Mel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel.
Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
"Lariiiii !!" Aku berlari pantas menuju ke pintu.Rancangan kami tidak menjadi bila seorang gadis yang tidak dikenali cuba masuk campur. Dia menarik jaket hitamku sambil mengikut langkah kakiku berlari dengan laju. Kawan ku yang lain juga berlari dan kami berpecah. Sampai di lorong sempit tempat selalu aku bersembunyi, aku berhenti. Nafas ku laju sambil bertanya kepadanya. "Kau apa hal? Hah ?"
"Maaf."Katanya sambil tercungap-cungap.
Aku malas ambil tahu. Aku berdiri ingin pulang ke tempat ku. Baru berapa langkah, aku perasan gadis itu juga melangkah mengikutku. Aku menoleh kebelakang. Perasaan marah masih ku kawal walaupun tidak dapat aku sembunyikan dari wajahku. Dia henti terpaku sambil memandangku. Aku tidak pernah melihat gadis ini di kawasan ku sebelum ini.
"Kau nak apa?" Aku bertanya dengan nada yang keras.
"Saya nak ikut. Saya takut."
Aku meneruskan perjalananku. Dia masih mengikutku.
"Kau blah boleh tak? "
"Awak, saya nak ikut. Saya tak tahu nak pergi ke mana. Saya tak tahu tempat ni."
Aku tidak mempedulikannya dan meneruskan perjalanan.
"Awak, kejap" dia berlari kecil mengejarku.
Aku meneruskan perjalananku dan terhenti bila aku mendengar suaranya menjerit dari belakang.
"Aku tak nak lah! Tolong!"
"Awak nak lari ke mana lagi hah?" Dua orang lelaki cuba menarik tangan gadis itu.
"Aku tak nak! Lepaslah!"
Tanpa membuang masa, aku jalan menuju ke arah mereka.
"Dia tak nak tu" aku bersuara. Walaupun aku sendiri tak suka dia dekat denganku tapi aku percaya gadis ini perlu pertolonganku.
Mereka masih belum melepaskan tangan gadis itu. Dua orang lelaki tadi memandangku tidak puas hati.
"Kau siapa ? Jangan masuk campur" Aku hanya diam merenung ke arah lelaki yang bersuara tadi.
"Jom." Aku menghulur tangan kanan ku ke arah gadis itu. Mataku masih merenung lelaki tadi.
Mereka senyap.
"Kau siapa hah?" Lelaki satu lagi bersuara. Dia melepaskan tangan gadis itu lalu menuju ke arahku. Belum sempat penumbuknya sampai ke mukaku, tangan ku sudah melepaskan tumbukan ke mukanya sehingga dia terbaring. Lelaki satu lagi terkejut, dia melepaskan tangan gadis itu dan mereka melarikan diri. Aku memandang gadis itu. Mukanya seakan trauma dan ketakutan. Belum sempat aku berkata gadis itu datang ke arahku.
"Sorry." Dia berkata dan ingin berlalu pergi.
"Tunggu." Dia menoleh.
"Ikut aku" kataku.
"Erm takpe lah"
"Kau ada Dua pilihan. Bahaya atau ikut aku"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.