38

40 6 0
                                    

Kla POV

Aku baru balik dari gim. Sudah lebih kurang dua minggu aku tidak menjejakkan kaki ke gim. Gim adalah rumah kedua ku selepas kawasan Gunners. Aku juga seorang trainer di sana.

Aku masuk ke dalam kawasan Gunners. Suasana sunyi sepi. Aku park motor di hadapan bengkel dan terus menuju ke bilikku.

Belum sampai dihadapan pintu bilik, aku mula merasakan ada orang berada di kawasan Gunners. Pintu bilikku tidak tertutup rapat. Aku terus mengeluarkan pistol yang memang sentiasa ada di belakang baju bila aku keluar dan balik dari gim.

Perlahan aku menolak pintu bilik dan pistol aku acukan kehadapan. Aku melihat ada baju putih berdarah diatas lantai. Belum sempat aku mengambil baju tadi, pintu bilik tandas dalam bilikku dibuka seseorang. Dengan pantas aku berdiri dan mengacu pistol ke arah orang itu.

"KLA! WHAT ARE YOU DOING?"

Dania yang baru keluar dari tandas terkejut.

Cepat-cepat aku menyimpan semula pistol dibelakang bajuku.

"Kau buat apa dekat sini? Suka-suka hati masuk bilik aku! Keluar!" Kataku dengan marah.

Tidak dapat aku sorok betapa bencinya aku dengan perempuan. Pembetulan! Aku masih waras. Cuma bukan dalam kamus hidupku untuk mengenali perempuan. Cukuplah kedatangan Mel dikawasan Gunners sudah menjadikan kami huru hara terutama Eify.

"Be nice please! I came here because of you!" Kata Dania dengan tegas. Ini pertama kali aku berjumpa perempuan yang akan melawan dan tegas denganku. Kebanyakkan perempuan lain akan serik dan terasa dengan apa yang keluar dari mulutku.

"Suka hati kau lah perempuan! Keluar sekarang!"- Kataku marah.

Dania muka tidak puas hati mendekatiku.

"FYI. This is not the first time I have dealt with rude patients like you! If you think that I would leave, you are wrong!" - Kata Dania merenung mataku tajam.

Aku tersentak seketika mendengar perkataan 'patients'. Aku terlupa Dania yang merawat aku semasa aku sakit. Perasaan marahku berkurang walaupun belum sepenuhnya. Aku hanya terhutang budi.

"Take your seat!" Kata Dania lagi.

"Kau nak buat apa"- Kla

"Being your Doctor? Remember?" - Kata Dania memerli aku.

"Dekat luar!" Aku terus keluar dari bilik ku. Dania juga menyusul.

"Duduk!" Dania mengarah aku dan aku duduk dikerusi yang berada dimeja makan.

Dania mengangkat bajuku keatas dan dengan pantas aku menahan tangannya.

"Sorry, but I need to Kla." Kata Dania

Aku melepaskan tangannya.

"Ermmm much better. Tapi jangan buat kerja berat dulu." Dania

"Dalam bilik tadi baju kau ke?"-Kla

"Ohh ya, I baru balik dari hospital then terus datang sini."- kata Dania lalu dia menguap sambil menutup mulutnya.

"Nanti bawa balik" kataku. Dania hanya mengangguk.

"Okay done! Should be dua tiga hari okay dah. Today will be my last day! So happy kan?"Dania

Happy? Mendengar Dania menyebut 'last day' aku merasakan sesuatu dalam hatiku. Kecewa?

"Baguslah!" Kataku cuba menyorok perasaan sebenar.

"Do you mind if I take a nap? Mel tak sampai lagi."-Dania

MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now