Mel POV ~~
Setelah 10 minit berjalan kaki. Aku pun sampai di cafe Eddy. Diluar pintu aku melihat Rina sedang berdiri. Dia memandang ke arah kami berdua.
"Hi Eify." Rina
"Rin, buat apa kat sini?" Tanya Eif.
"Saja, malam ni nak lepak sini." Rina
"Mama tau tak Rin keluar malam-malam." Tanya Eif lembut.
Amboi, dengan aku bukan main kasar."Tau! Mama pesan, Eif kena hantar Rin balik. Hehe" balas Rina sambil tersengeh manja.
"Ehemm.. excuse me." Kataku meminta mereka yang berdiri di tengah pintu untuk memberi laluan.
"Hi Mel." Rina menyapaku sambil tersenyum.
"Hi." Aku membalas dan terus masuk ke dalam.
Aku perasan Fin melambai-lambai tangannya memanggil aku dan Eif.
"Mel, lambat sampai." Que.
"Jem sikit." Kataku sambil menjeling ke arah Eif.
"Jalan kaki pun jem. Hahaha" Kata Fin.
Aku melihat ada dua tempat kosong di sebelah Que. belum sempat aku menarik kerusi, Eif datang dan duduk di sebelah Que, lalu Rina cepat-cepat mengambil tempat disebelah Eif.
"Mel, meh lah duduk sini. Tempat ni khas untuk Mel tau." Kata Fin memujukku. Aku duduk di tengah antara Fin dan Cici. Di hadapanku Eif. Dia memandangku puas hati. Aku tau dia sengaja tak memberiku duduk disebelah Que.
Setelah Eddy menghantar makanan dan memberiku coffee special yang menjadi bualan mereka di rumah, Zaim and the geng band, menyanyikan lagu 21 Guns (Greenday).
*boleh baca sambil dengar lagu 21 Guns live by Greenday, feeling-feeling dalam Pirate Cafe 🥰❤️*
"One.. twenty one guns.." aku dan Fin serentak bila part corus. Aku, Fin dan Cici tergelak dan sambung menyanyi sambil melambai tangan ke atas bila Zaim memberi arahan.
"Put your arms in the air!!" Zaim
"One.. twenty one guns.. lay down your arms, give up the fight.." aku dan Fin menyanyi sambil berpandangan. Kami tergelak lagi.
Aku selesa dengan Fin. Dia seorang saja yang rajin melayanku. Que hanya memandangku senyum dan menggeleng kepala.
Habis sahaja lagu 21 Guns, Zaim and the geng menyambung lagu Boulevard of broken dreams dari penyanyi yang sama Greenday. Aku dan Fin teruja. Kami berdua peminat kumpulan Greenday.
"Wuuuuuuuu" kami menjerit sambil tepuk tangan.
Sesekali aku memandang ke arah Eif dan Rina. Mereka hanya diam dan berborak sesama sendiri. Disebabkan bunyi lagu yang kuat, mereka berbisik untuk berborak. Rina akan tergelak manja selepas mendengar apa yang diperkatakan Eif.
"Atas permintaan rakan-rakanku yang disayangi dan dihormati, saya nak memperkenalkan seorang perempuan cantik yang akan menyanyikan sebuah lagu untuk kita pada malam ini. Dipersilakan Mellllllll" Kata Zaim dari atas pentas. Semua yang hadir bertepuk tangan dan melihat sekeliling seperti mencari orang yang bernama Mel.
"Come on Mel. Jangan malukan abang baby." Kata Fin.
"Ini mesti kerja Fin kan? Tak nak lah Fin." Aku menundukkan kepala ku dan berselindung dengan tanganku.
"Mellll pleaseeee." Fin memujukku.
"Taknakkkkkk"
"Dah dah. Kalau Mel tak nak tak payah paksa." Kata Que sambil tergelak.
Que selalu jadi penyelamat.
"Tak payah gedik lah? Bukannya orang nak tengok sangat pun." Kata Eif dengan muka yang menjengkelkan.
Aku mengangkat muka dan memandang ke arah Eif.
Dengan pantas aku berdiri dan.."Boleh, tapi tak nak dekat sana." Kataku kepada Zaim sambil menunjuk ke arah pentas.
Que, Eif dan Rina terkejut. Fin dan Cici pula tepuk tangan teruja.
"Wow,, artis ada permintaan. Okay boleh. Kita tunaikan." Zaim turun dari pentas dan menuju ke arah ku untuk memberi Mic. Aku berbisik kepada Zaim.
"Okay. Dipersilakan Mellllll"
Aku ingin menyanyikan lagu Blank Space Taylor Swift.
Muzik pun mula..
*boleh buka lagu Blank Space by Taylor Swift sambil baca*
'Nice to meet you, where you been? I could show you incredible thing'
Aku duduk dan membuat gaya menunjuk ke arah Fin sambil bernyanyi.
'.. oh my god, look at that face you look like my next mistake..'
Part ni, aku seakan memberi tahu Fin dan menunjuk ke arah Eif dihadapanku.
'Love's a game, wanna play?'
Seakan aku bertanya kepada Eif, mengangkat kening dan senyum sinis.Aku berdiri meneruskan nyanyian sambil berinteraksi dengan pelanggan lain. Aku berjalan ke arah Que semasa lirik..
'I can make the bad guys good for a weekend.' Aku memandang Que sambil kenyit mata sebelah. Que, Cici dan Fin tergelak. Eif memandangku tak puas hati.
Padan muka!
Aku berdiri di sebelah Eif merendahkan badan dan menyanyikan ditelinganya lirik..
'Cause you know i love the player and you love the games'
"Wuuuuu" pelanggan lain bertepuk tangan.
Aku bernyanyi sambil menuju ke arah belakang Fin dan memandang tepat ke arah Eif.
'.. but I've got a blank space, baby and I'll write your name'
Aku menuju ke arah pentas sambil menyanyi sehinggalah pengakhiran lirik.
'..I'll write your name.' Tangan kanan ku di atas dan kiri pegang mic.
"Wuuuuuuu" semua memberi tepukan kepadaku.
Aku tunduk tanda terima kasih. Aku sempat bertepuk tangan dengan Zaim, Bin, Airul dan khairul di atas pentas sebelum balik ke tempat duduk. Fin berdiri menyambutku sambil bertepuk tangan.
"Give me five baby." Kata Fin sambil menunjuk tangannya. Aku membalas begitu juga Que dan Cici.
Eif mengangkat tangannya dan aku membalas dengan perlahan. Dia tersenyum dan mengangguk kepala seperti bangga kepadaku."Melllllll, hebat lah." Eddy
"Haha.. biasa je." Aku tergelak.
"Apa kata Mel kerja sini, boleh duet dengan Zaim." Eddy
"Boleh! Hahaha" balasku sambil tergelak.
Kalau dapat gaji, apa salahnya. Yeay !
"Toilet dekat mana ?" Aku bertanya kepada Eddy.
"Jalan terus masuk kanan" Kata Eddy.
Aku berdiri dan ingin menuju ke tandas. Tiba-tiba jalanku di halang.
"Hi Mel."
Lelaki yang kejar aku haritu betul-betul berada depan mataku. Aku menelan air liur.
YOU ARE READING
MY SILENT PROTECTOR
Roman d'amourMel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel. Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...