintaran yang luar biasa.
"Jung Aerin, Physics A+, Biology A, Additional Mathematics A+, Chemistry A...what the hell..."gumam Sehun sambil melihat sekeping slip keputusan milik Aerin yang dikumpul di pejabat Student Council ini.
"Gigihnya kau nak cari keputusan dia. Kenapa kau tak tanya dia sendiri? Kau kan classmate dia,"perliku.
Gambar-gambar pelajar yang digantung di situ diperhati sekilas sambil bunyi Sehun menggeledah kabinet yang menempatkan kesemua slip keputusan itu semakin kuat.
"Shh! Perlahan sikit...kalau kita kantoi, jawatan aku dalam Student Council kena lucut tau!"jerkahku.
"Fine,"Sehun menggetap bibir sehinggalah matanya tertumpu pada slip keputusan yang tertulis namanya.
"Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Result aku bodoh!"Sehun meringis ketakutan sambil menutup matanya dengan sebelah tangan.
Keputusan yang ditarik secara perlahan itu dijenguk dengan senyum kambing.
"Oh Sehun, Physics A-, Biology A+, Additional Mathematics B+, Chemistry C-, Korean Language and Literature A...err, Mathematics A-. Wow..."
Sehun membuka matanya lalu memandang aku dengan pandangan yang tajam.
"Kamu bercanda ya?"tanya Sehun.
Aku menggulingkan mataku. Dahi ditepuk.
"Ada mata tu gunalah,"gumamku.
Sehun terus memandang ke arah slip keputusannya. Wajah yang cuak itu bertukar gembira apabila matanya melorot pada keputusan keseluruhan yang dicetak pada kertas itu.
"Aku tak percaya weh! 1A+ 3A 2A- 1B+ 3C-...aku dapat nombor 25 daripada 450 orang pelajar woi!"Sehun melompat teruja sambil menekup mulutnya.
Apa nak jadi dekat budak ni.
"Aerin nombor berapa?"tanyaku sambil mencekak pinggang.
"Nombor satu weh! 8A+ 6A woi! Fuh! Dia ni mutant ke apa? 14 subjek pula dia ambil tu,"Sehun menggelengkan kepalanya.
"Apa banyak sangat subjek dia ambil?"
"English for Science and Technology, Computer Science, Biophysics dengan Prinsip Perakaunan...itu subjek tambahan yang dia ambil,"Sehun mencebik.
"Aku ingatkan dia ambil sastera,"aku memuncungkan bibir.
"Dia rancang nak ambil untuk CSAT nanti,"tingkah Sehun.
Hampir lagi aku tersedak air liur sendiri.
"Fuck. Betul ke? Kau jangan nak main-main Sehun."
"Betul. Dia yang rancang nak ambil subjek tu tahun depan,"Sehun meraup rambutnya.
"Apa gila punya budak tu..."gumamku.
"Aerin kan genius. Pihak sekolah kata dia ada potensi untuk masuk A-level nanti,"kata Sehun.
Aku terdiam.
Pada masa yang sama, aku terfikirkan tentang Edna. Gadis itu sama pandai sahaja dengan Aerin. Malah Edna juga mendapat tempat kedua dalam peperiksaan baru-baru ini.
Mungkin itu yang menjadi alasan mengapa Edna selalu membulinya. Kerana cemburu akan Aerin yang jauh lebih hebat daripadanya.
Lagipun, pihak sekolah juga pasti akan menawarkan A-level kepada Edna dan ada kemungkinan Edna akan sekelas dengan Aerin nanti.
Patutkah aku menghalang Aerin semata-mata untuk melindunginya daripada pembuli itu?
YOU ARE READING
(C) Philophobia | PCY
FanfictionBagi Park Chanyeol, dia tidak patut mencintai wanita yang sepatutnya dibenci walaupun wanita itu telah membuatkannya jatuh cinta pada pandangan pertama. Bagi Jung Aerin pula dia tidak patut hadir dalam hidup lelaki itu biarpun dia amat menyayanginy...