32

35 5 0
                                    

Eify POV

Aku melihat Mel menuju ke arah bilik Que.
'No Mel' bisik hatiku.

Belum sempat aku memanggil, Mel sudah membuka pintu bilik Que lalu menutupnya. Hatiku jadi tak tenang. Walaupun aku percaya Que, tapi Mel isteriku.

Aku menunggu seketika mesti Mel akan membuka pintu semula. Tapi pintu masih tertutup rapat. Aku tak boleh menunggu lama lagi walaupun baru sesaat.

Aku terus menuju ke bilik Que tanpa mempedulikan Rina.

"Mel, keluar sekarang!"

----------------------------------------------------------------
Mel POV

"Sorry ..sorry..sorry..sorry.."kataku tanpa henti sambil memejam mata.

"Stop Mel" -kata Que dalam keadaan gelabah.

Ini pertama kali aku mendengar suara Que panik. Que seorang yang tenang walau dalam apa situasi. Tapi kalini Que tidak dapat mengawal dirinya.

"Mel, keluar sekarang!"

Kedengaran suara Eify dari luar sambil cuba memulas tombol pintu yang terkunci.

Aku menggeleng kepala walaupun aku tahu Eify tak nampak.
Aku berpaling ke arah Que. Que sedang kelam kabut mencari baju dan menyarung ke badannya.

"Eify!" Kata ku kepada Que

"Mel, buka pintu!"-Que

Aku menggeleng kepala. Apa yang aku tengah fikir sekarang pun aku tak tahu. Tapi aku tak nak tengok muka Eify sekarang.

Que mengeluh.

"Mel, kau buat apa lama dekat dalam?!" Kata Eify tegas.

"Mel, buka pintu ni sebelum aku pecahkan! NOW!" Jerit Eify.

Aku undur ke belakang. Keadaan sekarang mengingatkan aku dengan peristiwa dulu. Nafasku menjadi laju. Tangan ku menggigil dan berpeluh.

"Que.." kataku lemah.

Makin lama aku seperti tidak mendapat oksigen dalam bilik Que. Ketukan pintu semakin kuat.

"MEL AURIA!!"-Eify

Que yang sudah memakai baju ingin menuju ke pintu tapi bila dia melihat aku, dia terhenti seketika.

"Mel, are you okay?" Kata Que dengan wajah yang risau. Dia sudah tidak mempedulikan ketukan pintu dari luar.

Aku menggeleng kepala. Penglihatanku semakin gelap.
Perkataan terakhir yang aku dengar.

"Melllll..."

----------------------------------------------------------------
Que POV

Aku baring diatas katil dan ingin berehat seketika. Tiba-tiba aku dengar pintu dibuka.

Aku melihat Mel yang sudah berada dalam bilikku. Dengan pantas aku berdiri mencari baju. Kenapalah aku tak baring saja di atas sofa dalam bengkel tadi.

Sedang mencari baju, aku pelik kenapa Mel tak buka pintu dan keluar. Dia hanya terpaku di depan pintu sambil tidak berhenti berkata 'Sorry'.

Aku menjadi panik bila Eify sudah mula memanggil Mel dari luar. Keadaan seperti ini yang patut aku elakkan lagi-lagi dengan Mel yang sudah pun menjadi isteri Eify. Mel masih belum membuka pintu.

Aku terus menuju ke pintu tapi belum sempat aku membuka pintu, aku berpaling ke arah Mel. Wajah Mel pucat. Mel seakan dalam kesakitan.

"Mel, are u okay?"

Mel hanya menggeleng dan rebah dipangkuanku.

Tiba-tiba pintu seperti ditolak kuat dari luar dan terbuka luas. Eify sudah berdiri didepan pintu melihat Mel yang terbaring diatas pangkuanku. Wajah Eify yang marah pada mulanya bertukar menjadi risau bila melihat keadaan Mel.

Aku melihat Eify.

"Mel not okay Eify!"

Eify yang tadi berdiri terus mendekati aku dan Mel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eify yang tadi berdiri terus mendekati aku dan Mel.

"Mel.." kata Eify perlahan sambil mengusap kepala Mel yang sudah tidak sedarkan diri.

"Aku rasa dia kena panic attack"-Que

"Panic attack? Macam mana boleh kena? Belum kena attack lagi Que!- Fin dengan muka pelik.

Aku dan Eify mengeluh.

"Aku nak bawa isteri aku Que."- kata Eify perlahan. Cuma aku dan dia yang dengar.

Aku mengangguk.

"Aku cuba call Dania." Kataku.

Eify terus mengangkat Mel dan membawanya ke bilik 01. Bilik Eify.

"Rina balik dulu." Kata Eify tanpa melihat ke arah Rina.

"Fin hantar ya." - Fin

Mereka pun berlalu pergi.

Hanya Fin yang melihat kejadian itu kerana yang lain masih tidur keletihan.

Eify mengangkat Mel masuk ke biliknya. Aku membiarkan Eify menjaga Mel. Aku cuba menelefon Dania tapi tidak diangkat.

----------------------------------------------------------------
Mel POV

Aku dekat mana ni? Kenapa setiap kali bangun dari tidur aku seperti terlupa kejadian sebelumnya.
Aku melihat sekeliling dan perasan baju pengantinku tergantung ditepi almari.

Badanku sudah tersarung baju tshirt dan seluar tracksuit. Siapa yang tukar ni?
Aku melihat disebelahku seorang lelaki tengah baring tidur membelakangiku. Siapa lelaki ni?

"Ahhhhhhhhhh" aku menjerit.

#####################################
Korangggggg tolong vote 👉🏻👈🏻❤️
Dapat 3 vote kita up next part!!!! 🙊
Okay gurau!!!! 😂😂✨

MY SILENT PROTECTORWhere stories live. Discover now