Mel gadis misteri yang secara tiba tiba muncul dalam hidup Eify. Kali pertama Eify berjumpa dengan Mel Kali pertama jugalah Eify menyelamatkan Mel.
Kini Mel tinggal bersama Eify Dan kawan-kawannya. Mereka digelar Gang Gunners. Keberadaan Mel dalam...
"Gunners! Ingat! Kita bukan nak target musuh, hanya balas jika diserang!"- Que
"Macam mana Que? Kalau tertembak pacik tua tu jalan salahkan aku."- Khairul
"Kita bukan nak serang, kita nak buat huru hara majlis orang je!"- Fin
"Kalau kau takut, kau duduk diam-diam!"- Eddy
Kami semua menaiki motor masing-masing dan berhenti di sebuah tempat yang tidak jauh dari kawasan Marta. Kami menunggu arahan Eify untuk bergerak ke sana. Eify awal pagi lagi sudah meninggalkan kawasan Gunners. Dia memberitahu aku yang akan pergi mengambil Bad dan Dania.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
Eify!
"Gerak Que!"- Eify
"Baik!" - Que
Aku menutup telefon.
"Gunners! Standby!"-Que
"Im readyyyyy! Lets go man!- Fin memecut motornya.
Belum sampai dipagar kawasan Marta, kami sudah melepaskan tembakan, membuatkan orang-orang Marta bersembunyi dan tidak dapat menahan kami. Kami melepaskan tembakan tanpa henti. Tiada sasaran. Hal ini susah kerana kami harus mengelakkan orang terkena tembakan.
Aku melihat Eify mengangkat seorang yang memakai baju gaun berwarna putih. Sudah pasti itu Mel. Eify berjalan laju menuju ke kereta Jeep berwarna hitam. Bila kereta yang dinaiki Eify dan Mel berlalu pergi, kami juga meninggalkan kawasan itu.
Aku tahu yang Eify sudah memikirkan apa akan terjadi selepas ini. Kami juga perlu bersedia. Bila sampai di kawasan rumah Gunners, aku perasan yang kami tidak diekori. Apa rancangan Eify kalini? Kenapa Marta senang-senang membiarkan Eify membawa Mel pergi. Kalau ikutkan, tak sempat sampai rumah, pasti orang-orang Marta sudah terpacak didepan pagar kawasan Gunners.
Mereka tengah berkumpul di meja makan. Aku bersyukur tiada yang cedera.
"Eify, kenapa lambat? Kau bawa Mel pergi mana pula kali ni?"- Fin
Mel sedang minum air tapi aku perasan matanya menjeling ke arahku.
"Kahwin" aku menjawab soalan Fin lalu menuju le arah Que yang duduk berjauhan dari mereka.
Mel terbatuk lalu menepuk dadanya berulang-ulang. Aku hanya tergelak kecil.
Aku mendekati Que yang sedang duduk di atas sofa. Que yang tadi tidak perasan sudah berpaling melihatku dan dia tersenyum.
"Macam mana Eif? Lulus tak sebut nama Mel Auria?" Kata Que tersengeh.
"Sorry bro!" Aku senyum.
"Haha, Kau kenapa nak sorry sorry pula?" Que
"Aku tahu kau ada hati dekat Mel"- Eify
Que hanya tersenyum.
"Itu sebelum aku tahu dia Mel Auria."-Que
Aku duduk disebelah Que dan mengambil botol yang berisi air di atas meja.
"Kalau Mel tak tahu aku siapa, mesti Mel pilih kau Que" Kataku sebelum meminum air tadi.
"Tak kisah lah dia tahu kau ke tak Eif, kalau jodoh kau dengan dia, dia tetap dengan kau."-kata Que sambil tersenyum
"Thank you bro"- aku pandang Que.
"Eify, kau jangan jadi pelik-pelik boleh tak? Tadi cakap sorry sekarang thank you pula! Haha"- Que
Aku hanya tergelak.
"Tapi aku nak jujur dengan kau." -sambung Que
"Apa dia? Kau nak cakap kau sayang ISTERI aku?" Sengaja aku tekankan perkataan Isteri.
Que tergelak. Dia tahu aku bergurau.
"Itu aku tak payah bagitahu, kau dah tahu Eify!" - Que
Aku hanya mengangguk.
"Kalau kau buat sesuatu yang boleh buat Mel pergi kat aku, aku nak kau tahu, aku takkan lepaskan Mel Eify!"- Que tersengeh. Aku tahu itu bukan gurauan dan aku faham.
Aku hanya mengangguk dan senyum.
"Kalau aku dah tak ada dekat bumi ni, aku percaya kau sorang yang boleh jaga Mel."- Eify
"Dan kalau satu hari Mel buat keputusan lari pergi dekat kau, aku hormat keputusan Mel. Tapi kalau orang lain, I will not let that happen Que." - kataku lagi.
"Jangan risau bro, aku jadi orang pertama yang akan halang benda tu berlaku."- Que
"Mel tumpang bilik kau lagi tau!"-Eify
"Aik, tadi kata tu ISTERI kau"Que tergelak
"Dia tak nak yang lain tahu pasal ni. Dia kata belum bersedia"-Eify
"Eify, aku tak nak sebut pasal ni, tapi aku nak tanya."-Que
"Apa dia?"-Eify
"Mel dah tahu pasal kau dan Maya?"-Que
Aku tersentak seketika. Aku memandang tempat lain dan menggelengkan kepala.
"Take your time bro. Tapi aku rasa Mel kena tahu."-Que
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#####################################
Korang rasa siapa Maya? 🤨 Siapa ingat Kla ada sebut Maya masa Part 9.hehe Apa hubungan Eify dengan Maya? 😣